FOLLOWERS

Saturday, 6 June 2009

SISTEM KEADILAN JENAYAH MALAYSIA


Sistem Keadilan Jenayah.

1. Definisi sistem keadilan jenayah.

Reid, S.T (1982) - Agensi yang bertanggungjawab membuat penguatkuasaaan undang-undang jenayah dan ini termasuklah badan perundangan (legislatures), polis ,mahkamah dan agensi pemulihan (penjara).

Proses membuat keputusan apa yang hendak dilakukan termasuklah pencegahan, pengesanan dan penyiasatan jenayah, penangkapan, menuduh, menahan dan pembicaraan suspek ( sabitan,hukuman, pemenjaraan atau pengawasan).

Newman, D.J. (1975) – merujuk kepada satu sistem yang menguatkuasa kanun undang-undang hukuman tradisional yang menganalisa dan menerangkan hubungan antara badan perundangan,mahkamah rayuan,agensi-agensi paguatkuasa dan pentadbiran dan proses-proses berkaitan menangkap suspek, menuduh, menghukum,memenjara dan pembebasan dengan parole.

2. Komponen SKJ.

i. Badan Perundangan.

Parlimen yang meluluskan undang-undang jenayah seperti Kanun Keseksaan,Undang-undang dadah,senjatapi dan sebagainya.Parlimen juga mentafsir parameter hukuman yang boleh dikenakan oleh mahkamah.

ii. Penguatkuasa undang-undang.

Agensi penguatkuasa seperti Polis,Kastam,Immigresen yang bertujuan:

i. Mencegah jenayah.
ii. Mengurang jenayah.
iii. Mengesan dan menangkap penjenayah.
iv. Melindungi nyawa dan harta benda.
v. Mengawal tingkah laku bukan penjenayah supaya tidak menjadi penjenayah.

Skyes (1978) mengenal pasti tiga aktiviti utama pihak penguatkuasa polis adalah :

i. Pengunaan sah undang-undang jenayah terhadap tangkapan,penahanan,penentuan kesalahan suspek dan keizinan pendakwaan kes-kes serious.
ii. Pengunaan undang-undang yang tidak formal termasuklah kuasa budibicara polis dan keputusan mengambil tindakan dalam kes-kes kecil.
iii. Perkhidmatan lain yang langsung tidak berkaitan dengan undang-undang jenayah.

Di Malaysia tugas utama polis adalah terdapat di bawah seksen 3(3) Akta Polis yang menyatakan seperti berikut :

i. Maintenance law and order.
ii. Preservation of peace and security.
iii. Prevention and detention of crime.
iv. Apprehension and prosecution of offender.
v. Collection of security intelligence.

iii. Pendakwaan.

Di bawah peguam negara seperti artikel 145(3) Perlembagaan dan seksen 376 Kanun Acara Jenayah.

iv. Kehakiman/Mahkamah.

2 fungsi utama iaitu membuat keputusan kesalahan orang yang dituduh dan mahkamah rayuan mambuat semakan dan melihat samada undang-undang mengikut peraturan dan perlembagaan. Mereka mentafsir undang-undang,kebolehterimaan keterangan,menyemak hukuman dan menimbangkan keadilan sesuatu peraturan.

Fungsi umum mahkamah adalah :

i. Melindungi hak yang tertuduh.
ii. Mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang telah disabitkan dengan kesalahan jenayah.
iii. Melindungi masyarakat.
iv. Mencegah dan mengurangkan penjenayah.

Bidang kuasa mahkamah dapat dilihat di bawah artikel 121- 131A Perlembagaan, Akta Mahkamah Rendah, Akta Mahkamah Kehakiman dan CPC.

v. Agensi pemulihaan (Correction).

Berfungsi sebagai :

i. Menerima mereka yang dihukum penjara oleh mahkamah dan menjaga kemudahan yang ada.
ii. Menjaga kepentingan masyarakat yang tidak melakukan kesalahan dengan menyediakan tempat yang selamat kepada pesalah dan menghalang mereka mengulangi kesalahan kepada masyarakat.
iii. Memulih pesalah.
iv. Mencegah jenayah.

vi. Probation.

Mengawasi pesalah yang telah telah dijatuh hukuman bagi tujuan:

i. Menyediakan hukuman selain daripada penjara.
ii. Mencegah dan mengawal penjenayah berpontesi.
iii. Menyediakan lapuran dan panduan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

vi. Parole.

Agensi yang mengawasi pesalah yang dibebaskan dengan bersyarat sebelum pembebasan sebenar dari hukuman di penjara. Tugas mereka adalah :

i. Menyediakan tahanan alternative selain dari penjara.
ii. Menyediakan perkhidmatan yang diperlukan oleh bekas banduan.
iii. Mencegah dan mengawal penjenayah berpotensi.
iv. Menyediakan lapuran dan panduan bagi membuat keputusan.

vii. Sistem keadilan juvenile.

Agensi yang mengendali kes juvanile dan berfungsi untuk :

i. Mencegah penjenayah kanak-kanak.
ii. Menyediakan perhatian yang diperlukan untuk kanak-kanak.
iii. Menentukan samada kanak-kanak memerlukan hukuman dari mahkamah atau sebaliknya.
iv. Menyediakan tempat sewajarnya jika dijatuh hukaman dari mahkamah.
v. Menjaga intitusi.
vi. Melidungi keselamatan public.

3. Matlamat SKJ.

Untuk melindungi setiap ahli masyarakat dan menjaga peraturan dan ketenteraman ( to protect members of the society and maintenance of order).

Perkara ini memerlukan kestabilan politik. Packer menyatakan terdapat konflik terdapat bagi mencapai matlamat ini . Dua model pengawalan jenayah dirujuk iaitu Model Kawalan Jenayah ( Crime Control Model) dan Model Proses Sewajar ( Due Process Model ).

* Due Process - Pembicaraan yang sah dibuat mengikut peraturan dan prinsip yang ada dalam sistem keadilan untuk melindungi hak seseorang .

( a cause of legal proceeding according to rules and principles that have been established in a system of jurisprudence for the enforcement and protection of private rights)

4. Model Kawalan Jenayah ( Crime Control Model).

Berasaskan pendapat tugas sistem keadilan jenayah untuk membenteras/menekan perlakuan jenayah.Fungsi model ini adalah dijalankan oleh pihak penguatkuasa. Pendapat ini di justifikasi bahawa kegagalan agensi penguatkuasa untuk mengawal perlakuan jenayah akan membawa kepada hilangnya keamanan dan ketenteraman masyarakat yang perkara penting kepada kepada kebebasan manusia. Untuk menjamin perkara tersebut sistem keadilan mestilah cekap iaitu meningkatkan keupayaan menangkap,pembicaraan,sabitan dan penyelesaian kes dengan menekankan kepantasan. Cara ini digambar sebagai tradisional dan cara agak kasar dalam sistem keadilan. Dalam model ini tatacara dan hak penjenayah atau peluang penjenayah melepaskan diri dari hukuman adalah secondary dan usaha melindungi masyarakat , mengawal jenayah adalah perkara pokok (primary).Hak berkumpulan masyarakat melebihi hak individu dan mendapat pertimbangan.

Kelemahan lain :

a) Mengangap orang ramai bertanggungjawab atas perbuatan mereka dan tidak mempedulikan tekanan sosial.
b) Tidak mengambil kira hukuman yang berbentuk bukan hukuman.
c) Kurang kesedaran antara mereka terlibat dan konflik yang timbul.

5. Model Proses Sewajar ( Due Process Model).

Model ini mempunyai ciri-ciri halangan kepada model kawalan jenayah. Di bawah model ini setiap langkah di dalam sistem keadilan jenayah bermula dari ditangkap sehingga dibicara dan diputus oleh mahkamah akan menempuh halangan kepada polis dan pendakwa. Setiap hak tertuduh di ambil kira dan dilindungi. Fungsi model ini adalah dijalankan oleh mahkamah.
Model ini terbuka kepada kritik kerana ia melambatkan proses keadilan jenayah dan slogan ` justice delayed it justice denyed` selalu digunakan. Ianya juga terbuka kepada manipulasi yang tidak ada kepentingan dalam sistem keadilan. Contohnya kebenaran sebenar seorang itu bersalah mungkin menjadi secondary oleh kerana perkara kecil. Walaupun perkara ini perlu ujud tindakan mahkamah tersebut di kritik kerana mengenepikan keselamatan awam dan sistem keadilan (undermine public safety and legal system).

Kelemahan lain :

d) Mahkamah tidak cekap dan dynamic.
e) Jurang prestasi sebenar tidak dijelaskan ( ideal and performance are not explained).
f) Isu social yang lebih luas terlepas pandang.
g) Model mungkin bercantum dan memberi sokongan kepada model crime control.


Fungsi badan berkaitan


Ciri-ciri mahkamah dalam membuat keputusan

Model Medical (diagnosis,meramal dan memilih rawatan

Kelemahan:

a) Maklumat dikumpul tidak tepat.
b) Sumber kurang untuk model ini berkesan.
c) Secara praktis model ini tidak dijalankan.
d) Jika rawatan gagal,sistem keadilan balik kepada hukuman.
e) Mahkamah tidak bersedia dengan model medical.

Badan pemulihan

a) Maklumat di kumpul dari berbagai pihak.
b) Berdasarkan individu tertentu atau berkenaan saja.
c) Rawatan kepada apa yang dijangka.
d) Budibicara keputusan adalah kepada mahkamah.
e) Nasihat kepakaran diberikan kepada pembuat keputusan/mahkamah
f) Tatacara formal kurang diberi perhatian/longgar(relax)

Model Birokratik

Kelemahan :

a) Hanya terdapat anggapan ianya ujud dan pembahagian kerja ujud.

Badan pengurusan jenayah dan penjenayah

a) Bebas dari pertimbangan politik.
b) Menekan kecekapan dan cepat.
c) Kepentingan rekod.
d) Mengurangkan konflik.
e) Mengurangkan belanja.
g) Pembahagian kerja yang ekonomi.

* perkara ini biasanya dilakukan oleh pihak pentadbir mahkamah dan polis dan agensi terbabit.

Model status (Status passage model)

Kelemahan :

a) Hanya anggapan.
b) Setengah lapuran akhbar tidak dibenarkan seperti kes juvenile.

Mereka yang mengutuk dan menurun taraf (degrading)

a) Pihak awam yang berasa malu terhadap perbuatan tertuduh.
b) Nilai mahkamah mencerminkan nilai masyarakat. (public interest).
c) Terdapat agen yang mengawal proses seperti ahli politik.

Model kuasa (Power Model)

a) Tidak terdapat penekanan jelas kepada defendant.
b) Tidak ada perbezaan jelas antara tuntutan rasmi dan tuntutan secara praktis.
c) Walaupun pakatan dielakkan anggapan sentiasa ada pada objektifnya.

Pihak yang manjaga mereka yang dominant.

a) Nilai sesuatu kelas di perkuat.
b) Isu kelas tidak dibicara secara terbuka.
c) Terdapat perbezaan tanda-tanda antara hakim.
d) Terdapat kehadiran peraturan formal dan budibicara.

* Contoh kes ini adalah dikalangan raja-raja.

6. Sistem keadilan jenayah dan sistem keadilan social.

Keadilan Sosial – meliputi semua aspek kehidupan dan hubungan antara kaya/miskin, lelaki/perempuan, kaum dan sebagainya.

Keadilan Jenayah – definisi yang lebih luas iaitu merujuk kepada sistem keadilan social yang melanggari undang-undang jenayah. Kepentingan masyarakat menuntut penangkapan dan hukuman kepada mereka yang bersalah. Pada masa yang sama sistem keadilan jenayah diharap melindungi mereka yang tidak bersalah,layanan adil kepada pesalah dan tugasan betul dari pihak agensi penguatkuasa, mahkamah dan institusi pemulihan.

7. Kesimpulan.

Sistem keadilan jenayah di cipta untuk melindungi kepentingan awam,mengekal undang-undang dan memastikan masyarakat bebas dari ancaman jenayah.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR