Berita Harian
19 jun 2009
19 jun 2009
Tiada cadangan kuat kuasa daftar blogger
MENTERI Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata kerajaan tidak bercadang menguatkuasakan peraturan pendaftaran dan penyenaraian blogger, sebaliknya mereka diberi kebebasan menyampaikan maklumat di laman blog masing-masing. Bagaimanapun, blogger tertakluk kepada perundangan sedia ada supaya sebarang paparan tidak menyalahi peraturan ditetapkan.
MENTERI Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata kerajaan tidak bercadang menguatkuasakan peraturan pendaftaran dan penyenaraian blogger, sebaliknya mereka diberi kebebasan menyampaikan maklumat di laman blog masing-masing. Bagaimanapun, blogger tertakluk kepada perundangan sedia ada supaya sebarang paparan tidak menyalahi peraturan ditetapkan.
"Walau apapun yang dikenakan pihak berkuasa, laman web bebas untuk mencatat, menyampaikan atau memaklumkan sesuatu. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Bagus lah kalau begitu. PG setuju langkah ini. Tak perlu daftar. Jika ada tulisan yang blogger buat berunsur hasutan atau telah melakukan jenayah lain seperti memfitnah maka penegesanan senang dibuat dengan teknologi yang begitu canggih yang dimiliki oleh penguatkuasa sekarang.
2. Jadi kepada semua bloggers, berhati-hati dengan tulisan kita. Elakkan dari memfitnah dan yang berbaur hasutan. Ulasan dalam tulisan kita hanya berdasarkan isu. Bukan membuat fitnah dan andaian secara rambang. Beri pandangan dan pendapat boleh. Setiap tuduhan dan dakwaan perlu dibuktikan. Jika tidak ia satu jenayah fitnah.
3. Jangan buat ulasan berdasarkan andaian dan spekulatif.
4. Setakat yang PG lihat di blog BPN , semuanya ok. Semua tulisan berdasarkan isu semasa dan ada asas tulisan sebelum dibuat ulasan terhadap satu-satu isu. Satu dua blog tu biasalah. Mungkin ianya boleh diperbaiki.
5. Tulislah dengan penuh rasa tanggungjawab. Tanggungjawab kepada Agama, Bangsa, dan negara yang perlu diutamakan.
6. Terima kaseh kepada Pak Menteri. Kepelbagaian pandangan dan pendapat itu penting. Jadikan blog sebagai satu cara bagi kerajaan menilai reaksi rakyat kepada kerajaan terhadap dasar-dasar yang telah dilaksanakan.
7. Jika yang melanggar peraturan , ambil tindakan sekeras yang mungkin. Negera kita sudah lengkap segala undang-undang dan akta. Hanya menunggu perlaksanaanya sahaja oleh semua pihak yang dipertanggungjawabkan.
SEBENARNYA PAKATAN DH RISAU SBB BYK BLOGGERS YG PRO KERAJAAN TUMBUH MCM CENDAWAN. JD KLU BLH DIA NAK SURUH GOMEN SENARAIKAN NAMA2 BLOGGERS JADI DI KEMUDIAN HARI NANTI DIA BOLEH AKSES SEMUA DATA2 BLOGGERS UTK DI "BAN" MANA2 YG MENENTANG MEREKA
ReplyDelete