FOLLOWERS

Tuesday 9 June 2009

AIR FRANCE 447 TERHEMPAS : GAMBAR-GAMBAR TERBARU

Berita Harian
9 jun 2009
5 mangsa nahas pesawat Air France 447 ditemui

BANGKAI pesawat Air France ditemui pasukan penyelamat Brazil di Lautan Atlantik, kelmarin.
RECIFE: Tiga lagi mayat ditemui di lokasi dipercayai tempat nahas pesawat Air France 447 seminggu lalu menjadikan lima mangsa kesemuanya, kata pihak berkuasa Brazil, semalam.

Juruterbang pesawat yang melakukan operasi mencari dan menyelamat juga melihat beberapa mayat lagi dari udara dan sudah meminta bantuan kapal mengambilnya, kata Kapten Giucemar Tabosa Cardoso. Pesawat Airbus Flight 447 hilang dalam cuaca buruk pada 31 Mei lalu ketika dalam perjalanan dari Rio de Janeiro ke Paris membawa 228 penumpang yang kini dianggap terkorban. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Lokasi sebenar terhempas sudah dikenalpasti dan bangkai pesawat dijumpai. 5 mayat dijumpai terapung. Semuanya kerana kecuaian manusia. Inilah akibatnya. Mungkin MAS dan Kementerian Pengangkutan boleh belajar sesuatu darinya.







No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR