BANGKAI pesawat Air France ditemui pasukan penyelamat Brazil di Lautan Atlantik, kelmarin. RECIFE: Tiga lagi mayat ditemui di lokasi dipercayai tempat nahas pesawat Air France 447 seminggu lalu menjadikan lima mangsa kesemuanya, kata pihak berkuasa Brazil, semalam.
Juruterbang pesawat yang melakukan operasi mencari dan menyelamat juga melihat beberapa mayat lagi dari udara dan sudah meminta bantuan kapal mengambilnya, kata Kapten Giucemar Tabosa Cardoso. Pesawat Airbus Flight 447 hilang dalam cuaca buruk pada 31 Mei lalu ketika dalam perjalanan dari Rio de Janeiro ke Paris membawa 228 penumpang yang kini dianggap terkorban. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Lokasi sebenar terhempas sudah dikenalpasti dan bangkai pesawat dijumpai. 5 mayat dijumpai terapung. Semuanya kerana kecuaian manusia. Inilah akibatnya. Mungkin MAS dan Kementerian Pengangkutan boleh belajar sesuatu darinya.
Blog ini dibuka pada 26 Dis 2008. Blog ini merupakan pemerhati bebas dan tiada kaitan dengan mana-mana kelompok. Tidak ada sesiapa yang boleh mempengaruhi otak dan pemikiran Penghuni Gua. Visinya jelas : Keselamatan negara tercinta. Semuga semua spesis yang melayari blog ini akan mendapat sedikit pengetahuan dari pendapat, artikel, kertas kerja, komen dan gambar yang dipaparkan. Komen kesat yang dihantar oleh pelayar juga akan disiarkan. Tujuannya agar semua pelayar yang lain dapat mengetahui hati dan perangai pelayar tersebut. Salam persahabatan.