FOLLOWERS

Tuesday, 30 June 2009

HINDRAF NAK BERDEMO LAGI !


Malaysiakini


Hindraf demo bantah DAP
Jun 30, 09 1:22pm


Hindraf merancang menganjurkan demonstrasi terhadap DAP berhubung isu-isu kaum India khususnya Kampung Buah Pala, Pulau Pinang di seluruh negara petang ini.NGO kaum India yang berpengaruh besar itu juga merancang membakar patung ketua menteri Pulau Pinang dan juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, kata ketua penerangannya S Jayathas.Selain ibu pejabat DAP di Petaling Jaya, Hindraf juga merancang mengadakan demonstrasi serentak di Ipoh, Seremban dan Johor Bahru.

Penghuni Gua : Jahanam ini hendak berdemo lagi. Pertububuhan haram ini masih ingin membuat onar lagi di negara ini. Tujuannya dikatakan untuk membantah terhadap DAP.

2. Kerajaan dan PDRM jangan terperangkap dengan taktik ini. Katanya untuk bantah DAP. Ini helah. Mungkin dengan guna isu ini maka mereka mengharap pihak kerajaan dan PDRM tidak akan mengambil tindakan terhadap mereka. Ini taktik lama. Taktik mengalihkan perhatian. Tujuannya tetap sama untuk memburukkan kerajaan.

3. Kerajaan dan pihak PDRM jangan terperangkap dengan taktik mereka ini. Ambil tindakan sekeras mungkin. Ini kerana Hindraf adalah pertubuhan haram. Sebarang tindakannya adalah haram. Maka PDRM wajib mengambil tindakan tegas bagi menghalang tindakan haram pertubuhan haram ini. Jangan terperangkap dengan tipu helah mereka ini.

4. Haram tetap haram. PDRM wajib bertindak tegas. Rakyat terbanyak diutamakan. Lihat disekitar negara jiran kita : demontrasi walau dikatakan aman sekali pun , akan berakhir dengan kekacauan dan kematian. juga lihat di Iran ( negara pak-pak lebai pun ) . Kekacauan pun masih belum berakhir.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR