Utusan Malaysia
Pensyarah kanan didakwa peroleh rasuah RM800
30/06/2009 11:29am
30/06/2009 11:29am
KLANG 30 Jun - Seorang pensyarah kanan sebuah universiti di Cyberjaya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperoleh rasuah wang tunai RM800 daripada seorang pelajarnya sebagai habuan dalam usaha menaikkan markah dan seterusnya meluluskan perempuan terbabit.
Krishna Prasad Pramulapati, 52, warga India didakwa memperoleh wang tersebut daripada S. Kumalini Devi, 24, sebagai dorongan untuk dia meluluskan kertas jawapan peperiksaan TCS 3211 bagi subjek Algorithm Analysis bertarikh 22 Jun lalu.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut pada pukul 5 petang, 24 Jun lalu di bilik FIT BR 4020 Blok B, Faculty Of Information Technology Universiti Multimedia, Persiaran Multimedia, Cyberjaya, Sepang dekat sini. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Alahai. Dengan pelajar dan budak mentah pun jadi. Begitulah. Bila memikirkan keseronokan apabila menjadi kaya maka inilah jadinya. Jenayah ini tidak mengira siapa.
2. Baik ketua jabatan, kakitangan bawahan , lebai, pemimpin politik islam ke tak islam ke, amil ( pengutip zakat ) , buruh, dan sebagainya. Semuanya akan melakukan sekiranya tiada pertahanan dalaman yang kuat .
tp yg peliknya..puak umno-lah bnyk terlibat..huhuhu..kalo dah dsr pemimpin m'sia da mcm tuh, nmpknya yg bwhan pon akan turut sm jadi mcm tuhh..
ReplyDelete