FOLLOWERS

Thursday, 18 June 2009

PUDURAYA :HANGAT-HANGAT TAHI AYAM





Kesesakan Puduraya seperti biasa. Semua pihak tahu. Dari PM hinggalah Menteri Wilayah Persekutuan serta rakyat bawahan. Sebabnya sebahagian besar adalah berpunca dari kurangnya penguatkuasaan dari pihak berkuasa khanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

2. Penguatkuasaan ini meliputi kesalahan yang kerap dilakukan oleh pemandu teksi dan kenderaan persendirian lain yang meletakkan kenderaan dan menurunkan penumpang di kawasan yang tidak dibenarkan. Penguatkuasaan yang kurang atau hanya hangat hangat-hangat tahi ayam.

3. PG melihat hari ini semasa menaiki bas untuk pulang ke Melaka jam 3 petang. Penguatkuasa Dewan Bandaraya ada kelihatan 5 orang. Tetapi hanya sekadar berdiri. Tercegat begitu aje. Teksi dan kenderaan persendirian bebas menurunkan penumpang.

4. Bas-bas juga menurunkan penumpang dihadapan pintuu hadapan Puduraya ( bawah Jejantas ) . Mereka berhenti di hadapan penguatkuasa Dewan Bandaraya. Mereka ini buat sardin aje. Penguatkuasa pun putih sahaja mata. Hanya pandang.

5. Bas-bas juga berbaris panjang sementara menunggu giliran masuk ke Puduraya. Barisan bas ini sehingga ke lampu isyarat sebelah IPK Kuala Lumpur.

6. Persoalannya : Mana janji menteri yang mengatakan bas-bas ini akan disediakan satu tempat untuk menunggu da masuk ke pudu Raya mengikut masa yang ditetapkan. Juga mana janji penguatkuasaan yang tegas terhadap kesalahan yang disebutkan. Ada penguatkuasa buat menyakitkan hati kami semua yang melihatnya.

7. Adakah Menteri yang bertanggungjawab dan Dato Bandar akan mengambil tindakan dan buat-buat sibok untuk mengambil tindakan apabila tiba PM akan kembali membuat follow-up di Pudu Raya. Muka Menteri dan Dato Bandar tak tahu malu ke. Kerja kita tepai sehingga menyusahkan PM untuk selesaikan dan membuat pemantauan.

8 Penyeliaan dan pemantauan yang mustahak. Menteri, Dato Bandar dan pegawai-pegawai yang diberi tanggungjawab : anda semua perlu kerap memantau dan keluar dari ruang berhawa dingin. Jangan makan gaji haram.

9. Lihatlah gambar yang PG sempat rakamkan sebentar tadi. Naik menyampah melihatnya. Perkara dan isu nya bukan susah sangat nak diselesaikan.

10. Jadi kepada semua yang terlibat tu buat kerjalah. Jangan hanya sibok apabila PM buat lawatan mengejut. ................Meluat melihatnya.

1 comment:

  1. saya pun hairan dgn warga kl ni. saya dari pasir gudang. cuti sekolah yg lepas saya bercuti ke kl. Saya seperti tak percaya melihat keadaan kl. Begitu kotor. Puntung2 rokok bersepah2 di sana sini, cawan kertas minuman disumbat dicelah pokok2 bunga, peniaga gerai selamba berniaga di kaki lima. Itu semua menghairankan saya. Ini adalah kerana amat sukar kita nak cari gerai di pinggir jalan. Kawasan persekitaran juga bersih.Dan sesungguhnya saya malu melihat keadaan ibu negara kita yg begitu kotor. Mana perginya penguatkuasa. Inilah dia peraturan kelas pertama pelaksanaan tak da kelas langsung.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR