FOLLOWERS

Thursday, 11 June 2009

KRISIS DUN PERAK : MAHKAMAH PUTUSKAN TINDAKAN SIVA SALAH !


Berita Harian
11 jun 2009

Sivakumar tiada kuasa gantung Zambry, Exco: Hakim

PUTRAJAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dan enam Exconya tidak boleh digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) atas dakwaan menghina kerana kesalahan itu tidak diperuntukkan di bawah perlembagaan negeri, demkian diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di sini.

Hakim Datuk Seri S Augustine Paul, dalam penghakiman bertulis, berkata Parkara 44 Perlembagaan Negeri Perak dibaca bersama Perintah Tetap Enakmen Dewan Undangan Negeri (Hak Istimewa) 1959 tidak memperuntukkan kesalahan menghina dan hukuman penggantungan daripada menghadiri sidang DUN. "Oleh itu, perintah penggantungan selama 18 bulan bagi Zambry dan 12 bulan bagi ahli Exco itu dibuat oleh Speaker, V Sivakumar, adalah tidak sah dan batal kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

"Kuasa menangani isu menghina yang tidak diperuntukkan dalam Perintah Tetap DUN bukan sesuatu yang Speaker boleh mengambil maklum kerana ia memerlukan satu undang-undang berkaitan dengan itu. "Perlu ada pihak berkuasa undang-undang yang khusus untuk mengetahui dan memberi hukuman bagi kesalahan menghina. Ini khususnya ketara di mana dakwaan menghina dilakukan di luar persidangan DUN," katanya dalam penghakiman 64-muka surat bertarikh 3 Jun dan diperoleh hari ini.

Pada 16 April lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa perintah penggantungan terhadap Zambry dan enam Exco - Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon - oleh Sivakumar adalah melampaui perlembagaan negeri dan oleh itu tidak sah dan batal.

Pada 2 Mac lalu, Zambry dan ahli Exco berkenaan memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi membatalkan keputusan Speaker DUN menggantung dan melarang mereka menghadiri sidang Dewan kerana tindakan itu bertentangan dengan undang-undang. Mereka juga memohon satu pengisytiharan bahawa mereka berhak mengambil bahagian dalam sidang Dewan dan menjalankan fungsi serta kewajipan masing-masing. Pada 18 Februari lalu, Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exco berkenaan kerana didakwa melantik seorang ahli Exco bertentangan dengan undang-undang dan tindakan menghina itu telah memalukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai Menteri Besar Perak.

Mereka turut didakwa menghalang barisan Exco Mohamad Nizar daripada menjalankan tugas di bawah Perlembagaan Negeri Perak.

Dalam penghakiman itu, Augustine berkata: "Penggantungan terhadap pemohon dilakukan berdasarkan Perintah Tetap 72 DUN. Tuduhan terhadap mereka menyatakan tindakan mereka itu diibaratkan sebagai menghina. "Oleh kerana penghinaan tidak dinyatakan secara khusus, tindakan itu tidak boleh diletakkan di bawah bidang Perintah Tetap 72.

"Perintah Tetap 72 memberi kuasa kepada Jawatankuasa Hak Istimewa mengambil maklum sebarang perkara yang nampak menjejaskan kuasa dan hak istimewa dewan itu." Zambry dan enam ahli Exco itu diwakili peguam utama Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin manakala Sulaiman Abdullah bertindak bagi Sivakumar. - Bernama

Penghuni Gua : Akhirnya pendapat dan pandangan Prof Dr Rani dan Dr Sid juga yang benar dan amat benar. Memang penggantungan itu tidak sah dan batal kerana kesalahan itu tiada dalam perlembagaan. Hindu ni saja yang memandai-mandai nak buatkan DUN tersebut seperti bapak dia yang punya dan berkeadaan seperti sarkas sehinggalah kepada peristiwa penangguhan DYMM Raja Nazrin berkenan merasmikan sidang dewan.

2. Dengan keputusan ini juga , maka pendapat Ngeh dan Nga yang mengatakan keputusan Hakim mahkamah Tinggi yang lalu tidak bersifat mengikat dan kepeutusan tersebut hanya bersifat deklasi dan pandangan YAA Hakim adalah tidak benar dengan keputusan YAA Hakim Agustine Paul hari ini.

3. Maka , esok tentulah berkokok berderai pulak penasihat undang-undang PAS ( Hanipa Maidin ) dan Prof Aziz Bari memberikan pendapat. PG dah tahu apa pendapat dan pandangan mereka. Tak ada lain , " tidak berpelembagaan, menidakkan kuasa rakyat, mengatasi mkuasa rakyat, Hakim adalah rakyat dan bukan mahkamah, YAA Hakim bersekongkonl dengan UM / BN, ada hidden agenda, ada tangan-tangan ghaib atas keputusan YAA Hakim Agustine ini.

4. Tak percaya lihatlah esok. Responnya misti bernada di atas. Robot mereka ini. Maka PG dah boleh jangka apa yang akan mereka cakap. Robot bukan boleh berfikir. Mereka diprogram untuk bercakap dengan nada sedemikian dan memang mereka nak bercakap sedemikian kerana dari awal atas bias kepartian.

5. Kepada Dr Zambry, PG cadangkan panggil segera sidang DUN Perak. Bajet perlu dibentangkan segera. Jika tidak dibimbangi akan terlewat.

6. PG mengambil kesempatan ini , bagi merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada Prof Dr Abd Rani Kamaruddin kerana pandangan bernas mereka dan tanpa berpihak. Juga kepada Dr Siddiq Azani. Pandangan anda yang amat bernas tersebut lahir di atas fikiran anda yang tidak bias dan terikat dengan hal kepartian. Syabas. Semuga anda berdua dirahmati dan semuga akal yang ada ini ditambahkan lagi kekuatan pemikiranya oleh Allah bagi kepentingan masyarakat dan negara. Semuga anda berdua diberkati sentiasa hendaknya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR