FOLLOWERS

Tuesday, 16 June 2009

HISHAMUDDIN PERTAHAN PDRM : TAHNIAH


Berita Harian
16 mei 2009


Laporan Anwar Hussin, Nazura Ngah, Fatin Hafizah Mohd Shahar dan S Anand Kumarmailto:Kumarbhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Tindakan polis memasuki persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei lalu dan membawa keluar bekas Speaker DUN, V Sivakumar selaras peruntukan undang-undang bagi mengelak tercetus huru hara dan kejadian tidak diingini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata tindakan itu hanya dilakukan selepas diminta Bentara DUN yang mendapat arahan Speaker, Datuk R Ganesan selepas keadaan tidak terkawal. "Apabila Sivakumar berulang kali kali diarah keluar tetapi ingkar, baru Speaker meminta polis masuk dewan untuk mententeramkan keadaan. Tindakan memanggil polis untuk mententeramkan keadaan dan membantu Bentara mengeluarkan Speaker lama dibuat mengikut Perintah 89 dan 90 Perintah Tetap DUN Perak. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tahniah Dato Hishamuddin Tun Hussein. Pertama kali PG lihat seorang Menteri berani mempertahankan PDRM. PG ikuti perkembangan ini. Dato Hishamuddin ini secara tetap dan berprinsip tetap mempertahankan PDRM sejak dahulu ( sejak PM Tun Abdullah seolah cuba melenyapkan PDRM dengan penubuhan Suruhanjaya Penambahbaikan .......).

2. Inilah yang PG tabik kepada beliau. Beliau secara tetap dan berperinsip mempertahankan institusi ini sejak dahulu. Beliau pada PG tahu bahawa institusi ini adalah institusi utama dan tunjang kepada keselamatan negara.

3. Jika hendak menjatuhkan kerajaan, maka pihak yang berkenaan tahu, mereka misti menjahanamkan PDRM dahulu , barulah kerajaan boleh ditumbangkan. Mereka ini tau . Dan usaha dibuat secara sistematik untuk memburukkan PDRM , apatah lagi peluang terbuak luas, apabila dengan cuai Tun Abdullah membuka ruang ini untuk mereka seluasnya.

4. Pembelaan Menteri ini , bukan bermakna PDRM tidak ada membuat kesilapan. Kesilapan dan kelemahan PDRM ( seperti juga mana-mana institusi dan jabatan kerajaan yang lain ) memang ada. Tetapi sebagai tunjang utama dalam menjaga ketuanan negara ini, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kewibawaan PDRM terus terpelihara. Seperti PM-PM sebelum ini, mereka amat menjaga nama baik dan imej PDRM. Mereka juga pada pandangan PG kerap menegur PDRM. Tetapi seperti PM-PM sebelum ini yang PG tahu dari ahli-ahli politik terdahulu, jika PDRM ada melakukan kesilapan, pengarah-pengarah, Tim. Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negara akan dipanggil dan ditegur juga dimarahi.

5. Perbezaan nya PM-PM sebelum Tun Abdullah, mereka memarahi PDRM sebagai agensi utama menjaga ketuanan negara ini di dalam rumah. Bukan secara terbuka. Jika imej dan nama PDRM rosak maka amat sukar untuk rakyat menghormatinya lagi. Apa lagi kepada yang mahukannya begitu.

6. Jadi kepada Hisham, tahniah kerana menjaga dengan baik PDRNM setakat ini. Jagalah ia. Ia menjaga ketuanan negara ini. Jika tidak Dato sendiri dan semua pemimpin negara belum tentu berada ditempat ini sekarang. Pukul anak dalam rumah cukuplah,kata orang tua-tua. Kalau pukul anak diluar ( seperti Tun Abdullah )bukan bawa kebaikan pun. Habis tidak orang akan kata menteri dan PM bodoh / mak bapak bodoh. Telanjang keburukan sendiri. Mereka semua tak menolong. Mengutuk lagi adalah.

7. Jadi jangan ulangi kesilapan yang telah Tun Abdullah lakukan terhadap PDRM. Pendekatan yang PM sekarang dan YB Dato Hishamuddin sekarang dilihat baik untuk PDRM sebagai agensi utama dalam menjaga ketuanan negara ini.

8. Kepada kera-kera dalam DUN Perak yang tak habis-habis dengan perangai bodoh mereka ini, PG cadangakan Dato Hisham jangan layan sangat aduan mereka. Ambil tindakan tegas terhadap mereka secara tetap. Beri isyarat jelas kepada mereka. Beri isyarat jelas,bahawa kerajaan yang ada masih kukuh dan jangan cuba dipermainkan.

9. Semalam pun, kera-kera ini masih membuat kacau di parlimen. Menyampah dan meluat kami di luar melihatnya. Apapun , tahniah Dato Hishamuddin. Jagalah institusi ini. Inilah satu institusi yang masih kekal setia hingga kini kepada kerajaan walaupun ia dihinjak dengan teruk semasa era Tun Abdullah. Itu pun mereka masih tetap setia. Adakah kerajaan yang ada masih tidak boleh berfikir? Tahniah Hishamuddin.

1 comment:

  1. Inilah kesudahannya bila kebebasan menjadi-jadi. Ramai tidak pandai membezakan diantara kerelevanan ISA dengan layanan semasa tahanan. Layanan dan tahanan isu yang berbeza walaupun keduanya berkait.

    Sememangya, ada perkara-perkara yang membabitkan keselamatan negara dan kesejahteraan awam dimana saksi-saksi merupakan informer (perisik)yang mana butir-butir mereka terpaksa dirahsiakan dan mereka dilindungi - jika tidak siapa yang sanggup mati katak kerana sebagai saksi-saki terbuka mereka dengan mudah diburu oleh penyangak-penyangak bawah tanah, mafia dan sebagainya. perisik-perisik ini menggadai nyawa untuk mengcungkil maklumat demi negara.

    Walaupun akan diwujudkan Witness Protection Act, tak semua hal dapat diselesaikan dengan cara itu.Saksi boleh diugut atau diberikan wang dan sebagainya. Saya nak tanya, beranikah seseorang memberikan keterangan terhadap seorang OKT yang merupakan pembiaya dan Kepala pengedar dadah. Mungkin dia berani, keselamatan anak-isterinya bagaimana bila ditinggalkan kerana bertugas atau semasa dia tidur - siapa akan melindunginya pula
    ? Ramai menggangap seolah dia tahu semua perkara.

    Kita terpaksa akur bahawa ISA, LLPK, POPOC banyak membantu menjaga kesejahteraan awam/ Keselamatan negara walaupun modus operandinya bergerak secara sulit. Ada sesetengah perkara adalah lebih baik tidak diberitahu kepada rakyat untuk kebaikan rakyat. Dalam keluarga pun ada rahsia. malahan dalam Akta Keteranganpun ada marital pivilege.

    Kebebasan menjadi-jadi (bukan tidak ada piiihanraya) seperti di Filipina, Indonesia, Thailand, baik atau buruk?

    Pada saya diBurma, walaupun tidak ada demokrasi, tetapi keamanan tetap ada. Apa guna demokrasi atau pilihanraya jika akhirnya rakyat berpecahbelah dan berkelahi sesama sendiri. Inikan pula Malaysia yang berbilang kaum.

    Negara Cina kini maju kerana kebebsan yang diberi dipantau betul2. Pendekatanyang sama juga halnya dengan Singapura.

    bagi mereka yang anti undang-undang pencegahan, ulama2 telah merungkaikan bagaimana mengimbangi pertembungan antara kebaikan dengan keburukkan seperti berikut;

    (i) Menghindari keburukkan diutamakan berbanding memperolehi kebaikan;
    (ii) Faedah yang sedikit dilucutkan berbanding faedah yang lebih;
    (iii) Kepentingan ramai diutamakan atas kepentingan individu atau kelompok kecil;
    (iv) Kebrukkan besar boleh di hapuskan melalui keburukan kecil;
    (v) keburukkan tidak boleh dihapuskan dengan keburukkan yang sikit lebih kurang;
    (vi)Keburukkan terhadap individu boleh diterima(tolerate) bagi menghindari keburukkan kepada lebih ramai atau kelonpok majoriti;
    (vii) Darurat membolehkan yang haram;
    (vii)Darurat hendalah diukur dan ditangani dengan apa yang memadai dengan keaddan itu.

    (Imam al-Shatibi, Theory of the Higher Objectives and Intents of Islamic Law, dimuka surat 261, the International Institute of Islamic Thoughts, Islamic Book Trust (Kuala Lumpur 2006)

    Dr Abdul Rani Kamarudin

    ReplyDelete

PETA PELAYAR