Malaysiakini
Abdul Rahim Sabri Jun 16, 09 2:31pm
Kempen terbaru untuk menuntut kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dilancarkan di lobi Parlimen tengah hari esok, kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan.Kempen itu bersempena usaha menganjurkan demonstrasi besar menentang akta tersebut yang digelar 'Himpunan Mahsuhkan ISA' yang dijadual 1 Ogos ini di Kuala Lumpur.
Penghuni Gua : Berita berkaitan sila : KLIK
2. Sampai ke petang semalam ( 17 jun 2009 ) PG mengikuti tentang hasrat mereka ini nak adakan demo 100 ribu orang di depan parlimen. Hapah pun tak ada. Tapi kalau dengar dan baca sidang akhbar Ketua Pemuda PAS Nasarudin Hasan, wah bukan main. Kiranya penuhlah depan parlimen kalau dengar dia orang rancang tu.
3. Walau bagaimana pun , bagus kerana demo tersebut tidak berlaku. Aman damai. Mungkin ini isyarat jelas kepada Nasarudin , bahawa jangan lagi nak mempergunakan orang ramai untuk kepentingan politik. Siapa nak pergi berpanas bagi acara tak berfaedah.
4. Kebiasaan , mereka ini berdemo di kawasan masjid India yang memang sudah ramai manusia. Jadi buatlah cara haram pun di situ , kemudian mendakwa mendapat sokongan beratus ribu dan berjuta. Mereka ini hanya berbohong dan mengambil kesempatan. Orang disitu bukan sertai demo tetapi memang dah ada ramai di kawasan berkenaan. Inilah munafik namanya.
5. Rakyat Malaysia bukan bodoh lagi. Cukuplah memperbodohkan mereka juga. Kemudahan untuk hantar bantahan, keluhan, rintihan dan sebagainya memang bebas di Malaysia terutama melalui Internet. PM pun ada laman blog , semua jabatan ada web mereka sendiri. Jadi buat apa terlalak , dan berpanas macam orang bodoh. Gunakan rahmat dan kurnian Allah ini semaksima dan sebaik mungkin.
6. Itupun jika ikhlas. Kepada Nasaruddin : Tak popularnya kita hanya dengan berdemo. Itu kaedah zaman kuno. Zaman tok nenek kita lagi. Tak sekolah ke anda. Berhimpn di alam maya ini lebih afdal dan diredhai Allah.
Di ingatkan kepada semua penyokong2 PAS supaya terus berjuang menentang kezaliman. Sudah lebih 50 tahun kita berjuang menentang puak2 yang tamak, tidak jujur dan menindas rakyat dengan sesuka hatinya. Selama ini mereka cuma pentingkan diri dan kaum keluarga nya sahaja.
ReplyDeleteBerkat sabar dan gigih berjuang, musuh kita sudah semakin lemah dan hampir menyerah kalah. Kita kena terus berjuang hingga keakhir hayat sehingga mencapai kemenangan.
Perjuangan kita sudah hampir mencapai matlamatnya. - hancurkan UMNO.