Nota : Nota-nota kuliah lama simapanan PG. Mungkin boleh membantu anda / pelajar dalam memahami Sistem keadilan jenayah di Malaysia.
Polis dan sistem keadilan jenayah.
1. Definasi :
Reids (1982) : memberi definasi sistem keadilan jenayah adalah agensi yang bertanggungjawab menguatkuasa undang-undang jenayah termasuklah badan perundangan, polis, mahkamah dan agensi pemulihan/pembetulan (correction). Proses membuat keputusan/tugas adalah terdiri daripada pencegahan, pengesanan dan penyiasatan jenayah, menangkap, menuduh, menahan dan membicarakan orang yang disyakki. Tugas lain juga termasuklah sabitan, hukuman, pemenjaraan atau pengawasan.
Sistem keadilan jenayah sering di jelaslah sebagai satu bentuk kawalan sosial untuk melindungi kepentingan awam dan memelihara undang-undang dan ketenteraman dan juga memastikan masyarakat bebas dari ancaman jenayah.
2. Polis dan penguatkuasaan undang-undang.
Penguatkuasaan undang-undang adalah paling jelas dilihat dan komponen paling kritikal dalam sistem keadilan jenayah. Ini disebabkan proses mengekalkan undang-undang dalam menguatkuasa undang-undang selalu menjadi isu dan menarik perhatian publik terutamanya dalam melaksanakan budibicara dan penggunaan kekerasan.
3. Satu contoh yang diberi publisiti meluas adalah pada bulan March, 1991 dalam kes Birmingham Six di England. Dalam kes ini 6 orang lelaki telah disabitkan salah melakukan serangan IRA di bagunan awam Birmingham pada bulan November, 1974 dan mengorbankan 21 orang dan 166 orang telah tercedera. Semasa pembicaraan pendakwa telah mengemukakan pengakuan salah tertuduh tetapi peguam menyatakan pengakuan salah dibuat akibat dari dipukol dan diugut oleh polis. Kenyataan pengakuan salah ini telah diuji dalam bicara dalam pembicaraan (trial within trial/ voire dire ).

4. Dalam rayuan pertama kekejaman polis telah ditolak. Dalam rayuan kedua juga telah ditolak. Pada tahun 1986, seorang anggota polis dari balai Birmingham iaitu tempat dimana 6 tertuduh diatas ditangkap telah menerangkan ugutan pegawai-pegawai polis melalui progam TV Granada. Kemudiannya dalam tahun 1987 seorang lagi anggota polis wanita dan seorang tukang cuci dibalai polis memberi keterangan mengenai serangan oleh anggota polis. Pada tahun 1987 inkuari mendedahkan anggota polis telah memberi keterangan palsu. 6 orang yang disabitkan salah telah dibebaskan pada tahun 1991 dalam rayuan ketiga.
5. Oleh yang demikian budibicara polis dan penggunaan kekerasan merupakan isu yang paling controversial dalam penguatkuasaan undang-undang dan sistem keadilan (KALAMANOFF, 1976, P.109).
6. PIKE (1985) menyatakan kajian terhadap polis mengenai isu diatas telah menjadikan `suatu perkara yang paling penting dalam masyarakat` (business of great social important).
7. Penguatkuasa undang-undang paling efektif adalah adil dan tidak bias (impartial). Semua bentuk penguatkuasaan yang melampau (over-zealous) (terutama pada golongan tidak berupaya ) dan bias hendaklah di elakkan.
8. Matlamat utama sistem keadilan jenayah adalah mencapai keseimbangan ( equilibrium) keadilan bukan saja kepada mangsa, publik dan negara tetapi juga kepada tertuduh. Keadilan mestilah dilihat dengan jelas. ALAN, E. ELLIS berkata
9. `Konsep kententeraman menggunakan undang-undang dan penguatkuasaan undang-undang adalah sebahagian dari keadilan yang besar…..Keadilan termasuklah penggunaan undang-undang dan ianya tidak boleh berada dalam masyarakat tanpa ketenteraman.(undang-undang adalah untuk ketenteraman).Tetapi ianya lebih dari undang-undang dan ketenteraman. Ianya sebenarnya kepada keadilan asasi (kebebasan asasi) atau hampir kepada moral yang sewajarnya…..
10. Pada umumnya 3 fungsi utama polis dalam sistem keadilan jenayah adalah penguatkuasaan undang-undang, menjaga ketenteraman dan memberi perkhidmatan.
11. SKYES (1978) memberi 3 aktiviti utama seperti berikut :
i. Penggunaan sah sesuatu undang-undang termasuklah menangkap, menahan, mendapat keputusan kehakiman mengenai kesalahan tertuduh atau hukuman keatas kesalahan besar.
ii. Penggunaan informal undang-undang termasuklah penggunaan budibicara dan membuat keputusan mengambil tindakan/tidak mengambil tindakan atas kesalahan kecil.
iii. Peruntukan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberi kepada polis dan tidak berkait dengan undang-undang jenayah.
12. Secara asasnya peranan dan fungsi semua polis adalah sangat bersamaan dengan Akta Polis, 1967 dibawah seksen 3(3) yang menyatakan memelihara undang-undang,menjaga ketentaraman dan keselamatan,mencegah dan mengesan jenayah,menangkap dan mendakwa pesalah dan mengumpul risikan keselamatan.
Polis dan penyiasatan jenayah.
13. PDRM memainkan peranan penting dalam sistem keadilan jenayah di Malaysia terutamanya dalam kes-kes jenayah. Semua kes berbentuk jenayah dilapurkan kepada polis. Dalam penyiasatan sekiaranya terdapat bukti yang mengcukupi pesalah akan dituduh di mahkamah. Dalam kes tertentu inya dirujuk kepada pendakwaraya terlebih dulu untuk mendapat kebenaran mendakwa. Dalam perkara penyiasatan ianya adalah sepenohnya keistemewaan (prerogative) kepada pihak polis. Disamping penyiasatan polis juga membantu mahkamah dalam menjalankan pendakwaan bagi pihak pendakwaraya di mahkamah rendah. Di Mahkamah tinggi pendakwaan dijalankan sendiri oleh Pendakwaraya. Adalah pihak polis menentukan samada seseorang itu dituduh atau sebaliknya dalam kes-kes jenayah.

Peringkat penguatkuasaan undang-undang.
14. Walaupun undang-undang jenayah dibuat setiap perlanggarannya dijangka akan menyebabkan tangkapan dan hukuman, ianya tidak terjadi sedemikian. Sekatan yang dikenakan oleh undang-undang, badan perundangan, mahkamah dan masyarakat telah menjadi dengan banyak perbuatan jenayah tidak diberi perhatian oleh polis. Tambahan pula polis mempunyai bidang kuasa yang luas untuk menentukan bagaimana anggotanya ditugaskan, perbuatan jenayah yang tidak diberi perhatian dan keadaan dimana anggota polis akan menangkap atau tidak menangkap.

15. Oleh kerana sistem keadilan diurus secara bersambungan iaitu dari polis ke pendakwa, mahkamah dan agensi pemulihan, polis adalah kedudukan penting dalam mengatur aliran kes-kes dalam sistem keadilan jenayah tersebut. Perubahan dalam polisi penguatkuasaan umpamanya dengan meningkatkan rondaan pada waktu malam atau membiarkan kegiatan tidak bermoral akan mempengaruhi jumlah kes jenayah dan keupayaan sistem keadilan mengenakan hukuman kepada pesalah.
16. Mestilah ditekankan bahawa didalam mesyarakat demokrasi moden , polis telah direncanakan untuk menggunakan kekerasan terhadap pesalah undang-undang. Penggunaan kekerasan oleh orang perseorangan atas kedudukan peribadinya adalah dilarang dengan keras. Penggunaan kekerasan oleh orang perseorangan hanyalah untuk mempertahankan diri. Ada juga keadaan dimana orang awam dibenarkan menahan pesalah sehingga polis sampai, tetapi pihak polis mempunyai kuasa sepenohnya (monopoly) penggunaan kekerasan bagi menjaga undang-undang dan ketenteraman. Polis bertanggujawab kepada masyarakat atas tindakanya.
17. Berbagai tahap penguatkuasaan dan budibicara ujud didalam polis membuat keputusan( Various levels of enforcement and discretion exist within the area of police decision making) .Kanun jenayah menerangkan perbuatan yang dilarang. Polisi penguatkuasaan total (total enforcement) undang-undang dimana polis diharapkan menjalankan undang-undang tanpa mengambil perhatian kepada kebebasan awam bukanlah matlamat sahih dalam sistem keadilan jenayah negara berdemokrasi. Polisi demikian mungkin ujud dalam kerajaan sepenohnya autokratik. Tetapi polis dalam negara demokrasi adalah diarah untuk berkerja dalam linkungan undang-undang, menghurmati kebebasan setiap rakyat dan mengambil tindakan terhadap orang disyakki mengikut konsep `due process` (perundangan sewajarnya atau the rule of law).
18. Oleh yang demikian polis diharap mengikut polisi penguatkuasaan sepenohnya (full enforcement) . Adalah mungkin pihak polis menjalankannya jika mereka memperolehi sumber yang diperlukan dan mendapat sokongan masyarakat. Tetapi polisi demikian membuat kehidupan tidak ada toleransi. Sungguhpun polisi demikian membuatkan polis mengambil tindakan pada setiap kesalahan dan setiap pesalah ditangkap, tetapi kebebasan setiap rakyat akan tersekat oleh kerana polis akan berterusan mencari, meronda, memereksa dan memerhati untuk mencari punca penjenayah. Seperti yang kita ketahui , negara tidak akan memberi sumber sepenohnya kepada pihak penguatkuasa untuk mendominasi. Polis dan agensi lain terpaksa bersaing untuk mendapat sumber dengan agensi lain seperti pendidikan,rekrasi.
19. Pada realitinya , sungguhpun badan perundangan membuat undang-undang untuk dikuatkuasa sepenohnya dan pihak polis telah dengan suci hati berikrar untuk menguatkuasanya , tetapi polis yang menentukan penguarkuasaan sebenarnya – kadar jenayah yang dilapur dan keputusan hukuman terhadap pesalah. Perbezaan antara penguatkuasaan sepenohnya (full enforcement) dan penguatkuasaan sebenarnya adalah bergantung kepada faktur kesukaran membuat tangkapan, sumber-sumber yang ada, persetujuan masyarakat terhadap sesuatu tindakan yang dianggap tidak salah dan tekanan dari pihak yang berpengaruh yang tidak inginkan sesuatu undang-undang dikuatkuasa dengan ketat. Pihak penguatkuasa undang-undang adalah diminta penohi tanggungjawabnya dan pada masa sama mengekalkan sokongan masyarakat dan organisasi. Mereka menyelesaikan dilema ini dengan membuat tatacara yang mengurangkan ketegangan.
20. Fungsi polis adalah lebih komplek dari apa yang kita anggap. Polis diberi tugas menjaga keamanan, menguatkuasa undang-undang dan menyediakan berbagai perkhidmatan social, tetapi polisi tugas mencari dan menangkap sepenohnya orang bersalah akan dilebel sebagai bersalah (deviant). Polisi dalam pemberiaan sumber-sumber dan ciri-ciri matlamat penguatkuasaan undang-undang juga pemboleh ubah yang penting.
Penguatkuasaan total (total enforcement).
21. Polisi dimana polis diberi sumber dan sokongan untuk menguatkuasa semua undang-undang tanpa mengambil kira kebebasan awam rakyat.
Penguatkuasaan sepenohnya ( Full enforcement).
22. Polisi dimana polis diberi sokongan dan sumber untuk menguatkuasa semua undang-undang dan menghurmati kebebasan awam rakyat.
23. Penguatkuasaan sebenarnya (actual enforcement).
Tahap penguatkuasaan undang-undang yang bergantung kepada faktur budibicara, sumber-sumber, nilai-nilai masyarakat, kebebasan awam (civil liberties) ,politik, undang-undang yang ada dan lain-lain.

No comments:
Post a Comment