Harakah Daily
Poster Nik Aziz punya nilai komersil yang tinggi kata Wan Rahim
Salmiyah Harun Sat Jun 20, 09 12:27:47 pm MYT
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Dun Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah menegaskan poster Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai nilai komersil yang tinggi bagi menarik pengundi. ..................................................................................................................
Wan Rahim mengakui Tuan Guru mempunyai tarikan tersendiri berdasarkan pengalaman dalam jentera parti sejak tahun 1982 semasa mencetak gambar Tuan Guru yang mengenakan serban di atas bahu.
Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz.
"Inilah bukti gambar Tok Guru mempunyai nilai yang tinggi di kalangan rakyat beliau," katanya ketika dihubungi. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : MasyaAllah. Jika imam berkenaan ( sekiranya benar dakwaan Dato Rahim tu ) sudah sampai ke peringkat tersebut maka perkara ini adalah sesuatu yang serius.
2. Dalam hal ini PAS sepatutnya menghentikan pengeluaran gambar-gambar ini kerana pendewaan yang berlebihan akan membawa kerosakan akidah. Atau adakah ini akan menjadikan ia fatwa baru PAS di masa depan.
3. PG harap perkara di atas tidak benar. Takkan seorang imam boleh berperasaan demikian. Beliau tahu hukum hakamnya. Walau pun guna Perkataan seolah-olah pun ( seolah-olah mendapat pahala jika lihat gambar TGNA ) ia membawa kerosakan akidah jika kita tidak mengawalnya.
4. Kalau nak berkempen dan berpolitik pun, tak usahlah sampai ke peringkat menjual cerita imam di atas. Buruk padahnya kepada islam. Jauh larinya pegangan dan pendapat ini. Perkataan seolah tu pun sudah petanda tak baik kepada orang islam yang masih mentah sekiranya kurang atau tidak diberi penerangan jelas kepada mereka.
5. Sudah-sudah menggunakan islam untuk berpolitik. Fatwa Hj Hadi pada tahun 1990an pun masih belum selesai. Jangan nak tambah kekeliruan lagi pada umat islam. Hati-hati mengeluarkan kenyataan Dato. Jangan buka mulut kita terlalu besar. Buruk sangat.
6. PG juga siarkan gambar TGNA yang besar di bawah ini. Jadi lihatlah puas-puas. Mungkin boleh tambah pahala kot. Seolah-olah dapat pahala pun dah kira ok apa!
jika betul, harap majlis agama buang imam tersebut. imam yang sudah tiada iman.
ReplyDeletePatut la pernah terlihat gambar di belakang van atau kereta orang yang taksub dengan DEWA N.Ajis ni. Mulanya aku sangkakan gambar Colonel Harland Sanders (pengasas KFC tu...), bila diperhatikan betul2 baru la sedar rupanya gambar DEWA Tok Guru Pas. Begitu taksub sekali mereka dengan N.Ajis ni.
ReplyDeleteRasanya kalau solat pun ada gambar N.Ajis pada sejadah juga kut.Iya la, memandang gambar poster DEWA N.Ajis boleh dapat pahala, inikan pula masa solat, boleh dapat berkali ganda pahala tu. Subhanallah.....
salam tuan,
ReplyDeletePAS pun hidup selama ini dengan menunggang agama, menjual agama demi survival politik dangkal dan sempit mereka dulu, kini & selamanya
terima kasih
This is what is known as passionate attachment to other human beings, which is a cult that encourages a person to abandon Allah and worship people instead. It can also be called "The Religion of Worshipping People" in which such people reject Allah (Who created them), and deifies a person or persons in His place. In many places in the Qur'an, Allah invites humans to save themselves from this errant belief and serve only Him. In one of these verses, He says:
ReplyDelete[Ibrahim said,] "Instead of Allah you worship only idols. You are inventing a lie. Those you worship besides Allah have no power to provide for you. So seek your provision from Allah and worship Him and give thanks to Him. It is to Him you will be returned." (Surat al-Ankabut, 17)
"Agama memuja orang" ini memang wujud dalam sejarah manusia. Saya tidak boleh mengatakan keghairahan pengikut-pengikutnya terhadap Tuan Guru Nik Aziz sudah sampai ke tahap itu. Tetapi nampaknya, ini sudah menjadi satu trend in negara kita, dan yang menyedihkan - dan amat tragis sekali - ia melibatkan orang Islam sendiri.
Semoga para ulamak dan pakar agama kita (yang benar-benar memahami dan menjiwai agama) boleh melakukan sesuatu sebelum terlambat.
[PG, maaf sebahagian dalam bahasa inggeris, tak sempat nak terjemah]