FOLLOWERS

Saturday 27 June 2009

KES LIWAT : DSAI MAIN KOTOR ?


Dipetik dari blog : WBHIM ( Dr. Siddiq Azani )


Anwar Cuba Main Kotor


25 jun - Seorang DPP menyatakan hari ini bahawa Anwar hari ini sekali lagi bermain kotor dengan cuba memohon supaya kes beliau dipindah ke mahkamah session. Tarikh sebutan semula akan didengar 29 June ini. alasan beliau adalah kerana mahkamah tinggi sering tidak berlaku adil kepada beliau.

Apakah ada beza mahkamah tinggi dan session, atau mahkamah rayuan sekalipun? jika dakwaan beliau kerajaan boleh pengaruhi mahkamah tinggi, kerajaan tidak boleh pengaruhi mahkamah rayuan kah? atau session? ini satu taktik yang biasa diguna oleh peguam bela untuk melambatkan kes seterusnya menamatkan momentum saksi-saksi yang bersemangat memberi keterangan.

Lama kelamaan kes akan terbatal kerana saksi pendakwaan sudah malas untuk ke mahkamah memberi keterangan. anwar cuba bermain kotor dan tidak mustahil beliau akan kembali lagi dengan menggunakan pelbagai cara untuk melambatkan perjalanan kes.

Penghuni Gua : Sepandai tupai melompat, ketanah juga jatuhnya. Semalam PG tonton filem Transformers : Revenge of the Fallen? dengan keluarga di Melaka Mall ( bungkus juga RM 54.00 ) , sehebat mana punRobot jahat Decepticon dan kumpulannya, akhirnya kalah juga dengan Autobots Megatron.

2. Kebenaran akan terserlah juga akhirnya. Kita sama-sama tunggu. Opsss lupa. Ada seekor geng Decepticon katakan " yang selalu dikatakan dan dilihat pengecut akan kerap selamat dan terus hidup ". ( dia kemudian melarikan diri dan selamat ) .Mungkin kot. Dilihat dalam kes DSAI pun , ramai juga yang dah meninggalkan DSAI. Yang ada hanya budak-budak mentah yang tak tahu apa-apa. Hanya pengikut buta aje.

3. Allah ada. Allah mahakuasa dan maha segalanya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR