FOLLOWERS

Tuesday, 16 June 2009

DEMO ISA DI PARLIMEN ESOK 17 JUN 2009 : KETUA PEMUDA BARU PAS TUNJUK KEPALA BESAR / BESAR KEPALA


Malaysiakini


Demo anti-ISA dilancar di Parlimen esok
Abdul Rahim Sabri Jun 16, 09 2:31pm


Kempen terbaru untuk menuntut kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dilancarkan di lobi Parlimen tengah hari esok, kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan.Kempen itu bersempena usaha menganjurkan demonstrasi besar menentang akta tersebut yang digelar 'Himpunan Mahsuhkan ISA' yang dijadual 1 Ogos ini di Kuala Lumpur.

"Pemuda PAS akan menjadi antara penggerak utama di samping rakan-rakan NGO yang lain. Kempen ini akan digerakkan ke seluruh negara," katanya di sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.Demontrasi tersebut, antaranya untuk menyambut ulang tahun ke-49 pelaksanaan akta tersebut, telah dua kali ditunda - bulan Mac dan Jun. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Dua tiga hari baru menjadi ketua pemuda parti dah nak tunjuk kepala besar. Carilah popular cara lain. Cara ini adalah cara murahan dan jenis yang ambil kesempatan atas perjuangan orang lain.

2. Anda semua masih mentah. ISA itulah yang menjadikan anda sekarang sebagai manusia seperti hari ini. Jika tiada ISA mungkin ada jadi kucing kurap sahaja di negara sendiri. Itupun dah kira nasib baik jadi kucing kurap.

3. Belajarlah dari sejarah . Jangan hanya sekadar nak menunjuk perasaan sahaja tanpa sebarang cadangan memperbaikinya. Nak menghapuskannya senang. Tetapi hendak mengadakannya semula di masa depan, ia amat berisiko.

4. Apa cadangan anda yang hendak berdemo ini mengenai ISA selain dari menghapuskannya. Negara ini bukan barang mainan dan boleh kita perjudikan dengan perkara yang belum pasti dimasa depan.

5. Belajar sikit dari sejarah lampau. Jangan jadi pengikut yang buta hati dan perasaan. Selesaikah segala masalah dengan hapuskan ISA. Jangan hapus perkara yang dah ada dan menunjukkan kebaikan kepada masa depan negara. Bukti dah banyak tentang kebaikan ISA. Jika ada kekurangan beri cadangan, bukan pakai berdemo sahaja dengan otak yang kosong. Kalau ISA tak bagus, apa yang bagus. Ada alternatifnya.

6. Kami tak ada masalah pun dah hidup bersama ISA hampir 49 tahun! Apa masalahnya. Kamu semua yang mentah ini yang sebenarnya bermasalah. Tidak boleh hidup bermasyarakat dan berperaturan. Pergilah ke mana negara yang sebebas Malaysia dan menjadi baik seperti Malaysia.

7. Tunjukkan negara yang tiada ISA tetapi lebih aman dari Malaysia. Jangan nampak mendung dilangit , air ditempayan dicurahkan. Perkara yang tak pasti jangan kita harapkan sangat. Masa depan cucu kita yang mustahak. Kita hidup ini dah tak berapa lama lagi.

8. Kita hidup ini kena ada peraturan. Tak ada peraturan, jahiliyah lah kita. Di rumah: ada peraturan nya. Bukan bebas aje , anak-anak nak bercakap dengan ibu bapa. Ada garis sempadan yang ditetapkan Islam.

9. ISA ini amat mustahak. Terutama pada masa ini, di mana kebanyakkan peguam dan mereka yang bijak pandai ini yang mempunyai berbagai agenda untuk menjahanamkan negara, cuba eksploitasi kelemahan undang-undang yang ada untuk kepentingan mereka. Di sinilah mustahaknya ISA.

10.Bukan semua kes / jenayah boleh dibuktikan di mahkamah. Begitu juga dalam hukum berumahtangga. Bukan semua boleh diberitahu dan dibuktikan. Terutama perkara-perkara sulit suami isteri. Jadi begitu juga dalam hidup bernegara ini.

11. Jadi kepada mereka yang berhajat hendak mengadakan demo di depan parlimen esok: berfikirlah cara matang. Utamakan kepentingan negara daripada politik sempait. Juga fikirkan juka dan jangan sekali kita diperalatkan oleh mereka yang mempunyai agenda yang lebih besar dari Ketua Pemuda PAS ini. Fikirkan semula.

12. Tumpukan perjuangan anda kepada rakyat terbanyak lagi baik dan diredhai Allah. Ramai lagi yang fakir serta miskin yang perlu perhatian dari anda. Bukan setakat berdemo dan kemudian membaca sepatah dua ayat quran untuk kepentingan kita.

13. Berhentilah jadi munafik................Berhentilah.

Terbaru :

Malaysiakini

16 jun 2009



Khalid: PAS keluar arahan tutup mulut

Jun 16, 09 4:27pm
Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata parti itu telah mengeluarkan arahan "tutup mulut" kepada semua pemimpin tingginya daripada bercakap tentang kerajaan perpaduan."Arahan tersebut dibuat kerana perkara itu telah diputarbelitkan oleh orang seperti (Datuk Seri) Najib (Tun Razak)."Malah, ia tidak dibangkit pun dalam ucapan dasar atau usul... ia timbul dalam sidang akhbar dan telah diperbesar-besarkan," katanya yang juga bekas ahli jawatankuasa pusat PAS. Berita lanjut : KLIK


align="justify">Penghuni Gua : Kepada Ketua Pemuda PAS. Jika anda nak bebaskan ISA katanya mengongkong kebebasan dan hak asasi dan sebaginya, lihat petikan diatas. Arahan tutp mulut PAS di atas.

2. Mengapa perlu ada peraturan jika anda nak sangat ketelusan dan kebebasan. Tunjukkan contohnya. Jika anda sendiri / PAS membuat peraturan begini yang tak ada kena mengena dengan nyawa manusia pun, mengapa ISA yang begitu penting untuk keselamatan negara perlu dihapuskan.

3. Kerana kerajaan perpaduan pun dibuat arahan dan peraturan tutup mulut. Mengapa nak sekat kebebasan bercakap kepada pemimpin dan ahli parti. Jika anda sendiri pun membuat berbagai peraturan dan arahan, jadi janganlah nak cakap lebih-lebih mengenai pemansuhan ISA. Baik diam saja kalau anda dan PAS sendiri dilihat dan menunjukkan contoh tidak telus dan demokratik dan melanggar hak asasi manusia.

4. Jadi diam aje le. Naik meluat dengan kemunafikan anda semua. Kena orang haram. Tang dia halal...............

1 comment:

  1. ISA sangat baik untuk sesiapa yang menjadi pemerintah di Malaysia. Kalau Pakatan Rakyat menang di satu hari nanti. JANGAN hapuskan ISA! hehehe senjata ampuh tu....

    ReplyDelete

PETA PELAYAR