Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 21 Mei - Konsert Search Di Awan Biru di Kuala Terengganu yang sepatutnya diadakan esok terpaksa ditunda kepada 29 Mei kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Menurut jurucakap penganjur konsert itu, Art-Is At Work Sdn. Bhd., Aida Husin, konsert di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu tetap akan diadakan pada pukul 8 malam pada tarikh baru itu.
Bagaimanapun, katanya, bagi mereka yang telah membeli tiket untuk esok, boleh menggunakan tiket berkenaan untuk konsert pada 29 Mei. - Utusan
Penghuni Gua : Tergerak di hati nak menulis mengenai konsert ini. Walaupun ia dah berlaku. Tetapi disebabkan pada tahun 2005 , satu konsert diadakan di sebuah IPTA di Gong Badak Terengganu. Satu Demontrasi di adakan. Jadi dalam konsert search baru-baru ini: sebelum, sepanjang konsert dan selepas konsert in i sehingga sekarang, tiada satu pun kenyataan PAS Terengganu membantah atau akan membuat tunjuk perasaan di Terengganu berkaitan konsert tersebut.
2. Pada tahun 2005 dahulu semasa konsert Siti Norhaliza di Gong Badak Terengganu di adakah sebuat IPTA bukan main . Siap tunjuk perasaan puak-puak berkopiah dan berserban ini berdemo dan memaki hamun di depan IPTA berkenaan. Polis Simpanan Persekutuan terpaksa dipanggil dan meriam air dilepaskan kerana mat-mat kopiah dan berjubah serta berseban dan bertanda didahi ini dah bertindak liar. PG semasa itu bertugas di sana. Semapt jugalah lihat demo mat-mat kopiah dan mat serban dan bertanda di dahi ini.
3. Demintrasi tersebut berjaya disuraikan dengan kekarasan. Keesokkan harinya mulalah Harakah , menyiarkan komen-komen penyokong PAS denganmengatakan ia lambang kerajaan BN membawa masuk maksiat, duit haram, BN berfikiran yahudi, kafir dan berbagai gelaranlah dihentamnya kerajaa Idris Jusoh pada masa tersebut.
4. Jadi sekarang selapas Tuan Guru Nik Aziz kata Konsert Search halal dan mungkin Amy akan menyertai PAS, maka kemetot semua pemimpin dan penyokong PAS ini. Sepatah haram tiada suara bantahan tentang konsert ini dari PAS. Apa lagi nak berdemo. Jadi sekarang mereka telan semual muntah mereka semua.
5. Sebab itu sejak dulu, PG naik menyampah tengok puak-puak ini. Hipokrit dan munafik dalam pertuturan, dan tindakan. Cakap aje berdegar dan mengakafirkan orang. Bila kena batang hidung sendiri senyap. Semua halal yang dulunya haram dan dikafirkan mereka yang menganjurkannya. Adakah terdapat 2 hukum islam yang berbeza atas persembahan hiburan?
6. PG cadangkan mereka yang bertanda hitam di dahi yang berdemo semasa konsert Siti Norhaliza dahulu , baik buang tanda hitam dan buat tanda melintang 5 jalur hingga ke hidung. Buat tanda macam kaum asli afrika . Lagi afdal. Asli afrika senang. Semua halal. Tidak hipokrit.
7. PG juga terjumpa satu keluhan pembaca dalam akhbar Harakah yang juga mempertikaikan isu ini dan pendirian PAS yang berbeza . Di bawah ini di siarkan komen dan keluhan pembaca tersebut :
Harakahdaily
Ahad 14 Jun 2009 20 Jamadil Akhir 1430 Hijrah
Ahmad Yamani Mon Jun 01, 09 7:03:36 pm MYT
"Malam ni kita mesti pergi," cadang saya kepada seorang teman.
Cadangan itu penuh pengharapan. Mana tidaknya, saya tidak dapat pergi berseorangan sebab lesen motosikal masih belum hidup-hidup lagi, sudah expired. Abang-abang polis pula ramai yang berkeliaran, memberi cabaran kepada mat-minah rempit yang keluar dengan agak agresif pada malam itu sejak dari petang lagi. Yang paling utama, ada sesuatu yang membuatkan saya berhajat sangat mahu melihatnya. Cadangan saya itu dipersetujuinya.
Sebelah malamnya, usai solat Maghrib dengan zaujah tersayang, saya bersiap-siap untuk keluar. Seperti yang dijanjikan, teman saya tadi sudah pun menunggu di luar dengan motosikalnya. Kami juga sudah berjanji-temu dengan seorang lagi sahabat apabila sampai di sana nanti.
Dalam perjalanan ke Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah Kuala Terengganu, kami singgah di Surau Ladang. Bersihkan hati sekejab mendengar kuliah berceloteh daripada Ustaz Azhar Idrus, ustaz yang diminati ramai anak muda itu.
Tepat jam 9.00 malam kami beransur gerak ke stadium, tempat berlangsungnya Konsert Penghargaan Search 'Di Awan Biru'. Itulah destinasi kami. Konsert jelajah ke seluruh negara tersebut ditaja tunggal oleh Celcom Blue. Dengan harga tiket serendah RM38, ia memang 'berbaloi-baloi', seperti kata Amy di dalam iklan.
Di depan pintu masuk, Saudara Isma Halil Hamzah sudah menanti para hadirin dengan celoteh 'hidup'nya di booth Celcom Blue, berhampiran pintu masuk stadium. Suasana kelihatan tenteram. Tiada lagi 'ekstremis' agama yang menghalang kelancarannya sebagaimana yang telah berlaku kira-kira 21 tahun dahulu.
Saya mengambil tempat di atas motosikal berhampiran pintu masuk stadium dengan sebatang pen dan sebuat buku nota kecil, sambil menyaksikan gelagat umat manusia yang rindukan 'penangan' daripada Search. Kali terakhir kumpulan yang akan menjadi lagenda rock Malaysia itu beraksi di Terengganu ialah pada tahun 1988. Memang begitu lama jarak masanya.
Tepat jam sebelas malam, lagu Isabella berkumandang mengisi ruang angkasa Bandaraya Kuala Terengganu. Suara mantap daripada Amy membuatkan para hadirin terpukau. Memang tidak ubah kemerduannya seperti ketika lagu tersebut dihambat keluar dari bumi Terengganu 21 tahun yang lalu.
Terfikir pula kenapa pada tahun 1988 dahulu satu demonstrasi dan bantahan besar-besaran diadakan terhadap kumpulan Search apabila mereka ingin mengadakan persembahan mereka di Terengganu. Sedangkan hari ini, konsert mereka berjalan selancarnya dalam keadaan tenteram. Sepengetahuan saya, setakat tulisan ini ditulis, masih tiada sepatah pun kenyataan yang bernadakan bantahan yang keluar daripada pimpinan PAS terutama sayap pemudanya yang terkenal dengan kelantangan mereka.
Adakah waktu dan suasana yang menyebabkan Search dihalalkan semula kembali menghiburkan warga Terengganu? Mungkinkah bantahan tidak dibuat kerana ingin memikat hati dan jiwa raga para pengundi muda khususnya? Adakah ia adalah bahana dari kemasukan golongan 'profesional' yang lebih 'menghormati pihak lain' itu ke dalam PAS? Mungkin juga mereka terlepas pandang akan isu ini kerana sedang sibuk dengan pemilihan pada muktamar yang bakal menjelang? Atau ulama sudah hilang kredibilitinya? Atau isu bantahan ini hanya relevan untuk artis luar sahaja, bukan tempatan? Kenapa ya?
Kawan saya cakap, "Alaa, kan Amy dah cium tangan Tok Guru. Takleh kacau la dia."
Tetapi, saya tidak fikir yang Tok Guru merestuinya. Kerana, Kelantan sudah pun membatalkan permit kebenaran konsert jelajah Malaysia itu menjejakkan kaki ke dalam negeri tersebut. Tahniah kepada Tok Guru dan warga Kelantan.
Namun, di Terengganu apa pula ceritanya? Mana komen bakal Ketua Dewan Ulama Pusat yang baru? Mana respons daripada Ketua Dewan Pemuda Terengganu yang baru? Mananya keluhan cakna ibu oleh Ketua Dewan Muslimat Terengganu yang baru? Mananya statement 'ahli profesional' PAS di Batu Buruk? Semuanya dimasyghulkan dengan pemilihankah?
Ini hanyalah luahan dan kemusykilan yang timbul di dalam akal saya yang terbatas ini. Bukan berniat untuk menggugat sesiapa. Dan sebetulnya, memang tiada sesiapa pun yang akan tergugat dengan tulisan picisan seperti karangan saya ini. - mns_ -->
PG : Fikirlah sendiri . Inilah rupa mereka yang hipokrit dan munafik serta lidah bercabang ini. Kerana kepentingan politik , agama dipergunakan untuk halal dan mengharamkan sesuatu mengikut tafsiran sendiri. Untungnya kau Amy. Hidup Amy....
Kat mane boleh dapat spek 3D puteh yang najib pakai tu....
ReplyDelete