Baru sebentar tadi iaitu jam 1230 petang, PG sempat melihat sebahagian rancangan Wanita Hari Ini TV3. Tetamu yang dijemput adalah penyanyi dari Indonesia : Rossa ( penyanyi lagu matahari kot ). Meluat yang PG maksudkan ialah melihat dan mendengar salah seorang pengacaranya yang menemubual Rossa ini bercakap dalam telo Indonesia.
2. Pada pandangan PG, mentaliti pengacara ini terlalu rendah. Beliau patut faham dasar bahasa kebangsaan dan juga penonjolan bahasa dan budaya tempatan/ Malaysia. Rossa tu datang ke Malaysia untuk mempromosi albumnya. tak boleh ke atau buruk sangat ke Bahasa Melayu untuk dijadikan bahasa pertuturan semasa menemuramah dan berbicara dengan penyanyi ini.
3. Apa lebihnya bahasa Indonesia ini yang kita terikut-ikut untuk menggunakannnya di stesen TV3 dan di Malaysia ini. Rossa tak faham ke Bahasa Melayu yang kita tuturkan?
4. Tidak ada rasa malukah, berada di Malaysia dan di stesen TV Malaysia dan kita menggunkan telo Indonesia untuk menjadi bahasa bicara dengan penyanyi luar ini. Di mana semangat nasionalisma dan kecintaan kepada bahasa sendiri. Ini bukan TV kampung atau untuk dilihat oleh sekelompok manusia di kampung. Ini diantara media utama negara. Pengaruhnya besar.
5. Tetapi sekiranya pengacara yang mengendalikan rancangan ini yang berkelakuan seperti pelacur bahasa ( lebih mengutamakan bahasa Indonesia berbanding bahasa sendiri ) , apa maruahnya kita. langsung tidak ada segan silu menggunakannya.
6. PG bukan bermusuh dengan Indonesia atau rakyatnya. Tetapi gelagat sesetengah orang kita sendirilah yang kadangkala kita kerap diperlekehkan samada di negara sendiri apatah lagi di Indonesia. Apa lebihnya Indonesia. Apa bidang yang mereka lebih yang kita tanpa segan silu amat mengagungkannya.
7. Kepada pengurusan TV3, beri perhatian kepada perkara-perkara sebegini. Ada perkara yang boleh kita bergelak ketawa dan bermain-main tetapi bukan yang menyentuh mengenai bahasa, maruah dan kepentingan kita. Sedarlah.
8. Mungkin kerana perkara sebeginilah agaknya , Menteri Penerangan, Dato Seri Rais hendak memanggil semua stesen TV di Malaysia dalam satu seminar akan datang. Mungkin nak membetulkan otak-otak pengendali ini, yang kadangkala mereka ini mempunyai kerajaan mereka sendiri. Buat peraturan dan tidak sesitif kepada kepentingan dan maruah negara , bahasa dan bangsanya. Janji untung.
9. Kepada Dato Seri Rais, basuh cukup-cukup kepala mereka ini. Dah lama sangat mereka berleluasa. Ada satu peringkat semasa menteri-menteri penerangan sebelum ini, amaran dan teguran menteri langsung tidak dihiraukan kerana TV ini merasakan Menteri Penerangan tidak boleh mengawal mereka. Jika ditegur, menteri komunikasi akan pertahankan nya. Jadi Dato Seri, sepatutnya tunjuk betapa kuku dan gigi Menteri Penerangan masih berbisa. Kadang kala kena juga gigit mereka ini sekali sekala.
TV3 memang banyak mengarut sekarang nih...samada iklan, rancangan bual bicara mahupun drama langsung tidak menghormati sensiviti Masyarakat Melayu Islam yang merupakan majoriti rakyat Malaysia. Cuba amati skrip cerita chinta...sangat kurang ajar, mempersoalkan hukum Allah...
ReplyDeleteada antara org2 kita bila bicara dgn org2 indon nie guna bahasa indonesia sbb org2 indon nie ada lembab ckit nak faham 'bahasa melayu' brbanding dgn org2 malaysia yg terang hati, mudah faham bahasa org2 indon.
ReplyDelete