FOLLOWERS

Saturday 6 June 2009

PERBALAHAN PR MENGENAI YANG DIPERTUA MPSP : TAK ADA STANDARD LANGSUNG !




Agenda Daily
6 mei 2009


DAP menafikan dakwaan Ketua Whip Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Johari Kassim, bahawa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) pernah bersetuju jawatan Yang Dipertua MPSP diserahkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas negeri berkata, PR Pulau Pinang tidak pernah memutuskan jawatan itu diserahkan kepada PKR. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Melihat perbalahan PR mengenai perlantikan YDP MPSP Pulau Pinang , PG senyum sendiri dan mengeleng kepala.

2. Senyum dan mengeleng kepala kerana, gabungan ini bukan main gah dengan pelan 16 sep untuk mengambil alih pemerintahan negara. Jadi kalau perkara sekecil ini pun boleh bergaduh dan memboikot, bagaimana nak mentadbir negara yang jauh lebih rumit?

3. Semuanya kerana duit dan kuasa. Tak ada sebab lain. Jadi yang mereka canang tentang ketelusan , CATS, keterbukaan, rasuah dan sebagainya hanyalah untuk menipu dan memperbodohkan penyokong mereka yang memang suka diperbodohkan.

4. Ia semuannya duit dan kuasa. Jika tidak perkara sekecil itu tidak akan membawa kepada pergaduhan. Bagaimana PR akan dapat memerintah negara jika asyik bergaduh tentang, YDP-YDP, Ahli Majlis dan ketua kampung sahaja bila dapat memerintah. Inilah dari dahulu pun. Baik mereka yang berkopiah putih, yang bertanda di dahi ( Islam ) semuanya bergaduh pasal ini.

5. PG sudah bekerja di Kelantan dan di Terengganu di bawah PAS. Inilah kerja dan rupa mereka ini . Tak ada kerja lain. Semuanya berkaitan projek, duit, jawatan dan kuasa. Ia berkaitan semuanya.

6. Semuanya lahir dari hati yang tidak jujur dan gabungan ini tidak ada dasar yang jelas ( gabungan haram ) untuk mentadbir negara. Semuanya hanya cakap dan menggulakan pengikutnya yang patuh seperti robot. Semuanya menjadi burung kakaktua.

7. Gabungan hanya terikat dan bersatu atas dasar untuk menumbangkan BN sahaja. Tiada sebab lain. Jadi sekiranya mereka berjaya mengambil alih pemerintahan negara, maka ranaplah negara dikerjakan oleh mereka ( Hanya angan-angan mereka sahaja untuk ambil alih ) .

8. Jadi kepada semua rakyat Malaysia, sedarlah tentang keburukan pakatan dann gabungannini. Semua lahir atas dasar dendam dan kepentingan sempit. PKR lahir untuk membela kes liwat DSAI. PAS lahir juga kerana mereka ini gulungan yang kecewa di dalam UMNO dan keluar serta menubuhkan parti PAS.

9. Sebab itu PAS hanya bercakap sahaja tentang kerajaan Islam dan hudud tetapi sejak 50 tahun dahulu mereka hanya menipu penyokong mereka. Ini kerana tak ada satu pun dalam perlembagaan PAS ada menyebutkan bahawa PAS akan melaksanakan pemerintahan berdasarkan Islam dan hudud. tak ada langsung dalam perlembagaan PAS.

10. Jika mereka jujur , mereka boleh meminda perlembagaan semasa muktamar agung semalam. Tapi mereka hanya diamkan sahaja kerana jika dipinda , PAS tahu, ia akan menjerat dirinya sendiri. Sebab mereka tahu, mereka tidak boleh dan tidak mampu untuk melaksanakan pemerintahan islam dan hudud seperti yang digembar genburkan.

11. DAP dasarnya hanya untuk kaum tertentu sahaja dengan mengenepikan pribumi. Pada mereka, sama ialah adil. Adil buka persamaan. Adil ialah meletakkan sesuatu ditempatnya. Jika satu kaum tak layak menerima sesuatu bantuan , tapi diberikan juga maka tidak adil. Tapi pada DAP semuanya sama.

12. Akhirkata, kalau inilah caranya PR memerintah, maka jauh sangatlah standard nya untuk memerintah negara. Lupakan sahaja. Perkara sekecil ini pun tak boleh selesaikan. Atas sebab? Kerana tidak ikhlas dan mempunyai unsur kepentingan diri.

13. Kepada Presiden PAS yang mengutuk BN semasa ucapan dasar di muktamar Agung PAS semalam, beri satu salinan ucapan dasar tersebut kepada PKR dan DAP Pulau Pinang bagaimana nak mentadbir negara. Jangan nak jaga tepi kain orang sahaja wahai Hj Hadi. Di bawah jubah anda itu ............macam-macam ada........

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR