FOLLOWERS

Thursday 11 June 2009

UNITY GOV ( UG ) PAS : YB KARPAL HILANG SABAR LAGI



Pagi ini 11 jun 2009 PG mendengar berita TV 3 jam 12.00 malam , YB karpal mengamuk lagi dan memberikan amaran keras kepada Hj Hadi dan PAS atas isu Kerajaan Perpaduan. Beliau menganggap kerajaan perpaduan yang digembar gemburkan oleh PAS adalah penipuan kepada rakyat / penyokong PR.

2. Karpal juga menjelaskan bahawa kesabaran DAP ada hadnya. Kemarahan beliau juga kerana YB Karpal mengatakan Hadi mengeluarkan kenyataan yang menipu / tidak benar bahawa DAP telah diberitahu mengenai UG dan bersetuju mengenainya.


3. Karpal juga mengingatkan PAS supaya mengakaji semula kedudukannya di dalam PR.


4. Seterusnya YB Karpal juga memperli dan mengingatkan PAS bahawa PAS bukan parti dominan di dalam PR. PKR dan DAP lebih dominan dari segi kerusi parlimen pada masa ini. Jadi ia mengingatkan agar berwaspada mengenai ini dan memikirkan perasaan parti gabungan PR.


5. PG hanya senyum sahaja melihat dan mendengar berita dan kemarahan Karpal ini. Apa nak hairan. Gabungan ini bukan bergabung atas prinsip untuk membela rakyat. Tetapi gabungan mereka hanyalah untuk menjatuhkan UMNO / BN dan semuanya atas dendam kesumat.


6. Tiada dasar dan prinsip jelas gabungan / pakatan ini. Ia hanya gabungan longgar yang tergesa-gesa ditubuhkan selepas PRU ke 12. Mereka tidak menyangka akan menang besar dan melihat peluang untuk menjatuhkan kerajaan negeri BN jika bergabung. jadi lahirlah pakatan ini tanpa satu prinsip asas yang kukuh.


7. Jadi inilah yang akan terjadi. Bercakaran kerana masing-masing menegakkan benang basah masing-masing. Gabungan haram katakan. Bukan didaftar dengan ROS pun.


8. Berlainan dengan BN yang ditubuhkan dari awal atas dasar murni untuk kemerdekaan dan pembelaan rakyat. Sebab itu pemimpin terdahulu sanggup bertolak ansur dan melupakan perbezaan yang memang ada dalam setiap bangsa / dan kaum untuk bersama berjuang dalam perikatan seterusnya merdeka dan membangunkan negara.


9. Jadi itu asasnya. Berlainan dengan PR, hanya gabungan untuk menang pilihanraya, kepentingan politik dan juga hanya untuk kepentingan individu. Sebab itu setiap hari ada sahaja perubahan dalam dasar perjuangan mereka dan hanya mengikut arus yang mana boleh menguntungkan mereka akan disokong walaupun boleh mendatangkan keburukan kepada negara. Asal untung ok. Tak untung mereka tak ok.


10. Berbalik kepada kesabaran Karpal yang sampai ke hadnya ini, PG bukan apa, cuma mahu melihat reaksi Hj Hadi. Terkumat kamit lah PAS dan pemimpinnya berdoa dan memikirkan apa yang nak dijawab. Nak tengok juga mereka beri amaran semula kepada DAP dan Karpal. Jika PAS parti bermaruah, maka ia perlu pertahankan pendiriannya. Jika terpaksa berl;embut dan akur pada amaran Karpal: maka DAYUS lah PAS. Parti ini akan menjadi sebuah parti yang paling DAYUS.


11. Kita lihat esok. PAS akan menjadi Jantan atai silembut seperti.........................................


Terbaru :



12. Lihat di bawah Kenyataan akhbar bersama DSAI, Hj Hadi dan Lim Kit Siang untuk meredakan keadaan dan bagi kepnetingan politik mereka atau lebih tepat untuk PRK Manek Urai. Nampak sangat bodohnya kenyataan akhbar ini.


13. Seolah kita semua dan penyokong mereka bebal untuk menilai apa yang Hj Hadi dan PAS usulkan. Kenyataan akhbar ini tidak menjawab langsung mengenai UG dan teguran Karpal Singh. Ini hanya kenyataan bersama yang terdesak untuk meredakan kemarahan pennyokong mereka sahaja. Lihat di bawah kenyataan bersama mereka ini :

Dipetik dari Blog : Blog list Malaysia


Edaran Segera : Kenyataan Media Anwar Ibrahim

KERAJAAN PERPADUAN BAKAL BERAKHIR - KENYATAAN DS ANWAR

Kenyataan Media DSAI Berhubung Pengukuhan Permuafakatan Pakatan Rakyat

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—


10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.


Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA


Posted by jeebond at Thursday, June 11, 2009


Penghuni Gua : Lu Pikir le sendiri. Ha ha ha ha ha . Gabungan Parti yang amat hipokrit di Malaysia dan lihatlah kedayusan PAS dan Presidennya Hj Hadi.

1 comment:

  1. Karpal cakap semuanya betul tentang PAS. Nak tunggu jawapan Hadi pulok. Tapi jawapannya dah boleh agak dah.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR