FOLLOWERS

Saturday 13 June 2009

SISTEM KEADILAN JENAYAH : TANGKAPAN 2


Nota : Ini sebahagian dari nota dan bahan yang terkumpul mengenai SKJ semasa PG belajar dahulu. Mungkin iannya berguna kepada kita semua mengenai hal tangkapan. Isu ini ( tangkapan ) adalah sambungan dari yang telah dipaparkan sebelum ini. Tq.



Sistem Keadilan Jenayah
Tangkapan


1. Tangkapan boleh dilakukan oleh mereka berikut :

i. Seorang pegawai polis.
ii. Penghulu.
iii. Orang awam.
iv. Magistrate
v. Jaksa Pendamai.

2. Sebab untuk menangkap hendaklah atas alasan berikut :

i. Terlibat dengan kesalahan yang lazim ditangkap.
ii. Aduan yang munasabah diterima mengenai kesalahan lazim ditangkap terhadap seseorang
iii. Maklumat yang boleh dipercayai diterima mengenai kesalahan lazim ditangkap terhadap seseorang.
iv. Syak yang munasabah wujud mengenai kesalahan lazim ditangkap terhadap seseorang.

3. Peruntukan ini terdapat di bawah seksen 23(1)(a) CPC.

23. When police or penghulu may arrest without warrant
(1) Any police officer or penghulu may without an order from a Magistrate and without a warrant arrest-
(a) any person who has been concerned in any offence committed anywhere in Malaysia which is a seizable offence under any law in force in that part of Malaysia in which it was committed or against whom a reasonable complaint has been made or credible information has been received or a reasonable suspicion exists of his having been so concerned;

4. Makna kesalahan lazim ditangkap seperti seksen 2 CPC iaitu pada kebiasaannya polis boleh menangkap tanpa waran kesalahan-kesalahan yang terdapat di bawah jadual pertama ruangan ketiga. Bagi kesalahan di bawah akta lain sekiranya tidak disebut peruntukan khusus di bawah akta tersebut hendaklah berpandukan kepada penghujung jadual pertama iaitu kesalahan yang boleh dihukum penjara 3 tahun atau lebih.

5. Terdapat undang-undang yang menyediakan peruntukan walaupun hukuman adalah kurang dari 3 tahun penjara ianya adalah kesalahan lazim ditangkap. Contohnya Akta Polis seksen 27 (6).

6. Karpal Singh V PP [1986] 2 MLJ 319

– waran tangkap dikeluarkan untuk kesalahan di bawah seksen 27(5)(a) Akta Polis di mana kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dari 6 bulan sahaja. Waran tersebut diputuskan tidak sah oleh kerana mengikut seksen 2 CPC kes waran bermakna kesalahan yang hukumannya lebih dari penjara 6 bulan.

"warrant case" means a case relating to an offence punishable with death or with imprisonment for a term exceeding six months;

7. Pengecualian kepada seksen 47 CPC di mana Mahkamah boleh mengeluarkan waran pada kes saman dengan syarat mahkamah percaya orang yang disaman akan melarikan diri atau tidak akan mengikut perintah saman.

47. Issue of warrant in lieu of or in addition to summons
A criminal Court may in any case in which it is empowered to issue a summons for the appearance of any person other than a juror or assessor issue, after recording its reasons in writing, a warrant for his arrest-
(a) if either before the issue of summons or after the issue of the same but before the time fixed for his appearance the Court sees reason to believe that he has absconded or will not obey the summons; or
(b) if at such time he fails to appear and the summons is proved to have been duly served in time to admit of his appearing in accordance therewith and no reasonable excuse is offered for such failure.

8. Aduan munasabah (seksen 23(1)(a) CPC)

9. Aduan yang dimaksudkan adalah repot polis yang dibuat di bawah seksen 107 CPC.

10. Tan Kay Teck V Peguam Negara [1957] MLJ 237

– sama ada aduan adalah munasabah ditentukan melalui cara objektif dan bukan subjektif. Keputusan di England dalam kes Tims V John Lewis [1951] 2 KB 459 di mana tangkapan diputuskan tidak munasabah dan polis dikira melakukan pemenjaraan salah.

11. Syak munasabah

Tan Eng Hoe V Peguam Negara [1933] MLJ 151.

Habit dan pergerakan tertuduh selaras dengan butir-butir yang diberikan dalam kes tipu. Oleh yang demikian sabjek ditangkap dan selepas penyiasatan lanjut subjek dilepaskan kerana didapati bukan orang yang dimaksudkan. Diputuskan pihak polis mempunyai justifikasi menangkap kerana orang yang berfikiran munasabah akan memikirkan sabjek adalah orangnya. Perkara yang sama dibincangkan dalam kes Shaaban &Ors v Chong Fook Kam & Anor [1969] 2 MLJ 219. (Sila rujuk kepada ringkasan kes ini ). Dalam kes Mahmood v Goverment Malaysia [1974] 1 MLJ 103 diputuskan sama ada syak munasabah atau tidak ditentukan oleh mahkamah (sila rujuk kepada ringkasan kes yang dilampirkan).

12. Maklumat boleh dipercayai.

Bermaksud pada pertimbangan pihak polis ianya boleh dipercayai. Ia tidak perlu maklumat secara bersumpah. Dalam kes Hashim Bin Saud v Yahaya Bin Hashim [1977] 1 MLJ 259 diputuskan maklumat diterima boleh dipercayai sehingga menyebabkan tangkapan dan sabitan. Kes Shaaban dirujuk.

13. Seksen 24 CPC.

Seksen ini membenarkan polis menangkap seseorang yang melakukan kesalahan tidak lazim ditangkap di tangkap oleh polis oleh kerana enggan memberi nama dan alamat atau memberi nama dan alamat yang dipercayai palsu.

14. Tangkapan oleh penghulu.

Penghulu boleh melakukan tangkapan kesalahan di bawah seksen 23 dan 24 CPC. Walau bagaimanapun tangkapan oleh penghulu hendaklah ditangkap semula oleh polis dan setiap tangkapan hendaklah dibawa ke balai polis tanpa kelengahan.

25. How person arrested by penghulu is to be dealt with
A penghulu making an arrest without a warrant shall without unnecessary delay hand over the person so arrested to the nearest police officer or in the absence of a police officer take such person to the nearest police station, and a police officer shall rearrest every person so arrested.

15. Tangkapan oleh orang awam (seksen 27 CPC).

27. Arrest by private persons and procedure in such cases
(1) Any private person may arrest any person who, in his view, commits a non-bailable and seizable offence or who has been proclaimed under section 44 and shall without unnecessary delay hand over the person so arrested to the nearest police officer or, in the absence of a police officer, take that person to the nearest police station.

16. Tangkapan hanya boleh dibuat dengan syarat :

i. Kes-kes tidak boleh dijamin dan lazim ditangkap.
ii. Dilakukan dalam penglihatannya (in his view)

17. Tangkapan hendaklah :

i. Melakukan kesalahan di bawah seksen 23.
ii. Melakukan kesalahan seksen 24.
iii. Orang-orang diwar-warkan di bawah seksen 44
iv. Di bawah ke balai polis tanpa kelengahan.

18. Setiap tangkapan yang dibuat oleh polis,penghulu, orang awam dan sebagainya hendaklah di bawah ke hadapan magistrate tanpa kelengahan seperti peruntukan seksen 28.

28. How person arrested is to be dealt with and detention for more than twenty-four hours
(1) A police officer making an arrest without a warrant shall without unnecessary delay and subject to the provisions herein as to bail or previous release take or send the person arrested before a Magistrate’s Court.
(2) No police officer shall detain in custody a person arrested without a warrant for a longer period than under all the circumstances of the case is reasonable.
(3) Such period shall not in the absence or after the expiry of a special order of a Magistrate under section 117 exceed twenty-four hours exclusive of the time necessary for the journey from the place of arrest to the Magistrate’s Court.

19. `In his View` di bawah seksen 27 membawa dua makna iaitu pada pendapatnya atau dalam penglihatannya. Di India dalam kes Durga Singh [1963] 1 CR Lj 827 dan Kartar Singh [1914] 1 KB 595 ` in his view` diputuskan dalam penglihatannya. Dalam tahun 1973 pindaan undang-undang dibuat yang memberi makna dalam kehadiran `in his presence`.

20. Keadaan di England lebih ketat.

Dalam kes Walter v W.H Smith and Son Ltd. Hakim memutuskan untuk orang awam melakukan tangkapan mereka hendaklah membuktikan sebenarnya orang ditangkap telah melakukan kesalahan yang berat (felony) dan tidak seperti polis yang hanya boleh mengsyakki.

21. Di Singgapore kes Metro (Golden Mile ) Pte. Ltd v Paul Chua Wah Liang diputuskan dalam seksen 3 CPC Singgapore kesalahan curi mestilah dilakukan di dalam penglihatannya dan barulah tangkapan boleh dibuat.

22. Cara menangkap.

Cara menangkap adalah dengan menyentuh atau mengurung orang yang hendak ditangkap kecuali dia menyerah diri dengan baik sama ada dengan perkataan atau perbuatan di bawah seksen 15 CPC.

15. Arrest, how made
(1) In making an arrest the police officer or other person making the same shall actually touch or confine the body of the person to be arrested unless there is a submission to the custody by word or action.

Bila masanya dijumlah sebagai tangkapan di teliti dalam kes Shaaban bila mana hakim menyatakan seperti berikut :

“An arrest occurs when a police officer states in terms that he is arresting or when he uses force to restrain the individual concerned. It occurs also when by words or conduct he makes it clear that he will, if necessary, use force to prevent the individual from going when he may want to go. It does not occur when he stops an individual to make enquiries.”

23. (tangkapan berlaku jika seorang anggota polis menyatakan dia menangkap atau dia menggunakan kekerasan untuk menahan individu terbabit. Ia juga tangkapan sekiranya dengan perkataan atau perbuataan dia menyatakan dengan jelas bahawa dia akan, sekiranya perlu , menggunakan kekerasan untuk mencegah seseorang bergerak kemana tempat yang dia mahu. Ianya bukan tangkapan sekiranya dia memberhentikan seseorang individu untuk membuat pertanyaan) .


PENGHUNI GUA / ARIF OMAR

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR