FOLLOWERS

Saturday 20 June 2009

SISTEM KEADILAN JENAYAH : HUKUMAN


Nota : Kuliah lama PG yang ada dalam simpanan. Ia adalah juga catatan tambahan yang dibuat oleh seorang yang amat dedikasi di dalam kelas kami . Setinggi terima kaseh kepada Che Zaimani yang begitu rajin dalam membantu kami dahulu. Kepada semua pelayar blog ini, semuga dengan paparan ini, ianya akan memberi menafaat kepada semua dalam memahami secara ringkas mengenai Sistem keadilan Jenayah Di Malaysia. Tq


Sistem keadilan Jenayah
Hukuman


1. Hukuman adalah satu prinsip dan panduan yang telah ditetapkan dan mahkamah hendaklah menghukum mengikut prinsip dan panduan ini.

2. Public Prosecutor v Ravindran & Ors [1993] 1 MLJ 45.

[Tertuduh mengaku atas kesalahan 304 KK. Panduan memberi hukuman adalah berdasarkan prinsip dan panduan yang telah diterima. Perkara utama diambil kira adalah kepentingan awam (public interest).

3. Prinsip dan panduan dalam kes ini adalah :

i. Pengurangan hukuman disebabkan tertuduh mengaku salah.
ii. Perbandingan hukuman dengan kes-kes dengan kesalahan yang sama.
iii. Perbezaan hukuman antara tertuduh.
iv. Faktor rayuan yang diberikan dalam kes ini.]

4. Facts:
The accused persons pleaded guility to culpable homicide not amounting to murder, an offence under s 304 of the Penal Code (FMS Cap 45). The accused and two others, who were still at large, had abducted the deceased and stabbed and punched him several times. The body of the deceased was then thrown into a stream at Sentul. The deceased died from his injuries.

5. Holdings:
Held, sentencing the accused persons accordingly:

(1) Section 304 of the Penal Code (FMS Cap 45) gave the court a wide discretion to determine the term of imprisonment. However, the court must act judiciously and in accordance with the relevant sentencing practice in determining the sentence to be imposed. An important aspect of sentencing was the public interest.

(2) The court should also have regard to certain accepted principles or guidelines so as not to have too great a disparity in sentence for the same offence. These guidelines were: discount or credit for the plea of guilty; comparison of sentences in other courts in other cases for a similar offence; disparity of sentence amongst accused persons and mitigating factors relevant to the present case.

(3) It is an accepted rule of practice that an accused should be given credit or discount for pleading guilty. This is because public time and money will be spared if an accused admits his guilt. The credit or discount to be given to an accused person is not on the maximum sentence imposed by law but rather on a sentence which would have been imposed on the accused if he had claimed trial and been found guilty.

`Of particular importance to the case at hand are the consideration of the following guidelines or principles involved in sentencing:
(i) discount or credit for the plea of guility;
(ii) comparison of sentences in other cases for a similar offence;
(iii) disparity of sentence amongst the accused persons; and
(iv) mitigating factors relevant to the present case.`

6. Mengikut hakim Frankle dari buku bertajuk Criminal Sentencing, Law without Order, 1973 menyatakan hukuman ganti rugi atau bayaran balik (compensation) adalah hukuman yang baik. Mengikut Stock Pail pula faktor rayuan yang diberikan adalah paling penting.

8. Objektif hukuman.

1. Retributive (balasan hukuman yang sama yang diterima oleh mangsa) – Di Malaysia hanya dapat dilihat pada kes bunuh iaitu sesiapa yang membunuh akan dihukum bunuh juga.

2. Deterrent (pengajaran ) – menghalang perbuatan di ulangi dan memberi keinsafan. Deterrent terbahagi kepada dua iaitu deterrent umum iaitu kepada awam dan deterrent khusus iaitu kepada diri penjenayah. Biasanya hukuman sebegini dijatuhkan kepada kes-kes yang terdapat perancangan terlebih dulu. Ia tidak digunakan kepada kes-kes misalnya apabila terdapat pertelingkahan dan terjadi pergaduhan. Walaupun begitu banyak dikatakan hukuman begini tidak berkesan atau tidak dipedulikan oleh penjenayah oleh kerana mereka tahu perbuatan mereka sukar dikesan dan ditangkap. Mengikut Champliss (1965) hukuman begini berkesan kepada mereka yang mencuri di kedai dan kesalahan trafik. Mengikut Pitment dan Gordon (1968) ianya kurang berkesan kepada penagih dadah dan alkohol. Nagin, Pater Noster (1991) hukuman ini tidak berkesan untuk mencegah jenayah kerana jenayah nampaknya semakin meningkat.

3. Rehabilitation (pemulihan) – fungsi pemulihan dipertikai tidak berkesan. Ini mungkin kerana sukar dilaksanakan dan kekurangan kakitangan.

4. Prevention ( pencegahan ) – ditahan di penjara.

9. Kuasa menghukum.

Kuasa menghukum adalah sepenuhnya kepada budi bicara mahkamah. Perkara ini diputuskan dalam kes New Tuck Shen v PP [1982] 1 MLJ 27. Hakim Wan Yahya berkata hak untuk mengenakan hukuman bersalah kepada pihak bersalah adalah sepenuhnya kepada budbicara mahkamah. Mahkamah akan menggunakan kuasanya secara kehakiman tetapi tidak akan bertoleransi atas sebarang gangguan dari pendakwa atau pembela dalam hak ini. Dalam kes ini juga mahkamah mengulangi perkara penting dalam hukuman adalah kepentingan awam dan kepentingan awam adalah berbeza mengikut masa, tempat dan keadaan setiap kes.

10. Hukuman boleh juga dijatuhkan atas beberapa tujuan hukuman. Contohnya dalam kes R v Ball 35 CA R 164 perayu telah dituduh bersama dengan kawannya kerana melakukan pecah rumah. Kedua-dua mereka terdapat rekod kesalahan lepas tetapi perayu dikenakan hukuman penjara 5 tahun dan kawannya dikenakan berkelakuan baik selama 3 tahun.

11. Butir-butir kesalahan lepas adalah dibuktikan melalui seksen 400 CPC.

Rayuan atas hukuman boleh dibuat mengikut bab 16 CPC. Rayuan terhadap hukuman mati boleh dibuat di bawah seksen 281 CPC dan artikel 42 Perlembagaan.

12. Jenis-jenis hukuman yang boleh dikenakan.

i. Hukuman mati.
ii. Penjara.
iii. Rotan.
iv. Denda.
v. Pengawasan polis.
vi. Berkelakuan baik ( bond-over) –seksen 294 CPC.
vii. Dilepas dengan amaran di bawah seksen 173 A CPC.

13. Faktor yang mempengaruhi hukuman.

1. Rayuan yang dibuat.
2. Umur pesalah.
3. Kesusahan peribadi (personal hardship ) seperti kemiskinan.
4. Tekanan dari rakan.
5. Pengakuan salah yang dibuat ( effect of plead guilty).
6. Latar belakang tertuduh.
7. Rekod kesalahan lepas.
8. Jangka masa kejadian.
9. Darjah kesengajaan ke atas perbuatan jenayah dilakukan (degree of deliberation).
10. Bagaimana kesalahan dilakukan dan jenis kesalahan – dapat dilihat dalam kes Mohamad Abdullah Ng V PP [1988] 1 MLJ 167. Perhatian juga boleh dibuat di mana polisi kes CBT sekarang ini dikenakan hukuman penjara.
11. Keadaan sebelum jenayah dilakukan.
12. Kesihatan pesalah.
13. Kekerapan kes yang berlaku.

14. DNAA – Discharge not amounting to acquitted ( Dibebaskan tetapi tidak dilepaskan).Tertuduh boleh dituduh semula. Kuasa diberi di bawah seksyen 302(5) CPC.

Acquitted – Dibebaskan dan dilepaskan. Keputusan adalah final dan tidak boleh dituduh semula.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR