FOLLOWERS

Friday, 5 June 2009

: Undang-Undang Keterangan : The nature of Cirsumstantial Evidence


Keterangan berdasarkan keadaan
(The nature of Cirsumstantial Evidence)

1. Kata kunci :

Closely connected to the issue (berhubung rapat dengan perkara menjadi isu.

As a result the Ct inferred the accused commited the offence ( mahkamah akan membuat inferen/andaian bahawa tertuduh melakukan kesalahan.

All circumstantial evidence are rebut table (semua keterangan berdasarkan keadaan boleh disangkal ).

In Order to use it must be strong evidence ( untuk menggunakanya ianya mestilah keterangan yang kukuh ).

It must be series of undersigned, unexpected circumstantial.

Cogent of evidence usually arise from a number of independent circumstantial evidence ( Kekukuhan keterangan biasanya datang dari beberapa keterangan bebas keterangan berdasarkan keadaan ).

Is not settle whether the standard of proof beyond reasonable doubt or irrisistable conclusions test ( belum di putuskan samada tahap pembuktian di luar keraguan munsabah atau ujian kesimpulan yang tidak dapat disangkal ).

2. Dalam undang-undang jenayah keterangan berdasarkan keadaan bermaksud semua keterangan berkait/sejajar di mana dari keadaan boleh di buat satu inferen secara munsabah bahawa tertuduh melakukan kesalahan. (nota : ianya berbeza dengan keterangan terus di bawah seksen 3 ).

Contoh 1 – Tertuduh didapati pergi ke tempat kejadian pembunuhan, sebaik saja selepas itu dilihat keluar dari tempat kejadian membawa sebilah pedang dan dibadannya penoh dengan darah. Keterangan ini adalah menujukkan terdapat motif pembunuhan yang dilakukan oleh tertuduh melalui keterangan mengikut keadaan.

Contoh 2 – A melihat B menikam C. Jika A tidak dapat memberi keterangan, ianya masih mungkin dengan membuktikan beberapa fakta rapat berkaitan dengan fakta yang menjadi isu tersebut dan berdasarkan keadaan sekeliling di mana menjadi sebahagian dari fakta pusat kepada fakta menjadi isu.

Contoh 3 – Seorang lelaki didapati keluar dari sebuah rumah dalam keadaan tergesa-gesa memegang sebilah pisau belumuran darah. Seorang lelaki didapati mati di dalam rumah itu kemudiannya. Berdasarkan kepada keadaan, dapat dibuat inferen bahawa lelaki yang keluar dari tersebut yang melakukan pembunuhan walaupun tidak ada saksi yang memberi keterangan melihat kejadian yang berlaku.

Contoh 4 – Barangan dicuri dijumpai dalam rumah seorang lelaki. Bukti boleh dibuat bahawa lelaki tersebut adalah pencuri atau pencuri telah menyimpan barang curi di dalam rumah tersebut atau tuanpunya rumah itu telah membeli barangan itu dari pencuri.

3. Bukti keterangan berdasarkan keadaan mestilah kuat untuk dijadikan asas membuat keputusan dan keterangan ini juga boleh di cabar (rebuttable presumption ).

Seksen 5(1) – Fakta menjadi isu – secara umum dikenali keterangan terus (direct evidence).

Seksen 5(2) – Fakta relevan kepada fakta menjadi isu – merujuk kepada keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence ).

*Idris v PP [1960] 1 MLJ 296

4. Perayu telah disabit bersalah kerana membunuh bekas isterinya. Selain keterangan mengenai motif ,kes pendakwa adalah bergantung kepada keterangan berdasarkan keadaan. Berkenaan keterangan mengikut keadaan hakim telah mengambil definisi yang dibuat oleh Lord Claris dalam kes Belhaven V Stenton Peerage [ 1875] LR 1 A.C 268 yang menyatakan

5. Keterangan berdasarkan keadaan hendaklah ditimbangkan kepada kuasa kesatuan (united force) dari semua keadaan apabila di cantumkan. Anda mungkin ada satu sinaran cahaya yang lemah yang tidak berupaya menerangi sudut yang gelap. Tetapi jika anda mempunyai banyak sinaran cahaya yang dicantumkan pada satu tempat maka ianya akan menerangi kegelapan.

6. Dalam perkataan lain keterangan berdasarkan keadaan adalah setelah melihat semua keadaan sekeliling, anda akan melihat satu siri tanda-tanda di mana seorang yang waras akan terpaksa membuat satu kesimpulan. Jika ujian ini tidak mendapat kepuasanya, ianya akan meninggalkan jurang (gap ) dan tidak berguna sama sekali.

7. Kes yang mengepalai dalam keterangan berdasarkan keadaan adalah :

Jayaraman & ors v PP [1982] 2 MLJ 306

Datuk Mokhtar Bin Hashim v PP [1983] 2 MLLJ 232.

Sunny Ang v PP [1966] 2 MLJ 195.

8. Kekukuhan keterangan mengikut keadaan biasanya timbul dari beberapa keadaan bebas yang semuanya menunjuk kepada satu kesimpulan sama dan dengan itu satu kesimpulan menyeluruh menerbitkan bukti yang mengcukupi bahawa tertuduh bersalah.

Nota : Adalah salah jika dikatakan keterangan mengikut keadaan adalah keterangan tidak terus/tidak secara langsung (indirect evidence ). Perkara ini dinyatakan dengan jelas oleh Hakim Bucknill dalam kes Reg v Seddos [1912]

9. – Keterangan mengikut keadaan bukanlah keterangan tidak terus. Ianya tidaklah seperti keterangan terus seperti keterangan saksi yang melihat kejadian yang berlaku. Keterangan mengikut keadaan adalah keterangan kuat sepenohnya seperti keterangan terus.

10. Dalam keterangan terus hakim menilai keterangan saksi berdasarkan :

i. Ketepatan pemerhatian saksi yang terdapat bahaya kesilapan.
ii. Ketetapan ingatan saksi yang terdapat bahaya kelupaan.
iii. Kejujuran saksi yang terdapat bahaya pakatan jahat dan penipuan.

11. Sementara dalam keterangan mengikut keadaan hakim berdasarkan :

i. Kesatuan setiap keadaan dalam rantaian keadaan yang membentuk satu bahagian.
ii. Ketepatan logik di mana hakim boleh membuat satu inferen dari rantaian fakta-fakta akan kesalahan seseorang atau sebaliknya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR