Tuesday, 23 June 2009

MEDIA PENYIARAN ( TV ) : KOMEN PROF DR ABDUL RANI KAMARUDDIN IIUM !


Nota : Di bawah dipaparkan komen Prof Dr Abdul Rani Kamaruddin berkaitan tulisan PG berkaitan tajuk yang sama sebelum ini. KLIK

1. Mana-mana orang (corporate body or individual) yang memperolehi lesen penyiaran hendaklah mematuhi spec yang yang ditetapkan.

2. Lesen penyiaran bukanlah lesen tanpa bersyarat. Bilamana , mana-mana orang didapati(sabit)melanggar syarat yang ditetapkan, tentunya pihak yang memberikan lesen perlu bertindak secara jantan bukannya secara pondan. Pun begitu, caranya perlulah sesuai dengan sensitiviti keadaan.

3. Bukannya saya minta dibuat secara brutal namun tegas. Maka, saya bersependapat dengan PG. Seperti kes antara bekas speaker Perak , YB Sivakumar dan speaker baru Perak YB Ganesan, Adalah penting bilamana lesen-lesen dikeluarkan, suatu"sekuriti for kos" atau performance bond terhadap syarikat penyiaran hendaklah dikenakan dan boleh di lucuthakkan (forfeited) performance bonditu jika mereka melanggar mana-mana syarat utama syarat-syarat lesen penyiaran tersebut.

4. "Kementeraian Penyiaran" juga perlulah sekat mana-mana cerita mengarut samada dari Amerika, Eropah, India atau China yang tidak sesuai dengan budaya orang-orang Malaysia terutamanya orang melayu. Saya juga tidak nampak (tidak ada kot) cerita cerekarama yang membabitkan natif-natif dari kaum kayan-kenyah, Bidayuh sebagai contoh.

5. Sebaliknya, dilambakkan begitu banyak cerita Cina dari Hong Kong (contohnya) dan India (Hindustan). Bukan tidak boleh, cuma soal keperihatinan dan keutamaan terhadap mereka itu kurang. Apakah tidak ada pelakon dari Kadazan, dusun, kayan kenyah, bidayuh- apakah mereka ini tidak boleh buat lawak juga?

6. Di mana cerekarama yang melibatkan mereka dan adat dan budaya mereka? Jangan mereka ini dipinggirkan dalam industri filem dan drama. Sekarangkan kita dilanyak dengan konsep satu Malaysia. Konsep satu Malaysia perlu dijadikan kenyataan bukan akhirnya kecundang seperti Islam hadari seperti sudah senyap dan tidak bermaya.

7. Namun, syarikat penyiaran tanpa segan silu begitu gelojoh mengambil banyak cerita dari Amerika Selatan dan Indonesia, Cina dan India. Minta YB Dato Seri Utama Rais Yatim membuat dasar sesuai dengan adat dan budaya masyarakat berbilang kaum di Malaysia tanpa menyisihkan juga apa-apa yang baik dari luar.

8. Maka, apakah Kementerian mempunyai penasihat-penasihat yang profesional (bertauliah, berpendidikan dan kredibel) apa yang boleh disiarkan dan tidak?

9. Saya juga minta agar "Kementerian Penerangan" , supaya cerita kartun Upin dan Ipin dibuat dalam dua bahasa (Melayu dan Inggerris). Versi Inggerris adalah bagi mendidik anak-anak kita dari kecil lagi penggunaan Bahasa Inggerris kerana budak-budak , saya amati tidak merasa jemu dan bosan melihat katun walaupun berulangan berkali-kali.

10. Maka, Upin dan Ipin merupakan landasan terbaik untuk mendidik anak-anak Malaysia penggunaan bahasa inggeris dengan baik. Tetapi cerita-cerita seperti naruto ini perlukah?Syarikat Penyiaran tidak juga boleh menyiarkan secara meluas benda-benda hiburan.

11. Perlu diimbangi dengan dokumentari, berita luar negara, keagamaan, kisah pelancongan, pelencongan (360 darjah TV3 contohnya).

11. Satu lagi, bila azan berkumandang, adalah elok jika memaparkan juga masjid-masjid dan orang-orang selain dari Malaysia bagi menunjukkan Islam itu universal. Balik-balik gambar Masjid di Malaysia sahaja. Ada yang sekadar ayat sahaja tanpa orang dan gambar masjid.

Prof Madya Dr Abdul Rani Kamaruidn

Pensyarah Undang-Undang

IIUM

Penghuni Gua : Amat bersetuju dengan pandangan dan komen Prof Dr Rani. Yang paling meluat ialah drama dari Amarika Selatan. Itu pun masih disirkan hingga kini. Kisahnya tak lain dari skandal perempuan / lelaki, perempuan simpanan, anak luar nikah dan ................Naik menyampah dan meluat kita dibuatnya.

2. Kisahnya tak seberapa juga , lebihnya asyik menayangkan bentuk buah dada dan punggung sahaja. Langsung tak boleh diambil pengajaran darinya.

3. Drama Melayu pun tak ada kualiti langsung. Kisahnya , anak jahat akhirnya ibubapa disalahkan walau pun si anak dah berbulu. Pun asyik nak salah mak bapak. Mungkin penulis skripnya mempunyai mentaliti yang rendah dan kurang pendidkannya dari segala segi.

4. Kepada Dato Seri Rais, PG melihat YB Dato Seri boleh melakukan perubahan besar terhadap isu ini. Selamat berjaya.

1 comment:

  1. wa anti telenovela!!!!!! huhuhuhu ~ out out out!! sinetron pown mende .... merepek!!

    Hidup upin ipin!!!!!

    ReplyDelete