Wednesday, 15 July 2009

RASUAH MU : REPOT AJE LAH !





Penghuni Gua : Rasuah, rasuah, rasuah. Cakap saja buat apa. Buat repot polis dan buktikan.

2. Apa nak cakap dan tulis banyak-banyak. Buat repot aje le. Kalau ada bukti buat repot. Tulis dan cakap untuk menuduh apa cerita. Jadi fitnah namanya tuduh tanpa bukti. Dilaknat kita bila mati nanti.

3. Juga jika sudah tahu perbuatan rasuah berlaku dan kita tak ambil tindakan seperti buat repot ( paling kurang ) maknanya kita bersubahat juga. Sama sahaja dosanya dengan pemberi dan penerima rasuah.

4. Atau kerana nak hilang malu disebabakan menang hanya dengan nyawa-nyawa ikan? Carilah alasan alasan lain yang lebih akedemik dan berpijak di lama nyata kalau nak buat analisis mengapa dapat ciput sahaja majoritinya. Lihat faktur dalaman. Salah satunya adalah kerana mulut busuk pemimpin anda. Cuba kaji faktur ini.

5. Buat soalselidik dan sampling. Guna kaedah kuantitatif ke atau cara kualititatif ke. Atau paling senang buat kahjian mengikut kaeadah temubual. Jangan hentam keromo aje.

6. Siapa pun boleh tuduh. PG pun boleh tuduh PAS berikan duit dan taburkan duit kepada pengundi Manek Urai. Bukti yang mustahak. Bukan tuduhan.

7. Mengucaplah.

No comments:

Post a Comment