Wednesday, 15 July 2009

SEBAR AGAMA KRISTIAN : DI MANA ULAMA DAN CERDIK PANDAI ISLAM ?












Penghuni Gua : Apa natijah yang boleh difahamkan dari 3 berita di atas?

2. Apa yang PG nampak dan persoalkan ialah ke mana Ulama islam , apa peranan mereka, adakah peranan mereka selama ini dan adakah mereka memainkan sepenuhnya peranan terutama dalam 2 perkara iaitu menyebarkan islam dan mengislamkan orang juga mengelakkan dan menghalang penyebaran agama lain terhadap penganut islam?

3. Pada pandangan PG, dalam bab menyebar dan kejayaan mengislam orang lain, peranan ulama terutama yang begitu handal berpolitik dan kerap mengkafirkana orang tak nampak langsung. Bukan kata mereka ini nak islamkan mereka yang belum islam, mengkafirkan orang adalah. 2 juta orang islam yang sah kafir kerana dikafirkan oleh PAS. Ini kalau dilihat lebih kurang 2 juta ahli UMNO seluruh negara. Itu tak termasuk mereka yang menyokong dan memangkah UMNO /BN. jadi mengkafirkan adalah peranan ulama PAS.

3. Dalam bab , orang-orang asli : tak perlu lihat jauh, hanya di Semenanjung sahaja. Berapa kerap ulama-ulama dan ustat-ustat kita atau majlis agama pergi menghantar guru-guru agama ini ke perkampungan orang asli dan bermalam sehari dua di kampung orang asli ini. Kosong. Cuba lihat di Kelantan . berapa kali mereka yang sepatutnya bertanggungjawab dalam menyebarkan agama ( tak semeistinya mengajar agama , mungkin cukup buat permulaan memberikan bantuan kepada mereka ini ) pergi ke Brooke, Blau, Neggiri dan berbagai perkampungan orang asli di Sempadan Gua Musang dan Cameron Highland.

4. Jawapanya : Tak ada. Adakah jabatan agama islam tidak ada duit untuk memberikan bantuan sebagai perang saraf dan saikologi agar mereka dekat dengan islam? Tempat lain pun sama. Tak ada kunjungan dan bantyuan dari merteka yang bertanggungjawab dalam agama. Ada sebahagian mereka ini telah islam. Tetapi hanya pada nama. Setakat yang PG tahu , follow up terlalu lemah dari jabatan agama dan ustat-ustat dan ulama-ulama ini.

5. Jabatan agama dan mereka yang PAKAR dalam agama ini tak pernah mengikut contoh bagaiman agama lain begitu agresif dan menggunakan berbagai kaedah dann inovasi dalam cara kerja penyebaran agama mereka.

6. Di sebabkan perkara di atas, akhirnya gulungan pemalas ini ( ulama-ulama, ustat-ustat dan tok-tok guru ini ) akan menyalahkan kerajaan kerana dikatakan tidak bertindak untuk mengekang penyebaran agama lain. Inilah yang selalunya berlaku.

7. Keadaan sebenar adalah kerana kelemahan mereka ini. Diberi tanggungjawab dan ada kepandaian agama tetapi tak buat kerja dan tidak tunaikan amanah. Yang mereka pandai hanya mengkafirkan orang, berceramah politik. tarbiah politik, kursus politik, takbir di ceramah politik. Setenganya asyik duduk dalam pejabat dan hanya mendengar pemimpin politik pujaan mereka berceramah politik melalui kaset dan VCD. Itu aje lah kerja mereka dan selebihnya asyik urut janggut dan takbir semasa YB Ngeh membaca ayat Quran. Ada pulak tu, kerjanya asyik menjadi pengawal keselamatan tak bertauliah di ceramah Parti dan segala aktiviti parti. ( hantar ke Palestin mereka ini lebih afdal ).

8. Macama mana umat islam nak dengar ulama, tok guru, ustat, alim ulama berceramah agama! Yang mereka dengar hanya umpat keji, fitnah, mengkafirkan sesama islam, kata orang tak beriman, sembelihan UMNO haram, menikah dengan UMNO haram. Imam sembahyang pun kena ada 2 imam. Kena 2 kali sembahyang dalam satu waktu. Inilah hasilnya. Jadi bagaiman mereka ini nak mencontohinya? Guru agama mereka lebih teruk bahasanya dari orang biasa macam kami ni. Syaitan pun takut mendengar pemimpin mereka ini bercakap.

9 Baru ini pun, Orang batang Air di Sarawak masih bercawat. Mereka ini tak pandai. Sebab itu tak undi PAS. Ini ducap oleh TGHH di satu ceramah politik di Manek Urai. Inikah mulut mereka yang akan menyebarkan isla untuk orang bukan islam masuk islam dan untuk orang islam mematuhinya?

10. Sesekali bagus juga terjadinya perkara di atas. Mungkin Allah nak tunjukkan dan nak lihat samada mereka yang berpengetahuan agama dan bergelar semuanya ulama dan ustat ini berfikir. Ini kalau dilihat hari-hari sesama ulama pun bergaduh. Sesama islam dan sesama pensyarah pun bergaduh kerana dikatakan mereka lebi islam dari yang lain. Bergaduhnya bukan apa, hanya berbeza mazhab sahaja ( Syiah, Sunnah, Wahabi dll ). Itu sahaja. Bukan perkara besar pun. Setengahnya ke mahkamah ( Persengketaan antara seorang Pensyarah Pengajian Islam dengan seorang Ulama / Ustat juga dari IKIM).

11. Jadi adakah ini contohnya.?

12. Kepada mereka ini, mengucaplah dan renung balik. Bukan semua yang anda tuturkan dan buat itu betul dan benar. Mungkin suara kami ini juga ada kebenarannya. Itu yang mungkin Allah kuatkan orang seperti kami untuk menulis dan meluahkan perasaan kami ini.

13. KELIRU.!!!!!!!!!!!!!

1 comment:

  1. Salam..
    Debate Syeikh Ahmad Deedat dgn mubaliq kristen subtitle bahasa Malaysia/Indonesia
    http://www.youtube.com/user/mnoors9
    TQ

    ReplyDelete