Thursday, 9 July 2009

RAYUAN NIZAR : PEGUAM DATO MOHD HAFARIZAM MENJELASKAN FAKTA SEBENAR !




Salam Sejahtera,

1. Hari ini, Mahkamah Persekutuan telah membenarkan permohonan diatas. Saya ingin mengulas sedikit berkenaan permohonan tersebut.

2. Untuk makluman, saya ingin mengatakan bahawa permohonan YB Dato' Seri Ir Nizar mempunyai 2 permohonan utama, iaitu (1) Kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan; dan (2) Penggantungan keputusan Mahkamah Rayuan sementara menunggu pelupusan (disposal) rayuan di Mahkamah Persekutuan.

3. Untuk permohonan (1) diatas, sebagai rekod agar tidak diputar-belit oleh pakatan pembangkang dan agen-agennya, YAB Dato' Seri Dr Zambry telah bersetuju (by consent) agar kebenaran diberikan untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan agar penyelesaian muktamad dapat dicapai. Sebab itulah, ianya telah diberikan sebulat suara.

4. Saya tertanya-tanya samada pihak pakatan pembangkang akan berbuat sedemikian? Jawapannya jelas TIDAK kerana sepanjang kami mengendalikan kes-kes berkaitan tindakan YB Sivakumar, kami telah diserang bertubi-tubi dengan segala bentuk serangan teknikal (preliminary objection) dan merit samada di peringkat Mahkamah Tinggi, Rayuan ataupun Persekutuan.
5. Disini, nampaknya kematangan YAB Dato' Seri Dr Zambry dalam menghadapi kes Mahkamah yang melibatkan beliau secara langsung. Inilah yang diharapkan dan sesungguhnya telah terbukti akan keperibadian YAB Dato' Seri Dr Zambry berbanding dengan pemimpin pakatan pembangkang!

6. Untuk permohonan (2) diatas pula, sebagai rekod dan maksud yang sama diatas, Mahkamah Persekutuan telah menolak sebulat-suara (unanimous) permohonan YB Dato' Seri Ir Nizar untuk menggantung keputusan Mahkamah Rayuan sementara rayuan ke Mahkamah Persekutuan dilupuskan (disposed).

7. Oleh itu, apa yang dikatakan sebagai "kemenangan" adalah, pada hemat saya, satu delusi yang amat besar (grandeur delusion). Malangnya, ini telah tidak diketengahkan oleh pakatan pembangkang atau agen-agennya. Bagi saya, jelas taktik mereka disini, iaitu apa yang tidak memihak kepada mereka tidak adil dan sebaliknya adalah "kemenangan rakyat".

8. Saya tidak terperanjat jika selepas ini adalah lagi kedengaran suara-suara sumbang bahawa ianya tidak mengikat, tidak konsisten dsb kerana sewaktu pasukan undang-undang kami menang di dalan kes melibatkan 3 ADUN Perak (YB Jamaluddin, YB Kapten Osman dan YB Hee), pakatan pembangkang menyatakan ianya hanyalah perintah deklarasi yang tidak mengikat YB Sivakumar!

9. Akhir sekali, saya juga ingin menyatakan bahawa isu-isu polisi YB Dato Seri Ir Nizar sewaktu beliau menjawat jawatan MB Perak iaitu

i. Tabung Kifalah (RM1,000) kepada simati berumur lebih 65 tahun;

ii. Tabung Khas kebajikan rakyat; kenaikan kadar pemberian bantuan bulanan kebajikan; Tabung Pinjaman perniagaan kecil; pemberhentian pemberian hak milik tanah kampung-kampung tersusun;

iii. menukar perkhidmatan ahli Majlis/Pihak berkuasa tempatan; menangguhkan Ipoh sentral; meluluskan tanah sebanyak 1400 hektar kepada Rahman Hydraulik;

iv. dan melelong Camry seperti yang telah dinyatakan di dalam afidavit beliau dan diserahkan kepada peguam YAB Dato' Seri Dr Zambry awal pagi ini.

10. Bagi saya hanyalah suatu tindakan lemah/sia-sia (feeble attempt) untuk meraih populariti murahan.

11. Bagi saya lagi, ianya tiada kaitan dengan dengan isu pada pendengaran pagi tadi iaitu samada kebenaran rayuan patut diberikan dan penggantungan keputusan Mahkamah Rayuan! Jelaslah, ini percubaan terakhir untuk mengalih perhatian Mahkamah Persekutuan malangnya tidak diendahkan.

Sekian, terima kasih.

Posted by hafarizam at 9:10 PM

1 comment: