Friday, 10 July 2009

SELSEMA BABI MAKIN SERIUS : LANGKAH PENCEGAHAN !




1. Anda perlu berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang ditetapkan (seboleh-bolehnya duduk dalam bilik berasingan dari ahli keluarga yang lain).

2. Anda tidak dibenarkan keluar dari rumah sama ada untuk bertugas, pergi ke sekolah, tuisyen,rumah ibadat, majlis makan, kenduri, membeli-belah dan lain-lain aktiviti atau mana-mana tempatawam.


3. Amalkan kebersihan diri:• Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buangtisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.• Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Basuhtangan selepas menyentuh hidung, mulut dan mata anda.• Elakkan berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain. Sebaik-baiknyagunakan tandas yang berasingan.• Pastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah• Permukaan objek seperti lantai dan meja yang tercemar oleh cecair hidung atau mulut perludibersihkan. Gunakan bahan cucian berasaskan klorin ( misalnya, chlorox - Campurkan 1bahagian chlorox dengan 49 bahagian air).

4. Jika ada demam, batuk dan mengalami gejala-gejala selesema dan perlu berhubung denganorang lain, gunakan penutup mulut dan hidung (mask) .

5. Kurangkan pertemuan dengan rakan atau saudara mara dan elakkan dari hadir di tempat awam.

6. Pantau suhu badan (demam) dan tanda-tanda jangkitan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.

7. Dapatkan bantuan saudara mara atau rakan bagi memperolehi keperluan harian jika tinggalbersendirian.

8. Catatkan nama, nombor telefon dan alamat saudara mara, rakan atau mereka yang mengunjungirumah anda.

9. SEGERA hubungi Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan sekiranya mengalami demam ataugejala-gejala lain penyakit.

10. Ikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari laman web Kementerian KesihatanMalaysia, radio, TV dan akhbar.

PATUHI SEMUA ARAHAN YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK BERKUASA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment