Tuesday, 11 August 2009

ARAK / BIR : PAS SALAHKAN UMNO ! EH EH !



Penghuni Gua : PAS mengatakan UMNO gagal sekat arak di kalangan umat islam.! Senangnya cakap.

2. PG pun boleh jadi MB di Kelantan atau Selangor atau di mana negeri pun kalau sekadar nak bercakap nak salahkan orang.

3. Jawapannya: Memang UMNO gagal. Kan PAS dah katakan UMNO dan kami semua tidak islam dan tidak beriman! Jadi anda sekatlah kalau boleh dan halanglah peminum arak di kalangan orang islam kalau boleh. Anda kan beriman dan lebih islam, buatlah cara islam di Selangor atau di Kelantan dan di Kedah untuk sekat orang islam dari meminumnya.

4. Kalau sekadar nak salahkan orang boleh le. UMNO pun boleh salahkan orang juga kalau nak. UMNO boleh salahkan British, Portugis, salahkan Tok nenek kita dan salahkan asal usul kejadian kita. Lepas tu , nak salahkan siapa. Apa pula rancangan PAS dan ketua penerangan PAS bagi sekat arak di Kedah, Kelantanm, Selangor dari di minum oleh orang islam. Dah pandai sangat buatlah.

5. Yang banyak jadi bapak ayam , ayam dan buka pusat dangdut pun bukan dari negeri lain tapi dari negeri Kedah dan Kelantan lah. Jadi apa PAS sudah buat untuk atasi masalah ini.

6. Berhentilah nak salahkan orang. Buat rancangan dan gerakkan pelan strategik anda . Kemukakan kepada umum untuk dinilai. Sekadar cakap dan kemudian nak salahkan orang, budak sekolah pun boleh. Tak perlu berjubah dan berserban dan bertanda hitam di dahi. Tindakan yang perlu ditunjukkan oleh PAS.

7. Sudah-sudah tunjuk dan menampilkan kebodohan sendiri. Bodoh dan kegagalan sendiri nak ditempelkan kepada orang lain.

8. Menyampah.

1 comment:

  1. Islam tulin akan menghadapi isu halal haram dengan tulus, ikhlas dan tekas - tiada kompromi.
    Apa yang "ditepis" oleh PAS kebelakang nie, khusus kes penjulana arak dan beer....JELAS KEPERIBADIAN AHLI MUNAFIQ!!!!!

    ReplyDelete