Tuesday, 11 August 2009

INKUES SETPOL TEOH ! NAMPAKNYA LEGA SPRM !




Penghuni Gua : Berdasarkan keterangan ini, nampak gayanya lega sedikit SPRM. Patalogist katakan tiada kecederaan ketara akibat pergelutan, pertahankan diri atau tangkis serangan.

2. Boleh le menarik nafas sekejap. Walau bagaimana pun, DNA di dua tempat masih belum di pastikan siapa yang punya. Juga persoalan iaitu apa ada dalam genggaman tangan kanan Teoh? Mengapa tangan kanannya tergenggam. Ada sesuatu di dalamnya. Jika bunuh diri tangan kebiasaanya terbuka. Jika menggenggam mungkin ada sesuatu di dalam genggamannya. Mungkin pemegang tingkap di mana si mati terjun?

3. Jika dalam genggamannya adalah pemegang tingkap di mana si mati terjun, maka sesak nafas kembali SPRM! Berdoalah sahaja SPRM. Itu je yang anda boleh buat sekarang.

1 comment:

  1. PG : maka sesak nafas kembali SPRM!
    Hee..nak tergelak pulak rasanya..
    Kenapa harus sesak nafas ye?? Hmmm..
    Kan berani kerana benar..Tapi.. apa pun Tuhan Maha Mengetahui.. Kepada yg terlibat secara langsong kepada kematian si-polan tu ..Buatlah apa yg patut sebelum berpindah ke Alam lain.

    ReplyDelete