Monday, 31 August 2009

HAPUS KAUM DALAM BORANG : APA LAGI NAK HAPUS SELEPAS INI ?





KUANTAN 30 Ogos - Seminar Kenegaraan dan Jati Diri Melayu 2009 di sini hari ini meluluskan deklarasi menuntut sekeras-kerasnya supaya kerajaan tidak menghapuskan identiti bangsa, kaum dan agama dalam semua borang rasmi kerajaan.

Deklarasi itu turut mendesak kerajaan supaya pemansuhan Pembelajaran Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat serta-merta iaitu bermula sesi persekolahan tahun hadapan tanpa perlu menunggu sehingga 2012.

Ia turut mendesak supaya bahasa Melayu kembali dijadikan bahasa pengantar di semua fakulti di institusi pengajian tinggi awam dan swasta manakala sastera dan sejarah dijadikan mata pelajaran wajib di semua peringkat pengajian serta aliran.

Deklarasi dikenali sebagai Deklarasi Inderapura Pahang Darul Makmur itu dibentangkan oleh Ketua Satu Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), Datuk Tengku Alaudin Tengku A. Majid pada hari terakhir seminar di Taman Budaya di sini sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52, esok. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG setuju dengan deklarasi Inderapura Pahang Darul Makmur yang menegaskan bahawa kerajaan jangan sesekali melaksanakan penghapusan ruangan kaum di dalam borang resmi kerajaan. Jika dihapuskan maka hilanglah jati diri sesuatu bangsa.

2. Apa lagi yang hendak kita hapuskan. Jika ini dihapuskan yang akan rugi ialah orang Melayu dan Bumiputra. Tanah Melayu sudah hilang menjadi Malaysia, Bahasa Melayu hampir hilang, Dasar ekonomi Baru hampir hilang dengan liberisasi. Apa lagi yang tinggal.

3. Adakah kerajaan selepas ini akan melayan pula desakan agar kaum india dan cina akan diberikan taraf bumiputra pula selepas ini?

4. Patuhilah perlembagaan negara. Di dalam perlembagaan hanya disebutkan bangsa Melayu dan Bumiputra termasuk Sabah dan Searawak sahaja. Tidak ada kaum lain yang disebutkan. Bacalah kata-kata bekas YAA Hakim baru-baru ini. Tiada bangsa lain yang disebut di dalam perlembagaan kecuali bangsa Melayu, Bumiputra Sabah dan Serawak.

5. Apa maknanya itu. Jangan sesekali terlalu mudah merungkai sesuatu perkara yang menjadi asas kepada pembentukkan sesuatu negara. Ia satu tindakan yang amat bahaya dan memberi impak yang besar dalam jangaka panjang dan akan dikutuk oleh anak cucu kita nanti.

5 comments:

  1. SLM BRO..KLU SEMUA NK DI HAPUSKAN, BUAT APE ADA PERLEMBAGAAN?. NI SEMUA KEJE SI PENGKHIANAT YG NAK MENJAHANAMKAN NEGARA! HARKK PTUIH!!!

    ReplyDelete
  2. nak gelak ms mula dgr syor ni ..
    idea mengarut !!jgn nanti ada lak yg nk hantar memorandum .Usah dilayan.

    ReplyDelete
  3. kITA PATUT IKUT ACUAN INDONESIA. tIADA BAHASA LAIN SELAIN BAHASA MALAYSIA. IKLAN, PAPAN TANDA, TV & RADIO & BUKU2 SEMUA TUUUU

    ReplyDelete
  4. Pertahankan Bahasa Melayu,jika tidak pasti sejarah akan berulang lagi. Ini tanah kita, agama kita, bangsa kita...Jika kita tidak berkeras,bangsa kita akan jadi seperti Melayu di Singapura...Bangsa Melayu harus bersatu bukan bertelagah sesama sendiri kerana bangsa lain hanya akan mentertawakan kita.....

    ReplyDelete
  5. korang ni semua bodoh haprak tul la.....malu2 aku jadik melayu!!!!

    ReplyDelete