Monday, 31 August 2009

KUIL SEKSYEN 23 : PR MULA CUCI TANGAN !





Kerajaan Selangor telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya mengadakan perbincangan terbuka pada 5 September depan antara penduduk sebenar Seksyen 23, Shah Alam, pegawai MBSA dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Perbincangan itu nanti bukan sahaja mendengar luahan pendapat masyarakat setempat tetapi juga memberikan peluang kepada kerajaan negeri menjelaskan fakta sebenar dan alasan yang menyebabkan keputusan menempatkan semula kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kerajaan Selangor mula cuci tangan.

2. Ini isu besar. Kerajaan negeri tidak boleh cuci tangan dengan hanya membiarkan MBSA dan PKNS berbincang dengan penduduk dek 23 Shah Alam bagi menyelesaikan isu ini.

3. Ini bukan kuasa para pentadbir kerajaan di peringkat berkenaan tetapi adalah tugas serta tanggungjawab kepada semua pemimpin tertinggi kerajaan Selangor yang wajib terlibat. Jangan anda cuba cuci tangan dan akhirnya pegawai-pegawai kerajaan ini pula dipersalahkan nanti. Andalah yang meluluskan pembinaan kuil ini mengapa mengarahkan MBSA dan PKNS menyelesaikannya.

4. Mana Xavier, Mana Khalid Samad, mana perginya YB Rodziah. Mereka inilah yang bertanggungjawab meluluskan kuil ini. Mengapa mereka ini melarikan diri dan tidak berusaha menyelesaikannya?

5. Kepada PG senang sahaja. Lihat pelan Struktur asal Shah Alam yang telah diwartakan apabila Shah Alam dibangunkan dahulu. Adakah di dalam pelan struktur tersebut ( yang telah dipamerkan kepada orang ramai untuk sebarang bantahan dan sebagainya ) terdapat rancangan bagi pembinaan kuil di seksyen 23 tersebut. Shah Alam adalah bandar terancang. Sebarang pembinaan dan pembangunannya adalah misti mengikut pelan struktur yang telah diluluskan.

5. Jika ada pindaan seperti ingin di masukkan pembangunan seperti pembinaan kuil yang asalnya tiada di dalam pelan struktur tersebut, maka kerajaan hendaklah menghebahkan kepada orang ramai dan mempamerkan semula perubahan kepada pelan struktur tersebut. Jika ada bantahan maka ia misti di tolak. Inilah yang dinamakan pelan struktur. Ia diwartakan.

6. Jadi pada pengetahuan PG, kuil tersebut tidak ada di dalam pelan struktur asal Shah Alam. Jadi jika ingin dibangunkan juga kuil berkenaan maka langkah pertama yang sepatutnya dilakukan oleh exco yang terlibat jika beliau cerdik ( Xavier ) ialah dengan mempamerkan cadangan pembinaan kuil ini bagi mendapat pandangan penduduk Shah Alam.

7. Apa yang berlaku ialah kerana kebodohan exco ini yang meluluskan pembinaan kuil ini di kawasan penduduk Melayu tanpa mengikut pelan struktur asal Shah Alam telah mengundang isu kuil ini menjadi hangat.

8. Isu kuil ini bukan isu perkauman sebenarnya. Ia hanya pembuat keputusan telah bertindak bodoh dengan meluluskan isu sebsar itu secara bersaorangan tanpa mengikut undang-undang.

9. Jadi kepada semua pihak yang terlibat : di cadangkan agar ikut pelan strukut asal Shah Alam. Jika nak ubah pelan ini ikut prosedur asal. pamerkan dan setelah lulus diwartakan. Bukan bertindak bodoh seperti yang dilakukan oleh exco berkenaan.

10. Keduanya : Kecil sangatkah Shah Alam dan tiada tanah lain lagikah yang perlu sangat dibina kuil berkenaan sehinggakan bersebelahan dengan masjid? Shah Alam tiada tanah lagikah. Tiada ada lagikah cara lain agar pembinaan kuil ini dijauhkan sedikit dan paling baik di kawasan yang ramai dengan penganut Hindu. Dua-dua pihak menang. Mengapa asyik memilih kawasan yang boleh mengundang kontrovesi? Tak ada otakkah pemimpin PR Selangor ini?

11. Setelah jadi isu, mereka mencuci tangan! Inilah contoh kerajaan yang baik agaknya! Isu sebasar ini yang boleh mencetuskan bencana hanya diserahkan kepada pihak MBSA dan PKNS untuk dicucikan. Bodohnya kerajaan ini. Bagaimana mereka ini berfikir agaknya!

6 comments:

  1. Salam.

    Bukan senang hendak menjadi pemerintah yang baik. Mereka perlu punya pengalman dan tidak membabi-buta dalam membuat sesuatu keputusan.

    Saya heran dengan gejala yang melanda Malysia ini, seharusnya demi pembangunan dan kemajuan Malaysia pembangkang (PR) dan kerajaan Pusat (BN) hrus bersatu padu dalam menangani segala masalah yang berlaku.

    Kenapa kerajaan pimpinan PR bercelaru sekali. Itulah mengata dulang, paku serpih, mengata orang sendiri yang lebih. Mana janji-janji semasa kempen pilihan raya dahulu. Semuga hilang begitu sahaja. Apa memerintah suatu negeri, asal boleh sahaja ke.

    Kalau salah, terus tuding BN. PR ukurlah baju di badan sendiri. Saya lihat BN sekarang telah banyak membuat perubahan demi kebaikan, kenapa tidak sokong!!!...asal salah aje . tidak lain semuany BN.

    BN teruskan perubahan, yang anda lakukan itu. Jangan tergenjut dengan masalah yang di bawa PR. 1Malaysia. Semuga malaysia suksess selalu.

    Saatjais
    www.treat-cure.com
    http://saatjais.formor.com
    http://saatjais.wordpress.com

    ReplyDelete
  2. Sama macam isu ladang babi....saja nak usir orang melayu/islam

    ReplyDelete
  3. Salam. Just a little something from one of the residents of Section 23, Shah Alam. My request before you publish anything regarding whatever issue (now the focus is on Section 23), is that :-
    1) Kindly do not look only at the surface of the matter. It has more layers than what was being portrayed by the media or by people of interest.

    2) Study why the residents at Section 19 'demanded' the removal of the said temple & why the impact on the said temple (socially, physically &mentally), the lack of action & the biaseness by those elected thereof has angered the residents of Section 23. We have lived in peace & harmony with other residents from other races & beliefs (spiritual or political) for the past 4 years before the said elected officials suddenly dumps 'this matter' into our so-called laps....this is not a political ploy nor just a religious issue...it is more than that.

    3) After doing 1) & 2) then put yourself in our shoes , how would you react if the same thing were to happen to you? Or would it be the case of 'calling the kettle black'...(if that is the right term)...

    4) Study the Quran & Hadiths properly and as a whole, not partially just to prove your point.

    5) Finally my deepest apologies for everything I've said, Maaf Zahir & Batin & Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

    ehsan23

    ReplyDelete
  4. DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

    Surat ini ditujukan kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad, Rodziah Ismail, Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 23, Hj. Zainuddin & Pengerusi Surau Seksyen 23, Azrul Hakim, Penduduk ISLAM Seksyen 23, Para pemimpin ISLAM dan umat ISLAM keseluruhannya.

    Saya merupakan seorang penduduk di Seksyen 23 dan telah hidup secara aman bersama jiran tetangga yang berbilang bangsa dan berlainan agama. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk untuk kebaikan penghuni tanpa mengira bangsa dan agama. Jiran-jiran saya terdiri dari kaum India. Ada yang beragama Kristian dan Hindu. Manakala kaum Cina pula ada yang beragama Kristian dan Buddha.. Saya terpanggil untuk memberikan sedikit cebisan pandangan saya berikutan kekecohan yang berlaku di kawasan perumahan kami sejak akhir-akhir ini. Semoga usaha saya ini mendapat keredhaan ALLAH S.W.T. INSYAALLAH.

    SURAH AL-MAIDAH : 90
    “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (BERKORBAN UNTUK) BERHALA, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”

    Saya ucapkan tahniah kepada KHALID IBRAHIM kerana masih ingin meneruskan hasrat untuk memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. Perlu diingat sejarah Khir Toyo dan UMNO/BN, SALAH SATU FAKTOR KEKALAHAN pada 2008 adalah berpunca dari ‘anugerah penyapu’ yang diberikan. TIDAK MUSTAHIL KEJATUHAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR AKAN BERPUNCA DARI PROJEK KANDANG KHINZIR, ISU ARAK DAN PEMBINAAN ATAU PEMINDAHAN KUIL. INSYAALLAH.

    Saya juga mengucapkan terima kasih kepada KHALID SAMAD kerana menerangkan sejarah kuil di Seksyen 19 dengan begitu panjang lebar. Cuma tuan TERLUPA menjawab isu yang dibangkitkan oleh penduduk Seksyen 23 - MENGAPA PEMINDAHAN KUIL DARI SEKSYEN 19 DIPINDAHKAN KE SEKSYEN 23 YANG MANA MAJORITI PENDUDUK ADALAH YANG BERAGAMA ISLAM? Sedangkan pada bulan Mei 2009, pertanyaan penduduk mengenai isu kuil tersebut ditolak mentah-mentah dan penduduk dikatatakan mempercayai ‘khabar angin’. ADAKAH INI JAWAPAN DAN TINDAK TANDUK SEORANG PEMIMPIN ISLAM YANG DILANTIK? KINI, SUDAH TERANG LAGI BERSULUH!!!

    Sekiranya UMNO/BN GAGAL menangani isu kuil di seksyen 19 yang mana majoriti penduduk adalah beragama ISLAM, tuan sebagai salah seorang pemimpin yang dilantik hendaklah cuba menyelesaikannya permasalahan penduduk tersebut. Sekiranya SATU-SATUNYA JALAN PENYELESAIAN YANG DAPAT DICAPAI ADALAH SEKADAR MEMINDAHKAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 YANG JUGA MEMPUNYAI MAJORITI PENDUDUK YANG BERAGAMA ISLAM, itu bukanlah satu penyelesaian yang bijak kerana anda cuma ‘MENCAMPAKKAN’ MASALAH KUIL DI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23!!!

    ADAKAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULA INGIN MENCIPTA REKOD UNTUK MEMINDAHKAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 DAN MENGULANGI IGAUAN DAN TRAUMA YANG DIHADAPI OLEH PENDUDUK ISLAM DI SEKSYEN 19 KEPADA PENDUDUK ISLAM DI SEKSYEN 23 DALAM TEMPOH TIDAK SAMPAI 2 TAHUN SEJAK MEMERINTAH SELANGOR???

    ADAKAH INI PERUBAHAN YANG DIINGINKAN OLEH PENDUDUK SHAH ALAM SEWAKTU MENGUNDI PADA 2008???


    ehsan23

    ReplyDelete
  5. Di Malaysia, terdapat kepelbagaian agama, bangsa dan kaum, maka lahirlah pelbagai parti politik seperti UMNO, PAS, PKR, DAP dan lain-lain. Mereka semua ada yang hidup berjiran. Begitu juga di Seksyen 23. TETAPI KAMI TIDAK PERNAH MENJADIKAN PARTI POLITIK SEBAGAI ALASAN UNTUK BERMUSUH DAN KAMI DAPAT HIDUP BERJIRAN DENGAN AMAN. KEPADA AHLI-AHLI POLITIK, CUBA CELIKKAN MATA DAN BUKA MINDA MENGENAI ISU YANG SEBENARNYA! KAMI MEMBANTAH PEMINDAHAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 DI MANA MAJORITI PENDUDUK ADALAH BERAGAMA ISLAM!!!

    Kepada RODZIAH ISMAIL pula saya ucapkan jutaan terima kasih kerana ketidakprihatinan puan ke atas permasalahan yang melanda penduduk ISLAM di Seksyen 23. PERTANYAAN PENDUDUK DARI BULAN MEI 2009 MENGENAI ISU KUIL TERSEBUT HANYA DIJAWAB PADA BULAN OGOS 2009. ITUPUN JAWAPAN DIBERIKAN MELALUI MEDIA CETAK. MENGAPA WAKIL RAKYAT UNTUK PENDUDUK SEKSYEN 23 PERLU ADA PEJABAT DI SEKSYEN 23 SEKIRANYA TIDAK PERNAH BERJUMPA ATAUPUN INGIN BERKHIDMAT UNTUK PENDUDUK SEKSYEN 23???

    Kepada Pengerusi Penduduk, HAJI ZAINUDIN, saya berharap tuan agar dapat memimpin penduduk ISLAM Seksyen 23 bagi membela nasib kami dan anak-anak kami demi menegakkan agama ISLAM. INSYAALLAH.

    SURAH AT-TAUBAH : 123
    “Hai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang kafir yang di sekitar kamu itu, dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu, dan ketahuilah, BAHAWASANYA ALLAH BESERTA ORANG-ORANG YANG BERTAQWA.”

    Kepada Pengerusi Surau, AZRUL HAKIM, saya utarakan pertanyaan-pertanyaan tersebut. Adakah wajar seseorang mengherdik dan memaki seseorang yang lebih tua dari dirinya yang sebaya dengan ayahnya sendiri? Dalam ceramah agama pula adakah wajar diceritakan perihal seorang pendakwah bebas yang ‘berkawan rapat’ dengan seorang artis wanita sebelum isteri pendakwah bebas tersebut tampil ke media massa untuk menerangkan keadaan sebenar rumahtangga mereka? Adakah wajar juga sewaktu ceramah agama, dijadikan medan untuk menjelaskan mengenai lokasi kuil sedangkan orang yang menjelaskan perkara tersebut bukanlah ahli yang layak ataupun wakil rakyat yang dilantik untuk menerangkannya kepada penduduk? Adakah wajar juga sesi ceramah agama dijadikan medan untuk memburuk-burukkan orang-orang lain yang seagama ISLAM hanya kerana berlainan pendapat atau berlainan parti politik? WALLAHU’ALAM.

    AKHIR SEKALI, saya memohon maaf di atas kata-kata yang menyinggung perasaan tuan puan tetapi saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ISLAM untuk mengingatkan di antara satu sama lain. SEGALA YANG BAIK DATANGLAH DARI ALLAH S.W.T DAN YANG BURUK DATANGNYA DARI SAYA SENDIRI.

    SURAH AL-FURQAN : 17
    ”Dan (ingatlah) suatu hari (ketika) ALLAH menghimpunkan mereka beserta apa yang mereka sembah selain ALLAH , lalu ALLAH berkata (kepada yang disembah); ‘ Apakah kamu yang menyesatkan hamba-hambaKU itu, atau mereka sendirikah yang sesat dari jalan (yang benar)?”

    AL-FATIHAH : 5-7
    “Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada engkaulah kami mohon pertolongan”. TUNJUKILAH KAMI JALAN YANG LURUS, (iaitu) jalan orang-orang yang telah engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi), dan bukan (pula jalan ) mereka yang sesat (Nasrani)”.

    SURAH AL-AN’AM : 162
    “SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADATKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH, TUHAN SEMESTA ALAM.”

    AMIN YA RABBAL ALAMIN.


    ehsan23

    ReplyDelete
  6. Saya tidak dapat cukup berterima kasih kepada Dr EKPEN TEMPLE kerana telah membantu saya mengembalikan kegembiraan dan ketenangan dalam perkahwinan saya setelah banyak masalah yang hampir menyebabkan perceraian, alhamdulillah saya bermaksud Dr EKPEN TEMPLE pada waktu yang tepat. Hari ini saya dapat mengatakan kepada anda bahawa Dr EKPEN TEMPLE adalah jalan keluar untuk masalah itu dalam perkahwinan dan hubungan anda. Hubungi dia di (ekpentemple@gmail.com)

    ReplyDelete