Monday, 10 August 2009

HINA ISLAM DAN DYMM : APA PERANAN PENDAFTAR PERTUBUHAN : DR ABD RANI KAMARUDDIN UIAM !


Ini adalah respon Dr Abdul Rani Kamarruddin Pensyarah undang-Undang UIAM mengenai tulisan PG berkaitan penghinaan terhadap isla dan DYMM Raja Nazrin Oleh ketua Pemuda DAP. KLIK

Pandangan dan respon Dr Abdul Rani Kamaruddin:

Apakah Pendaftar pertubuhan tidak mempunyai apa-apa peranan terhadap mana-mana ahli pertubuhan dan pertubuhan itu sendiri yang bertindak bertentangan dengan undang-undang negara dan piagam pertubuhannya.

Apakah suatu pertubuhan itu dan atau ahli-ahlinya mempunyai lesen besar untuk menghina DYMM? Apakah suatu pertubuhan itu juga mempunyai lesen besar sehingga jalan Tuanku Abdul Rahman dan jalan Raja laut dibuat seperti aset mereka dan berdemo tanpa memperdulikan undang2?

Bukankah jalan tersebut milik dan hak awam? Pendaftar pertubuhan,dimanakah perananmu? PDRM dimanakah perananmu? Menteri dalam negeri, apa pula perananmu bilamana DYMM dicaci dan dikeji dengan bahasa biadap dan kesat?

Bukankah Tuanku-Tuanku negeri Tuan-Tuan Persekutuan Malaysia - kenapa sampai adanya orang yang begitu berani bertindak biadap dan kurang ajar? Minta DAP mohon maaf dan jika tidak haramkan saja parti itu.

Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah undang-Undang
UIAM

2 comments:

  1. Aku nak tanya pulak apa peranan menteri dalam negeri yang tak sudah-sudah dengan amaran sahaja tampa sebarang tindakan tegas..nie cuma dok harapkan sepupu je yang buat tindakan..ishh dulu sampai hunus keris..bila keris dah masuk kedalam sarung cuma berani bagi amaran sahaja...ingat lah rakyat memerhati dan menilai..

    ReplyDelete
  2. PG PUN DAH LETIH DENGAN MENTERI DALAM NEGERI INI PUN. MEMANG SEBELUM INI PG ADA KOMEN. CUKUP LE DGN AMARAN NI. AMARAN NI DAH JADI MACAM DI SEKLOLAH TADIKA IAITU DAH MACAM SELAMAT PAGI CIKGU. TAK ADA KESAN. TINDAKAN YANG MUSTAHAK.

    ReplyDelete