Wednesday, 23 September 2009

ANGKATAN RELAWAN RAKYAT ( RELA ) : BILA PULA BERKUASA MENGAWAL ALIRAN TRAFIK ?


PG kerap melalui jalan Tangkak ke Kuantan. Apa yang PG nak ceritakan di sini ialah di dalam bandar Tangkak dan di kawasan Tol PLUS Tangkak. Kedua-dua tempat ini kerap PG melihat anggota RELA membuat kawalan lalulintas. Juga pada hari ini semasa PG dan keluarga pulang dari Kuantan, Pahang ke Melaka melalui Bandar Tangkak.

2 . PG masih lagi melihat anggta-anggota RELA beruniform lengkap membuat kawalan lalulintas di persimpangan tol Plus Tangkak ( simpang tiga Tol ). Mengapa keadaan ini berlaku? Sejak bila Rela berkuasa dan mempunyai kuasa dalam mengawal aliran trafik di jalan raya? Bukan ke tugas ini adalah tugas polis?

3. Dari mana puncanya Rela mempunyai dan mendapat kuasa mengawal aliran trafik tersebut? Adakah mereka hanya memandai sahaja membuat kawalan aliran trafik secara haram? Apa latihan yang ada pada mereka? Adakah juga mereka mempunyai insuran dalam melaksanakan tugas haram ini? Adakah mendapat AP ( kuasa Polis ) dari Ketua Polis Daerah Ledang ( Tangkak )?.

4. Jikaa persoalan-persoalan ini tidak dapat dijawap atau memang tiada maka tugas ini adalah tugas haram dan amat membahayakan pengguna jalanraya. Juga ia membahayakan anggota ini jika berlaku kemalangan terhadap mereka semasa menjalankan tugas haram ini!

5. Di mana pihak polis yang sepatutnya mengawal sepenuhnya simpang tiga ini sempena cuti perayaan ini? PG tidak nampak langsung kelibat kereta peronda atau anggota trafik yang sepatutnya mengawal aliran trafik tersebut.

6. Jadi PG berpendapat RELA tidak wajar meletakkan dan menugaskan anggotanya mengawal aliran trafik di mana-mana pun jalan di Malaysia ini kerana kuasa ini termaktub di dalam akta polis di mana tugas ini adalah tugas polis. Jika pihak RELA berminat sangat untuk melaksanakan tugas tersebut , maka RELA perlu mendapatkan AP bagi kuasa tersebut dari Ketua Polis Daerah Ledang. Bukan buat secara haram dan tanpa kuasa serta main ikut sedap dan pada fikiran sendiri sahaja.

7. Kepada pihak polis, sepatutnya ini adalah tugas wajib anda di musim perayaan dan setiap ketika. Jika anda pula yang menugaskan RELA mengambil alih simpang tersebut maka ini amat mengewakan kami semua. Ia adalah kewajipan anda sepenuhnya bukan boleh diwakilkan kepada agensi lain.

8. Di bebarapa tempat lagi juga PG telah beberapa kali melihat RELA menjalankan tugas yang sama. Dan pada pendapat PG ia adalah satu kesalahan di sisi undang-undang serta banyak implikasinya sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini.

9. Bertindaklah mengikut undang-undang. Jangan pakai kepala kita tetapi gunakanlah akal dan fikiran kita.

8 comments:

  1. Rela juga bertugas untuk mengawal lalu lintas ketika majlis kenduri kahwin, majlis maulud nabi, kedatangan pemimpin-pemimpin besar dll. Dengar cerita tugas itu bukan free. Ada bayaran. Siapa yang bayar? Tuan rumah? penganjur? atau lain-lain?

    ReplyDelete
  2. Ya tak ya juga. Kerjasama tu baguslah tapi implikasi undang2, keselamatan dsb. dah ambilkira sepenohnya ka? Dan lagi semuga kerelaan pihak rela itu tentulah tidak diambil kesempatan pula oleh pihak Polis kan ?

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Di R&R PLUS Gunong Semanggol pun Rela yg mengawal lalu lintas. Pelik juga.

    ReplyDelete
  4. Pada aku, RELA boleh memainkan element di mana kepentingan rakyat perlu diutamakan. Jika khidmat mereka perlu, mereka perlu berada di sana. Yang aku bangkang bila mereka bertindak menjadi body-guard untuk pelajar AF buat konsert kat pekan aku. Uniform mereka ditaja oleh gomen menggunakan duit rakyat dan bukan sebagai syarikat kawalan keselamatan persendirian. Pengarah RELA tu bengong ke?

    ReplyDelete
  5. Juag bila ade org mati (selalunya org Cina yg bina kemah separoh jalan depan rumah) pun guna RELA, siap dgn walkie-talkie lagi.

    Dah biasa RELA kawal lalu lintas dikawasan kami.

    Nani Cheras

    ReplyDelete
  6. Anggota RELA mengawal pergerakan lalulintas memang satu perkara yang tidak wajar namun telah lama berlaku. Kalau dibandingkan dengan apa yang berlaku berdekatan tempat tinggal saya, kegiatan anggota RELA sebegini sebenarnya isu yang sangat kecil.

    Saya biasa lihat samseng mengawal lalulintas hanya untuk memastikan pergerakan kenderaan mambawa mayat tidak terganggu. Mereka mamberikan arahan kepada pengguna jalanraya supaya tidak mematuhi undang-undang jalanraya. Ini berlaku hampir setiap hari. Ada kalanya lebih dari satu kali sehari.

    Apa latihan yang mereka ada? Apa kuasa yang mereka ada? Undang-undang apa mereka pakai?

    ReplyDelete
  7. Esok nak g Melaka. Ingat nak menziarahi bro di Taman Jati, Batu Berendam. emailkan alamat rumah bro di amirhamzah_daddy@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. Memang aku pun pelek gak. Ditempat aku ada aku tengok rela jaga lalulintas masa kontraktor buat jalan. Pelek kan? Agak nya dorang ni sape ar? Sukarela ke sukahati dorang nak buat dengan status dan uniform dorang tu. Pegawai Rela Daerah pun ngok.Dorang ni macam satu syarikat security yang ambil upah tu ke? Aku dengar cerita macam2 pasal Rela ni.Entahlah. Kenduri kawin pun pakai Rela,Kan dorang berdaftar dibawah kementerian Keselamatan Dalam Negeri.Apa kena mengena dengan itu semua ek? Nak cari makan pun janganlah salah guna unifom tu.Ada tu kejut bini orang (anggota Rela Gak) tengah malam pun ada.ajak pergi survey konon. Apa cerita entah..Takkan nak suruh bini orang pun rela tinggalkan suami tidur sorang2 tapi..fikirlah sape2 yang isterinya jadi anggota Rela tu..

    ReplyDelete