Wednesday, 23 September 2009

SISTEM KEADILAN JENAYAH : KES SAMAN FITNAH LEE KUAN YEW !



[1991] 3 MLJ 494
Lee Kuan Yew v Chin Vui Khen & Anor


Bahasa Malaysia Summary:

Defendan menerbitkan dua buah rencana dalam Sunday Star, sebuah akhbar Inggeris yang diedar secara luas dalam Malaysia, dan berkomen tentang pembunuhan Encik Teh Cheang Wan, Menteri Pembangunan Nasional dalam Singapura pada ketika itu dan kerobohan Bank Nasional Brunei. Rencana-rencana ini secara khususnya berkomen atas kesan kejadian-kejadian ini atas imej Singapura dan atas plaintif, Perdana Menteri Singapura ketika itu.

Plaintif menuntut defendan atas fitnah. Dalam pembelaan mereka, defendan-defendan pli antara lainnya, justifikasi, komen berpatutan dan perlindungan perkara 10 Perlembagaan Persekutuan (hak untuk kebebasan berucap dan ungkapan). Plaintif telah dengan berjayanya memohon supaya defendan-defendan memberi butir-butir lanjut dan jelas pembelaan-pembelaan justifikasi dan komen perpatutan. Defendan-defendan pun menfail butir-butir lanjut dan jelas. Plaintif tidak berpuashati dengan butir-butir yang difail dan memohon supaya ianya dibatalkan. Beliau juga memohon untuk membatalkan pembelaan-pembelaan berdasarkan perkara 10.

Mahkamah pada mulanya berurus dengan permohonan untuk membatalkan butir. Selepas mendengar hujah-hujah, mahkamah mengarah supaya defendan-defendan menyatakan semula butir-butir lanjut dan jelas mereka. Berlanjutan daripada ini, defendan-defendan menyediakan set kedua butir-butir lanjut dan jelas. Defendan-defendan menyenaraikan petikan-petikan rencana, menghuraikan mereka sebagai ‘komen’ ‘kenyataan fakta’ dan lain-lain dan kemudiannya menyenaraikan butir-butir. Plaintif memohon semula untuk membatalkan butir-butir bersama dengan pembelaan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Diputuskan:
Diputuskan,membenarkan permohonan:

(1) Rujukan kepada dokumen-dokumen sahaja tidak boleh dianggap sama seperti butir-butir fakta yang defendan telah diarahkan memberi; rujukan seperti itu menunjukkan kepada jenis keterangan yang defendan ingin membawa ke perbicaraan.

(2) Apabila perkataan-perkataan yang diadu membatuduhan-tuduhan am, seseorang defendan yang pli justifikasi mesti menyatakan beberapa tindakan tertentu dan contoh-contoh kelakukan pengurusan yang tidak cekap yang dianggap sebagai perbuatan plaintif dan disokong oleh butir-butir fakta yang tepat yang cenderung kearah menunjukkan bahawa kelakuan salah itu telah berlaku.

(3) Dalam kes ini, butir-butir yang dibekalkan oleh defendan-defendan adalah terlalu am sehingga memalukan plaintif kerana beliau tidak tahu tindakan-tindakan tertentu yang didakwa telah dilakukan oleh beliau yang mengalaskan dakwaan terhadapnya.

(7) Defendan-defendan telah pli justifikasi dan komen berpatutan secara berasingan, dan oleh itu adalah bergantung pada mereka sebagai dua pembelaan yang berasingan dan tersendiri. Oleh itu, pli butir-butir yang am seperti defendan telah dibuat adalah tidak perlu dan berlebihan.

(8) Kelakuan defendan-defendan, keengganan mereka untuk membekalkan butir-butir yang mencukupi dan material, dan isi kandungan butir-butir yang mereka telah beri, menimbulkan kesimpulan bahawa mereka tidak ada fakta-fakta material di atas mana mereka boleh mempertahankan makna-makna fitnah perkataan-perkataan yang mereka telah terbitkan atau atas mana komen-komen mereka didasarkan. Perenggan-perenggan relevan pembelaan adalah perlu dibatalkan.

(9) Keputusan-keputusan mahkamah Malaysia yang lalu menunjukkan bahawa hak-hak yang deberi oleh perkara 10 Perlembagaan Persekutuan adalah tidak mutlak tetapi adalah tertakluk kepada had-had yang dikenakan oleh undang-undang di bawah per 10(2)(a).

(10) Walaupun Parlimen tidak, di bawah per 10(2)(a), menegakkan sebarang undang-undang terhadap fitnah, mahkamah menganggap bahawa Parlimen tidak perlu berbuat demikian setakat Hari Merdeka, kerana telahpun terdapat undang-undang yang ada terhadap fitnah. Undang-undang ini adalah didapati dalam seksyen 3(1) Akta Sivil 1956 seperti diubah oleh Akta Fitnah 1957, yang masih berkuatkuasa undang-undang sehingga hari ini kerana Parlimen belum memansuhkannya. Berbaca bersama per 162(1), per 10(2)(a) tidak mempunyai kesan menanggalkan undang-undang yang kini beroperasi sebelum Hari Merdeka.

(11) Dalam terma dan ungkapan, Pindaan Pertama kepada Perlembagaan United States of America adalah sama sekali dan secara radikal berbeza daripada per 10 dan kes undang-undang Amerika adalah tidak ada sebarang nilai pemujuk langsung.

(12) Perkara 10 tidak menghalang plaintif daripada mengejar hak-haknya di bawah undang-undang fitnah. Akta Fitnah 1957 menghadkan hak defendan kepada ucapan bebas dan ungkapan dan pembelaan yang hanya diketahui dalam sebarang tindakan untuk libel adalah seperti dinyatakan dalam Akta yang tidak termasuk per 10. Oleh yang demikian perenggan relevan pernyataan pembelaan adalah dibatalkan kerana remeh dan menyusahkan.]

Penghuni Gua : Semuga semua pihak dan pelajar mendapat menafaat dari kes saman fitnah Dato Lee Kuan Yew di atas.

3 comments:

  1. salam tuan. saya lihat tuan ni tahu juga fasal undang2 dan sbgnya. tuan belajar jurusan undang2 dahulu?

    ReplyDelete
  2. TAHU LE SIKIT2 DR. TAPI TAK LE SAMPAI KE IJAZAH. MINAT . JADI TERUS MEMBACA DAN MEGAMBIL TAHU. BELAJAR SEPANJANG HAYAT DI SAMPING TUNTUTAN TUGAS.

    ReplyDelete
  3. Salam.. ada tidak buat review kes Lee Kuan Yew v. Derek Gwyn Davies & Ors [1990] 1 MLJ 390

    ReplyDelete