Thursday, 19 November 2009

BEKAS ISTERI DAKWA ADUN MELOR KAYA !






KOTA BHARU 19 Nov. — Bekas isteri Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Melor, Siti Aishah Chou Abdullah, 25, yakin bekas suaminya mampu membayar tuntutan mutaah sebanyak RM3 juta berdasarkan kemampuan defendan.

Siti Aishah yang berasal dari Kemboja berkata, ini kerana defendan Wan Ismail Wan Jusoh pernah memberitahu bahawa dia (Wan Ismail) mempunyai wang simpanan sebanyak RM1 juta dalam bentuk saham amanah termasuk aset yang lain.

"Bekas suami pernah beritahu ada wang simpanan sebanyak RM1 juta dalam saham amanah tidak termasuk di bank simpanan yang lain.

"Defendan juga selain itu ada beberapa ladang getah di Gua Musang dan mempunyai syarikat di luar negara,” katanya ketika menjawab soalan peguamnya, Mohd. Sibri Ismail di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Abdullah Man. - Bernama

Penghuni Gua : Wow banyaknya harta ADUN Melor ni. Sudah buat pengistiharan harta pada MB Kelantan ke? Kalau tak istihar salah tu dan.................

2. Sudah berapa penggal YB ni jadi ADUN Melor? Saja-saja nak tahu. Minat juga PG nak jadi ADUN macam ni......................Terutama ADUN PR. ADUN dan MP PR tak susah. Pandai putar beli sikit, pandai cakap sikit dan rajin pergi ceramah cukup le , lepas tu sebar fitnah banyak-banyak. Orang bagi duit pun boleh ambil kerana takkan jadi rasuah . Itu sedekah dan beri dengan ikhlas. . Bukannya perlu fikir pelan strategik untuk bangunkan negeri dan negara. Senang bukan ?

8 comments:

  1. Salam,
    Fitnah je ni!...YB Pas kan 'zuhud' belaka!...Pergi haji pun orang sponsor apa!



    anakjati_sgway

    ReplyDelete
  2. Bro, JANGAN FITNAH pemimpin PAS, depa mana buat salah, sentuh harta awam pun tak pernah. Depa semua 'maksum' terutama bos depa pembawa SELIPAR BERKAT. Jangan kutuk2 Ulama' tu.. Nanti depa kata kena tulah.. Pergi ceramah kutip banyak2. Yang dungu mendengar ceramah fikir FISABILILLAH. Yang mengutip, burrrpp kenyang.

    ReplyDelete
  3. Betul pandangan anom tu. Mana ada pernah dia cerita orang atau istihar kat MB dia sebelum ni. Dengan siti tu tersembur keluar masa tak leh nak kawal je.

    Kena kaji la siti. Keluarkan bukti bukti tu.

    ReplyDelete
  4. PG, macam mana dengan dakwaan pengikut-pengikut PAS bahawa pemimpin-pemimpin mereka tiada berharta...... semua kerja ikhlas kerana Allah... elaun pun tak ambik diberi pada rakyat....

    ReplyDelete
  5. Apa bezanya pemimpin PAS dan UMNO? Tidak ada bezanya jika mereka yang berlatar belakang agama pun masih bertuhankan duit dan harta. Sebab itu perjuangan yang membawa atas nama agama tidak pernah berjaya tetapi sering dilingkungi fitnah semata-mata.

    ReplyDelete
  6. Salam:

    "Aset2 itu tak termasuk di Afghanistan, Turkministan, gohedgostan dan di negeri setan..."

    " Di negeri setanpun ada aset?"

    " Ya! semua setan sudah jadi geng kita".

    ReplyDelete
  7. yang gambi :banyakkannya berlakon aje baik. pakai serban ke hulu ke hilir. 6 tahun PG dok di kelnatan. pantang lepa tengok tanah kosong. pergi cek dengan pejabat tananh, belum apa-apa dah jadi dia orang punya dah. ADUN PAS yang berjuruh sikit dan tiada isu ialah ADUN Bukit panau cikgu soh. Sebelum menang jaul daging import, lepas menang pun itulah kehidupannya. yang lain, masyaallah.

    ReplyDelete
  8. ...eh eh eh..siapa kata ADUN PAS atau para pemimpin PAS kaya..ADUN PAS semuanya kebanyakannya hidup seadanya..zuhud dan tawaduq..tidak penting harta dunia..elaun ADUN, EXCO, MB pun mereka sanggup potong..rumah kayu, kereta jenis Datsun Buah Ulu je..jarang yang ada sorang bini sebab nak bantu anak dara..kalau mereka banyak duit, masakan tergamak pergi buat haji pakai duit sponsor..ADUN Melor tu lagi miskin..dia terpaksa ceraikan Siti kerana tak mampu lagi nak tanggung 3 isteri..

    ReplyDelete