Thursday, 19 November 2009

KEPUTUSAN UPSR : TAHNIAH NOOR MATTA SIMMIA BIN ARIF



Baru sekejap tadi isteri PG menalifon untuk memaklumkan anak PG yang ketiga ,Noor Matta Simmia ( gambar ) yang mengambil peperiksaan UPSR di Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Berendam telah mendapat keputusan peperiksaannya dengan cemerlang. Dapatlah 5A. Alhamdullillah. Mungkin nak masukkannya ke MRSM Terendak Kem , Melaka kalau dapat.InsyaAllah .

2. Anak ini juga baru sahaja dapat hadiah minggu lepas dari sekolah yang sama kerana akan mewakili Negeri Melaka dalam acara menembak Air Pistol dalam SUKMA pada Oktober tahun 2010 di Melaka.

3. Tinggal seorang lagi yang belum mendapat keputusan Peperiksaan iaitu anak ketiga Noor Saddam Marwan yang masih menunggu keputusan PMR yang akan keluar sebulan dua lagi. Mudah-mudahan mendapat keputusan cemerlang juga.

4. Setakat ini syukor alhamdullillah semua anak PG menjadi juga le. Yang sulung perempuan Nor Dalila Diyana akan dapat ijazah di UUM dan dijangka tamat pengajian pada June 2010. Juga Yang kedua masuk Kolej Mara di Kelantan dalam bidang IT . Dah tahun 2.

5. Inilah sahaja harta yang ada pada PG . PG pun masih belajar walau dah tua bangka ini. sedang menghabiskan masters di UKM. Dijangka tamat pada 29 Dis 2009. Ini pun sedang menonggeng juga le di KL untuk siapkan tesis. Masih tak siap-siap. Dah panas punggung dan seluroh badan dah mula berpeluh.

6. Ok le. Alhamdulillah. Syukor. Terima kaseh kepada isteri yang bertungkus lumus menjaga anak-anak. Semuga anak-anak anda juga demikian atau lebih lagi cerdiknya.


16 comments:

  1. tahniah. tahniah juga kpd pelajar lain yg berjaya. semoga mendapat yg terbaik utk masa depan masing-masing.lebih ramai anak melayu berjaya, lebih baik utk bangsa dan negara kita.tahniah sekali lg

    ReplyDelete
  2. tahniah tuan!saya dulu pun 3A 2B sajo..hahaha

    ReplyDelete
  3. TAHNIAH.rEZEKI ANDA DAN tUHAN SUDAH BERJANJI KEBAIKAN AKAN DIBALAS KEBAIKAN....tERUSKAN USAHA ANDA...PEMBERI MAKLUMAT DAN ANAK ANAK DILANDASAN YANG BETUL.TAHNIAH LG SEKALI

    ReplyDelete
  4. Salam bro,

    Tahniah ! kepada Noor Matta Simmia bin Arif atas kejayaan UPSR dengan 5A. Kejayaan ini akan menjadi pendorong buat Noor Matta mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang pada masa hadapan.

    Noor Matta boleh! Melaka Boleh! Malaysia Boleh!

    ReplyDelete
  5. Bab belajar IT tu, sy harap PG tambahkan dgn kemahiran lain. IT sekarang tak se glamour dulu.

    Mase gawat 1997 bank-bank digabungkan sungguh ramai 'pakar' IT melayu yg terpaksa cari bidang lain. Sebabnya, bila dah gabung kebanyakan Bank hanya menggunakan IBM, yg lain tu 'boleh jalan'.

    IT graduate sekarang perlu meningkatkan kemahiran Accounting dan Project Management untuk meningkatkan 'Sales' diri sendiri.

    Just my thoughts.

    Nani Cheras

    ReplyDelete
  6. Sama tuan. Anak saya juga mendapat 5A.

    ReplyDelete
  7. Tahniah bro, seronok saya mendengar anak-anak tuan berjaya! Teruskan usaha cemerlang anda tuan!

    TAHNIAH SEKALI LAGI DARI HOUSE PK!

    ReplyDelete
  8. terimakaseh semua atas sokongan .

    ReplyDelete
  9. Tahniah to your son bro. Kem Trendak. I leave there for almost 8 years as anak askar. Semuga berjaya.

    Dr. Sid., budak2 sekarang memang pandai2. Malah lebih advance dari kita. Tak terlawan dibuatnya. Dengan h/p di kanan, laptop di kiri, tapi masih boleh score 5As. :-)

    ReplyDelete
  10. AISEYMEN..KONGRAT LA BRO!..CAYA LAH!..BAPA CEMERLANG ANAK TERBILANG! HUHUHU

    ReplyDelete
  11. Tahniah atas kejayaan anak PG, adik saya yang bongsu yang juga mengambil UPSR tahun nie sekadar mendapat 4A 1B namun itu sudah membuktikan keazaman, kesungguhan dan kekutan minda yang ditunjukkannya, perjalanan ke arah segulung ijazah baharu bermula. Tahniah !!!

    ReplyDelete
  12. tahniah bro. awak wa taun depan amik upsr.

    din

    ReplyDelete
  13. Quality articles or reviews is the main to invite the users to go to
    see the web page, that's what this web page is providing.

    Stop by my web-site Nike Air Max

    ReplyDelete
  14. Hey there! Do you use Twitter? I'd like to follow you if that would be okay. I'm definitely enjoying your blog and look forward to new posts.


    Feel free to surf to my homepage; More Info

    ReplyDelete
  15. My spouse and I absolutely love your blog and find many of
    your post's to be exactly what I'm looking for. Would you offer
    guest writers to write content to suit your needs?
    I wouldn't mind publishing a post or elaborating on a few of the subjects you write concerning here. Again, awesome site!

    Here is my blog ... Nike Free Run Sko (http://ngosummit.com/nike-free-run.html)

    ReplyDelete
  16. Thank you for the auspicious writeup. It in fact was a amusement account it.
    Look advanced to more added agreeable from you! However, how
    could we communicate?

    My webpage; Chaussure de foot

    ReplyDelete