Saturday, 7 November 2009

ISU DR ASRI / PGSM : BERUNDINGLAH !


Isu Dr Asri dan PGSM masih belum selesai dan mula melarat. PGSM pula nak disaman oleh ahli sendiri kerana memorandom dibuat tanpa persetujuan ahli. Dr Asri pula nak saman PGSM.

2. Entah apa nak jadi dengan orang beragama dan bijak pandai beragama ini. Dalam utusan Malaysia pula , keluar artikel dari Pusat Islam kata ajaran wahabi sesat. Menteri ( Dr Mashitah ) kata tak sesat.

3. Islam sudah tunjukkan. Jika ada masalah dan persengketaan, berunding, mensyawarah. Itu juga yang ulama-ulama dan bijak pandai islam cakap pada kami semua. Ini cakap aje lebih. Bila Allah uji aje sikit, melenting semuanya. Apa contoh yang kami semua akan dapat? Bagaimana kami semua sebagai awam nak mematuhi percakapan dan contoh orang beragama.

4. Kepada Dr Asri pun, bermaafan la. Permaafan sebelah pihak dari anda pun tidak akan merugikan Islam dan anda pun. Biar le PGSM nak kata apa pun. Tidak rugi. Ambil contoh Menteri Jamil Khir yang telah membawa anda ke meja rundingan. Maaf aje PGSM. PGSM pun , diam aje. Maafkan aje. Terbuka tertutup ke , sama aje.

5. Perkara ini besar. Tidak perlu diheboh dan didebat kepada awam yang sikit dan singkat ilmu agamanya. Bincang secara tertutup.

6. Itulah, PG dah banyak kali kata : Banyak perkara yang Allah tidak makbulkan permintaan dari mereka yang beragama ini. Sebabnya inilah. Riak, takbur, mulut ceupar, dendam, tiada pemaaf. Walaupun berjanggut, ijazah berjela, serban berbakul besarnya, tanda hitam pun nak menutup dahi. Jubah meleret dijalan.

7. Tetapi bila Allah uji sikit sahaja, semuanya melenting dan telah menampakkan belang sebenar mereka. Tak ada lagi sikap pemaaf, sederhana, dan berbaik sangka yang mereka sendiri juga kata islam yang ajarkan. Inilah hikmahnya kejadian ini. Hanya ujian Allah kepada bijak pandai beragama ini untuk menguruskannya.

8. PG pun dah lama hilang hormatnya kepada kumpulan ini. Cakapnya bukan main berdegar tentang islam. Tetapi kalau dilihat dari perbuatan dan kata-kata : cakap tak serupa bikin. Contohnya banyak. dalam satu kes , hanya kerana rumput di laman pun , tokoh agama ini bergaduh dengan jiran sebelah bertahun-tahun nak selesai. Hanya tentang harga kerugian tak sampai RM15k.

9. Ada lagi tokoh yang bercakap bab agama hari-hari, tetapi cuba membeli kereta yang dirampas oleh polis Kangar Perlis melalui pintu belakang dengan harga Rm 50. Akhirnya ditipu oleh anggota polis. Kes masih berjalan pun. Dan banyak lagilah. Bab dera bini, tak beri nafkah bini ( ketua dewan PAS di satu negeri ), tak beri nafkah bini , dan kes nya pun masih tak selesai dengan tuntutan RM 3 juta, keluar fatwa ( Fatwa Haji Hadi ) , dua imam, wala ( jatuh talak kalah berpaling tadah dalam politik ) dan berbagai lagilah.

10. Ini semua melibatkan ulama dan bijak pandai agama.

11. Akhirnya , Syor PG kepada Dr Asri, andalah yang mulakan kemaafan tersebut. Tak rugi dan tak salah pun dari segi agama. Bawa berbincang. Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya. Bincanglah baik-baik. Cukup-cukuplah dari menambahkan kekeliruan kepada awam. Apa nak memanjang-manjang lagi. Memalukan sahaja.

12. Bagaimana kami yang awam ini boleh mencontohinya?

1 comment:

  1. Pada awalnya perkara ini telah selesai dengan permuafakat dari semua pihak. Tetapi tiba-tiba PGSM ni berubah dan berkeras tidak mahu menarik balik dakwaan. Jadi saman harus diteruskan.

    Isu ini bukan isu beli kereta atau rumput di rumah. Isu ini melibatkan kredibiliti dan profession. Dr. Asri adalah seorang pendakwah, bekas mufti. Bagaimana beliau mahu memberi dakwah dan fatwa kalau masyarakat awam tidak tahu sama ada beliau ini berada diatas jalan yang benar ataupun sesat.

    Umpamanya PG sebagai seorang lawyer. Tapi tiba-tiba competitor anda kata anda ni tidak ada kelayakan undang-undang. Apa anda akan buat? Maafkan beliau atau menyaman beliau untuk memelihara kredibiliti anda?

    Jadi jalan terbaik ialah dengan menyaman PGSM. Bukan semua kekerasan harus di balas dengan kelembutan. Adakalanya kekerasan itu perlu dibalas dengan kekerasan.

    Wallahualam.

    ReplyDelete