Saturday, 7 November 2009

PROF . AZIZ BARI BIADAP : ITU KATA DEWAN PEMUDA PAS !





KUALA LUMPUR 6 Nov. - Menjelang seminar politik Pas esok, suasana semakin hangat apabila salah seorang ahli panel khasnya, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dikecam oleh Dewan Pemuda Pas sebagai biadap dan mempunyai agenda jahat.

Kecaman itu rentetan tindakan Abdul Aziz yang didakwa melancarkan serangan peribadi terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pagi ini, kurang 24 jam daripada perasmian seminar tersebut.

Dalam laporan sebuah portal berita hari ini, Abdul Aziz antaranya menyifatkan Abdul Hadi sebagai pemimpin lesu yang sudah 'hilang stim', masih lagi berlegar di sekitar isu Melayu-Islam dan menjadi menjadi beban kepada Pas dalam suasana politik baru.

Abdul Aziz juga mendakwa kegagalan Abdul Hadi bertindak sebagai 'tokoh nombor satu' diburukkan lagi oleh peranan Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Penghuni Gua : Ha ha ha. Itu le. Dulu kau orang sanjung dan punggung si Aziz bari ini pun kau orang nak jilat. Cakapnya kalau dalam krisis politik Perak , PAS pegangnya seolah hadith nabi kalau tak ayat suci Al-Quran.

2. Sekarang , baru kau orang tahu siapa dia si Aziz ini. Dia ini pendokong DSAI / PR ( islam liberal ). Sebab itu si Aziz ini tak suka benar kumpulan dalam PAS yang cuba berbaik dengan UMNO seperti Hadi, Mustafa Ali dan lain-lain. Ini kerana menggugat DSAI dalam pakatan dan menggugat DSAI bermimpin nak jadi PM.

3. Apa khabar si Tantawi. Ada fatwa untuk Prof ini ke? Berilah fatwa dan hadith-hadith tertentu untuk menghukum si Aziz ini. Tunggu apa lagi.
4. Selamat berseminar PAS. Tetapi PG percaya, Si Aziz Bari ini akan dibatalkan jemputannya ke seminar tersebut. Percayalah................He he he he...

5. Dan itu jugalah yang dimahukan oleh Prof Aziz ini rasanya. Itu yang si Aziz ini henjut peluru baru semalam dengan mengatakan TGHH adalah klon Pak Lah. Memancing. Tujuannya agar PAS membatalkan jemputan ke seminar tersebut. Si Aziz ini pun kecut perut juga nak hadir. PAS juga takut juga dengan serangan Aziz ini yang mungkin akan kecoh seminar tersebut dan ahli akan berpecah.

6. Tak percaya , percayalah.................Kita sama-sama tunggu. Mungkin masa bercakap si Aziz ini akan dipendekkan ke 10 minit. He he he he..

7. PG mengambil kesempatan ini mendoakan agar TGNA cepat sembuh dari keuzuranya dan semuga Allah sentiasa merahmatinya. Nasihat PG : yang lebih baiknya TGNA ni duduk dirumah di Pulau Melaka berehat terus . Jadilah guru agama dengan mengajar agama di pondok Pulau Melaka. Allah sudah beri isyarat untuk kita berehat. Rehatlah.

3 comments:

  1. pak arif
    tntawi arus melancarkan jihad fisabilillah ke atas aziz bari..

    alahai nasrudin ketua militan pas

    ReplyDelete
  2. mu jahat mu jahat waachaa

    ReplyDelete
  3. Salam,

    tak boleh kot dalam, kot lua, jahat sungguh

    ReplyDelete