Thursday, 5 November 2009

ISU DR MAZA : TELAH SELESAI SEBAHAGIAN KEMELUT !



author_photo("Salhan K Ahmad")
Salhan K AhmadNov 5, 094:38pm


Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang mengancam ingin mengambil tindakan undang-undang, kini telah berdamai dengan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), kata Menteri di jabatan perdana menteri Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom.Persetujuan telah dicapai supaya tidak ada lagi saman-menyaman di antara bekas mufti Perlis dengan PGSM, tambahnya.

Beliau berkata perdamaian dicapai itu setelah menemui Dr Mohd Asri dan pemimpin PGSM dalam satu pertemuan di Sungai Besi, Kuala Lumpur pagi ini.Tokoh agama itu berura-ura menyaman PGSM dan sejumlah NGO Islam berhubung kandungan memorandum mereka kepada Yang di-Pertuan Agong pertengahan bulan lalu sebagai membantah pelantikannya untuk mengetuai Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG ucapkan tahniah kepada Menteri di JPM , Datuk Khir kerana telah berusaha keras dalam menyelesaikan isu Dr Maza ini.

2. Pada pandangan PG, perkara-perkara cabang dalam agama dan perbezaan pandangan dalam agama ini agak sensitif . Jadi baguslah ia tidak dibincangkan secara terbuka . Ini kerana ia akan mengelirukan pihak awam islam. Perkara ini bukan apa pun ( soal perbezaan fahaman agama ). Masalahnya jika ia dibincangkan secara terbuka.

3. ASWJ ke, salafi ke, wahabi ke, syiah dan sebagainya adalah semuanya islam. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Ia tidak menyesatkan pun. Cuma perkara ini bukan untuk awam mengetahui dan ditunjukkan kepada mereka akan perbezaan itu.

4. Uruskanlah perbezaan itu di meja rundingan dan muzakarah. Perbezaan itu satu hikmah. Jadi baguslah kedua pihak seperti JAIS, PGSM, NGOs, dan Dr Maza berdamai dan bincang secara tertutup. Tak perlu kepada pergaduhan dan persengketaan dalam perkara cabang agama. Ia bukan perkara rukun pun.

5. Jumlah penganut islam sudahlah tidak begitu ramai. Jadi jangan lah lagi bersengketa sesama islam dalam masalah pegangan dan perbezaan remeh ini. Kita pegang kepada satu perkara sahaja iaitu kalimah Syahadah dan tidak mengganggu rukunnya. Malu kita kepada penganut agama lain dan kami sebagai islam pun akan lebih bercelaru apabila sesama ulama bersengketa dalam perkara yang tidak perlu dan remeh.

6. Cukuplah persengketaan sesama islam di seluroh dunia islam berlaku. Berbunuhan sesama sendiri hanya kerana setengah mereka merasakan fahaman mereka lebih benar dari fahaman islam yang lain. Lihat sahaj di Pakistan, Iran, Iraq. Hanya kerana sunnah mengatakan syiah dan syiah mengatakan sunnah tidak betul maka berlakulah pembunuhan sesama islam yang amat merugikan. Masjid pun dibom semasa umat islam menunaikan fardhu jumaat. Fikirkanlah...

7. Kepada semua pihak dan cerdik pandai agama islam di Malaysia : Uruskanlah isu perbezaan dan persengketaan DR Maza ini dengan baik dan secara berhemat dan buatlah secara tertutup. Ia bukan untuk awam seperti kami. Jangan lagi mempolitikkan isu ini.


Nota : Kata-kata ini boleh menjadi renungan kita semua :
" menghormati hak untuk berbeza pendapat dan menjunjung kebebasan bersuara adalah cara yang dianjurkan agama dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh umat Islam.


Mereka turut menegaskan peristiwa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangkap bekas mufti Perlis 1 November lalu hanya menzahirkan hakikat bahawa institusi itu tidak bersedia dan berkemampuan untuk berhujah dengan pengkritiknya di pentas intelektual dan terpaksa beralih kepada penggunaaan kuasa kekerasan.


Sebaliknya kedua-dua badan yang dianggotai profesional Islam itu meminta JAIS supaya menjadi pelindung agama dalam erti kata yang sebenarnya bukan dengan mengamalkan tindakan yang boleh dilihat sebagai satu percubaan untuk menghalang kebebasan intelektual di Malaysia berkaitan dengan agama Islam " . Selanjutnya : KLIK


Juga pandangan Dr Mashitah juga ada kaitan : KLIK

No comments:

Post a Comment