Sunday, 29 November 2009

TGNA MASIH WARAS ?





KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah daripada segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.Berita lanjut ; KLIK

Penghuni Gua : Masih waraskah TGNA? Beliau melaknat PM hanya kerana wang ehsan / royalti minyak?

2. Isunya adakah wang tersebut tidak diberi sehingga menghalalkan penglaknatan terhadap PM yang juga seorang islam? Adakah ini di ajar islam ? Inikah contoh bahasa mereka yang digelar alim ulama yang bahasanya lebih hina dari makhluk ditepi jalan atau di tempat pembuangan sampah?

3. Nabi Mohamad pun tidak pernah melaknat Abu Talib walaupun beliau tidak memeluk islam. Baginda tidak melaknat pun saidina Umar walaupun sebelum islam , saidina Umar melakukan berbagai tindakan menghalang Baginda menyebarkan islam. Dan banyak lagi contoh lain yang Baginda tidak pernah melaknat orang lain apatah lagi sesama islam .

4. Hanya sekali Baginda meminta doa dengan berdiri di atas sebuah bukit, agar Allah membalas semula perbuatan mereka yang membunuh mubaligh Islam yang sedang menyebarkan islam disebuah negeri. Akhirnya Allah melarang baginda dari meneruskan doa tersebut melalui satu ayat Quran , yang mana ALlah menyatakan perkara tersebut biarlah terserah padanya.

5. Selepas itu , Baginda berhenti mendoakan supaya kecelakaan menimpa mereka yang membunuh mubaligh tersebut dan kemudian kita hari ini menggantikan dengan doa Qunut semasa suboh. Itu sahaja.

6. Apa , TGNA mempunyai lesen besar untuk melaknat orang lain. Apa maksud seruan Nabi Mohamad agar kita menyeru dengan seruan yang baik dan bijaksana? Ini langsung tidak menyeru kepada kebaikkan dan langsung tidak bijaksana. Ini wajah ulama.

7. Bukan PG nak puji apa pun. Tak ada sebarang kepentingan pun. Ayah PG pun guru agama juga dan semasa hidupnya adalah penyokong PAS tegar. Tetapi sepanjang dia ceramah agama atau politik atas pentas PAS tidak ada pun PG mendengar walau sepatah melaknat orang islam. Yang dia tekankan hanya apa yang PAS akan buat jika memerintah. Itu sahaja. Itulah sebab beliau mula menjauhkan diri dari PAS kerana mulut orang PAS inilah khususnya PAS Kuantan dan juga penyelewengan duit baitulmal / duit untuk penyokong PAS pergi haji yang diselewengkan oleh Penasihat Undang-Undang PAS yang menggunakan duit tersebut membeli kebun getah sekitat Temerloh pada 198an.

8. Berbalik kepada isu laknat tersebut : PG menyerulah kepada belia dan beliawanis yang akan mengundi pada PRU 13 nanati. Jauhkanlah anda dari parti dan pemimpin begini yang bahasa mereka lebih buruk dari mereka yang tiada agama pun. Semua PM di Malaysia sejak Tungku Abd rahman, Tun Razak, Tun Hussien, Tun Mahathir, Pak Lah, DS Najib : tak pernah sekali pun berbahasa seperti bahasa kebanyakkan orang PAS khasnya bahasa seperti TGNA ini. Fikirkanlah. Kalau ada beri bukti di mana PM-PM kita memaki dan melaknat rakyat Malaysia walau sekali.

9. Bab melaknat ini pun , PG dah lihat banyak kali dah, kebanyakkan doa pemimpin PAS ini pun , iaitu doa-doa yang dibuat semasa sembahyang hajat di semua padang di Malaysia ini, semuanya membelit dan memakan diri sendiri. Dah 50 tahun, PAS pun asyik kalah aje. Terengganu pun kalah tak sampai sepenggal. Kelantan pun kalah. Ini pun menang tak lama. PRU 13 nanti adalah pembalasan Allah atas doa laknat mereka ini. Contohnya banyak.

10. Bab laknat ini sebanarnya, TGNA dan pemimpin PAS sebenarnya melaknat diri mereka dan parti mereka sendiri. Tengoklah nanti.

7 comments:

  1. dia tidak waras dan takbur.

    ReplyDelete
  2. dia kata dia silap cakap pula dh..hai tok guru.berapa kali nak salah ckp? asyik2 balaci dia yang betulkan.

    ReplyDelete
  3. Makbulkah lagi doa pok nik ni? Tak layak jadi pemimpin apa tah lagi yang berstatus ulamak. Najib yang tak ulamak pun, hanya yang baik-baik saja keluar dari mulutnya.....

    ReplyDelete
  4. PAS tidak belajar dari kesilapan yg lalu. Dulu semasa Firaun Dr Mahathir memerintah, orang PAS di seluruh negara telah bersembahyang hajat dan berdoa agar Firaun ini mampus! Tup-tup yang mati adalah allahyarham Ustaz Fadhil Noor! Tuhan dah tunjukkan pun PAS tidak mengambil ikhtibar dari peristiwa ini. Sekarang Nik Aziz pula. Tuhan akan turunkan bala insyaallah bukan kpd DS Najib tetapi kpd dirinya sendiri. Tak percaya? Tunggu dan lihat!

    ReplyDelete
  5. yang teman lebih heran..!!!
    Pasai apa tak beri pada yg HAK duit royalti tu..?
    Apa susahnya ??
    Kiamatkah sekiranya duit royalti tu diberikan..
    sebab dah perjanjian lagu tu..
    berikan je lah..
    Orang Melayu juganya..bukan orang lain pun..
    Bahkan sekiranya parti kominis yg memerintah negeri..tak kira negeri mana..kena bagi jugaklah..berdasarkan perjanjian asal.
    Kenapa menyusahkan benda yg simple???
    Kesian...sungguh!
    Dunia tak sattle ..
    Akhirat lagi lah payah..

    ReplyDelete
  6. duit tu akan di beri...
    tapi nama je lain..bukan royalti tapi ehsan..
    x perlu beri pada PAS...
    dorang x tahu nak uruskan..bimbang rakyat x dapat...nanti seleweng masuk kocek sendiri..

    ReplyDelete
  7. hebat! baru beberapa minggu lepas YB Zul Kulim berkeras tentang permintaan rasmi (dlm mesyuarat PKR) DSAI agar serangan pribadi diperhebatkan kepada DSNajib/PM.Hari ini, orang pertama melancarkan doa laknatnya ialah TGNA! pandai betul anwar menggunakan ulama yang sorang ni..!!HUHU...

    ReplyDelete