Monday, 30 November 2009

BERJAYA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Syukor alhamdulillah, Tepat jam 1.02 minit petang tadi , PG telah berjaya menyiapkan Tesis bagi Masters Sains Sosial yang tarikh akhir menghantarnya pada jam 5 petang ini. Jenuh nak menghabiskannya. Raya Aidil Adha pun tak balik raya di kampung. Terpaksa berkurong di bilik di Kuala Lumpur. Lepas sembahyang raya terus sambung menulis.

2. Isteri terpaksa balik dulu ke kampung dengan anak-anak di Kemaman dan di Kuantan. Jam 430 petang ini barulah PG, dapat pulang berhari raya di kampung emak dan ibu mertua yang sedang uzur.

3. Esok jam 9 pagi dah merancang dengan anak-anak memancing udang galah di sungai Kemaman . Lepas banjir ini, mesti banyak udang yang king size. Biasanya dapat le yang besar lengan tiap seekor. Sepit / galahnya pun panjang sekaki lebih tiap ekor. Wow. ... Siapa-siapa nak join datang le memancing di sungai Kemaman dan tempat paling baik ialah menaiki bot di kawasan Pengkalan Binjai Kemaman , Terengganu. Berbaloi......

4. 7 . 11 . 2009 jam 1000 pagi ada viva bagi membentangkan tesis berkenaan. Jadi relak dulu. Kepala dah berat ni. Konvo dijangka bulan ogos 2009.

9 comments:

  1. Tahniah....ini kerana berkat perjuangan UMNO orang Melayu macam anda jadi pandai...dan merdeka..

    ReplyDelete
  2. Selamat berjaya!!!!

    ReplyDelete
  3. tahniah tuan!saya doakan tuan berjaya!

    ReplyDelete
  4. Tahniahlah di atas usaha anda. Tetapi tak boleh anda beri secara ringkas mengenai tajuk dan kandungan tesis anda. Syabas!

    ReplyDelete
  5. PEMERHAI. TAJUKNYA IALAH :
    PERINTAH PENGAWASAN PENAGIH DADAH MENGIKUT SEK 6(1) (b) APD
    ( RAWATAN DAN PEMULIHAN ) 1983. KAJIAN MENGENAI ORANG KENA
    PENGAWASAN DI MELAKA

    ReplyDelete
  6. konvonya Ogos 2009 atau Ogos 2010?

    ReplyDelete
  7. OGOS 2009. TAK MAIN LE OGOS 2010. HE HE HE HE

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum, A.O...
    tahniah kerana berjaya siapkan tesis tu. hanya orang yang ada kekuatan motivasi je yang ble siapkannya...
    saya pun nak ikut jejak macam anda. ada tak lg nota pengurusan strategik bentuk soft copy? kalau ada saya mo share... tq

    ReplyDelete