Penjelasan mengapa Kelantan tiada hak royalti minyak
PAS tidak seharusnya menuntut royali minyak daripada kerajaan persekutuan. Perjanjian yang telah dibuat oleh Kelantan dan Petronas pada tahun 1975 telah meliputi kawasan tuntutan dibawah bidang kuasa Joint Development Area (JDA) dibawah pengendalian kerajaan Malaysia dan Thailand. Kerana itu ia dipanggil sebagai wang ihsan. Wang ihsan bermaksud kerajaan persekutan mempertimbangkan posisi kelantan sebagai negeri yang mengeluarkan minyak, namun apabila kita bercakap soal undang-undang maritim, kerajaan Kelantan hanya mampu melihat sahaja.
Sebagai contoh, apabila seseorang menjumpai emas di kawasan rumahnya, emas tersebut bukan menjadi milik saudara tersebut kerana mengikut undang-undang tanah (National Land Code) emas dan lain-lain hasil mineral yang dijumpai dalam negara merupakan milik negeri tersebut (state). Mineral dimaksudkan di sini merupakan mineral yang dijumpai dibawah tanah, namun apabila kita bercakap soal maritim / sempadan laut yang beratus-ratus batu nautica jauhnya, ia jatuh di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.
Telaga ini baru diterokai sejak 2004. Dan telaga minyak ini terletak lebih 3 nautika dr pesisir kelantan bersempadan dengan kawasan laut Thailand. Oleh itu hasil ini tidak berhak sama sekali diberi kerajaan kelantan kerana syarat royalti minyak adalah di dalam kurang dr 3 nautika dari pesisir pantai negeri seperti hasil minyak di Sarawak. Disebabkan itulah Sarawak layak menerima royalti minyak.
The 1909 Anglo-Siamese Treaty menyatakan;
“All islands adjacent to the eastern States of Kelantan and Tringganu, south of the parallel of latitude drawn from the point where the Sungei Golok reaches the coast at a place called Kuala Tabar, shall be transferred to Great Britain, and all islands to the north of that parallel shall remain to Siam.”
- Subsequently, the two governments signed several agreements over their common maritime boundary in the Gulf of Thailand and South China Sea. The 1973 continental shelf boundary agreement between the two governments only covered the Straits of Malacca segment and did not cover the border in the Gulf of Thailand but on 24 October 1979, an agreement and a memorandum of understanding were signed to determine the common maritime boundary of the two countries in the Gulf of Thailand. The first agreement established the territorial sea boundary from the mouth of the Golok River at 6°14′30″N 102°5′36″E / to 6°27′30″N 102°10′0″E / . The MOU established the continental shelf boundary from the northern end-point to 6°50′0″N 102°21′12″E / with one turning point in between.
The boundary beyond the northern end-point is subject to dispute. However, both countries have come to an agreement to put aside the border dispute and allow for the joint exploitation of natural resources of the disputed area. The two countries signed a Memorandum of Understanding for the Establishment of a Joint Authority for the Exploitation of the Resources of the Sea-Bed in a Defined Area of the Continental Shelf of the Two Countries in the Gulf of Thailand on 21 February 1979, followed by an Agreement on the Constitution and Other Matters Relating to the Establishment of the Malaysia-Thailand Joint Authority on 30 May 1990 establishing a joint development area (JDA).
Ini bermakna jika Kelantan mahu menuntut royalti minyak dari Kerajaan Malaysia, Kelantan juga harus menulis surat kepada Kerajaan Thailand untuk perkara yang sama oleh kerana kawasan tersebut telah menjadi milik bersama Malaysia-Thailand. Tambahan pula kedua-dua negara masih dalam proses tuntutan terbaru kerana tidak berpuas hati dengan JDA yang telah ditandatangani, hal ini masih lagi dalam proses perundangan. Oleh kerana itu siapalah Kelantan mahu menuntut hak royalti di sini? Kalau dapat wang ehsan pun dah bersyukurlah kerana Malaysia sedang menuntut haknya demi Kelantan menentang Thailand.
Menurut kata Dr.Lo’Lo Ghazali dan Husam Musa, Akta Kemajuan Petroleum tidak menyebut pemberian hak royalti ditentukan oleh 3 batu nautika. Benar tidak ada menyebut tentang perkara itu. Tapi apakah Dr.Lo’Lo pasti tiada kes (judicial precedent) yang telah dibuat mengenai perkara 3 batu ini? Sudah Dr.Lo’Lo atau Husam periksa betul-betul?
Kerajaan Kelantan bergantung kepada perjanjian yang dibuat oleh Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dengan Allahyarham Dato’ Nasir, bekas Menteri Besar Kelantan dari Barisan Nasional. Dalam perjanjian tersebut telah dipersetujui bahawa Kerajaan Kelantan layak mendapat royalti sebanyak 5% setiap 6 bulan daripada hasil penjualan minyak Petronas.
Walaubagaimanapun atas sebab bahawa kawasan telaga minyak yang dituntut ini berada dalam Joint Develoment Area (JDA) di antara Malaysia – Thailand dan Malaysia – Vietnam, ini tiada kena-mengena dengan Kelantan melainkan Kelantan turut menyertai JDA tersebut. Malang buat Kelantan kerana kawasan dituntut diliputi oleh JDA ini. Walaupun Tuan Guru Nik Aziz menegaskan bahawa Kelantan hanya menuntut haknya daripada Kerajaan Malaysia, kehadiran JDA ini tadi seharusnya membuka bidang kuasa baru kepada Malaysia samada mahu memberi royalti kepada Kelantan atau tidak kerana JDA ini terletak dibawah bidang kuasa sepenuhnya oleh Thailand dan Malaysia.
Kawasan perairan Kelantan yang kecil dan pendek ini kemudian telah diambil alih oleh JDA yang terletak dibawah bidang kuasa Malaysia – Thailand.
Dalam erti kata lain, perjanjian antara kerajaan negeri Kelantan dengan Tengku Razaleigh itu telah berlalu (lapsed) dengan kehadiran JDA ini. Perjanjian tersebut tidak lagi terpakai (applicable) kepada JDA yang termaktub dibawah Malaysia – Thailand Joint Authority Bill 1990.
Seksyen 7 Malaysia – Thailand Joint Authority Bill 1990 menyatakan – The Joint Authority shall pay to each of the Governments royalty in the amount of five per centum of gross production of petroleum, in the manner and at such times as may be prescribed by regulations.
Perkataan ‘Governments‘ dalam perkara tersebut merujuk kepada tafsiran Akta tersebut membawa maksud Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Tiada pula saya lihat ‘government of Kelantan’?
Identiti Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat seperti termaktub dibawah perlembagaan persekutuan membawa maksud dua identiti berbeza. Oleh itu Kerajaan Negeri tidak mewakili Kerajaan Persekutuan dan juga sebaliknya. Mungkin sebelum JDA termaktub, Kerajaan Kelantan boleh bergantung kepada perjanjian antara Petronas dan Kelantan. Namun selepas kehadiran JDA, posisi Kelantan harus dikaji semula.
Adalah tidak adil jika kita kembali menyorot perjanjian asal tersebut kerana selepas perlaksanaan JDA 1990, hasil petroleum telah dibahagi samarata 50-50 antara Malaysia dan Thailand.
Kerana itulah ia dinamakan wang ehsan. Ehsan bermaksud kerajaan persekutuan memberikan wang tersebut atas budi bicara dan bukan kerana hak negeri Kelantan.
DR SIDDIQ AZANI UIAM
Penghuni Gua : Ini penjelasan dan fakta yang dikemukan oleh mereka yang mahir dalam perundangan iaitu seorang pensyarah undang-undang dari UIAM. Ini lowyer betul. Bukan lawyer burok diluar sana yang lebi sudu dari kuah.
2. Kepada TGNA : Cukup le melaknat orang islam. Lihat faktanya dahulu. Jangan dengar loyar burok. Memalukan saja.
Salam pg..mohon ccz copy penerangan isu ini ke dalam blog ccz untuk tujan penyebaran..Tq..
ReplyDeleteSaya sokong. Da berbuih2 ambo cakap
ReplyDeletepasal
hak ini. X pahe pahe oghe pas ni. Benang basah.
mohon copy & quote utk tujuan penyebaran-Pencolek Angek-blog paneh.
ReplyDeletePG, kalau hati sudah berkarat, sudah tiada isu yang hendak dipulas lagi, bila royalty balak juga sudah pupus dalam perut mereka, apa lagi..... inilah yang mereka bawa untuk menipu rakyat Kelantan....... inilah perangai pelacur-pelacur agama dalam PAS.....
ReplyDeletetuan PG, dekat lapangan terbang sultan ismail pengkalan chepa ada dibangunkan bilbod yang besar dan diletakkan gambar pelantar minyak kononnya HAK Kelantan.manipulasi ini jelas dan sekarang mereka mahu jadi juara rakyat kelantan pula.Dengan ketiadaan pembangunan ekonomi mampan dan perancangan strategik selama 20 tahun memerintah (kecuali bantuan pusat yang berterusan demi anak-anak kelantan)..mereka berusaha menutup kelemahan ketara dengan mengalihkan isu royalti.Senang sangat TGNA dibelitkan oleh penjelas-penjelas isu dalam PAS (yang tentunya orang kepercayaan beliau) untuk beliau tidak memahami isu sepenuhnya dan membuat kenyataan yang merendahkan tarafnya sebagai mursidul am (atas segala ulama dalam pas).Isu "haji sponsor"/ "haji rasuah" pun cukup memalukan beliau.Tapi beliau masih tidak malu berdepan dengan khalayak ramai!!!
ReplyDeletetahniah dr siddiq.terima kasih PG.mohon kopi utk sebaran.
ReplyDeletemohon salin dan ulang cetak maklumat ini...tq
ReplyDeleteAsalaamu 'alaikum, PG, Dr Siddiq Azani & semua yang melayari blog ini,
ReplyDelete"Demi Tuhanmu [wahai Muhammad], mereka tidak [disifatkan] beriman sehinggalah mereka menjadikan kamu hakim di dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka..." [an-Nisa'ayat 65].
Dr Siddiq, Anda telah berbuat sebaik & sekuat upaya, termsauk home work memaparkan bahan/isi perjanjian yg berkaitan, dan berdasarkan ilmu perundang-undangan Anda bagi menerangkan isu 'wang ehsan' & 'royalti' minyak ini.
Namun, ANDA BERDIRI DI ATAS LANDASAN UNDANG-UNDANG KUFUR SEKULAR, BUKAN DI ATAS REL DAN PREMIS ISLAM.
Anda dari UIAM. Mengapa tidak diperjelaskan bahawa di sana ADA UNDANG-UNDANG YANG PALING BENAR, iaitu undang-undang Allah, yang WAJIB dijadikan tolok ukur/standard menentukan mana haq dan mana bathil; dan supaya pihak-pihak yang berbalahan ini - yg semuanya org Islam - tahu, "Ooo, Islam pun ada juga undang-undang tentang isu ini"; sekaligus menambahi sedikit tarbiyyah Islamiyah kepada para penyokong mereka yang sentiasa berfikir bahawa undang-undang sekular yang diterpak ke atas kita selama ini sah-sah sahaja.
Tdak mengapa jika Anda terlepas pandang. Cuma, beri perhatian berat akan peringatan-Nya drp mafhum ayat di atas, dan juga mafhum ayat ini: "...jangan [sekali-kali kamu campur-adukkan yang benar dengan yang bathil, dan jangan kamu sembunyikan yang benar, sedangkan kamu mengetahuinya.."
Nah, minyak [petroleum] - yang menjadi akar kepada perbalahan ini - yang di dalam sistem ekonomi Islam termasuk di dalam kategori Hak Kepemilikan Umum, Anda kena terangkan pula bagaimana cara penyelesaiannya dari pandangan syarak, sebagai alternatif kepada pandangan asal Anda yang tidak menepati syarak itu, sebab kosekuensinya sangat besar kepada pemahaman/cara berfikir umat terhadap Islam secara umumnya, dan khusus di dalam isu ini.
ABU FAIQ. INI AJE SETAKAT INI UNDANG-UNDANG YANG ADA. ISLAM PUN SEDANG DI TUJU KE SANA. KERAJAAN PUN KE ARAH UNDANG -UNDANG ISLAM. CUMA MASA SAHAJA YANG JADI ISU. HUKUM ISLAM AKAN DILAKSANA .IA AKAN DILAKSANA SECARA BERANSUR-ANSUR. ALLAH TIDAK PERNAH PERSOAL PERLAKSANAANNYA BILA CUMA ADA NIAT DAN USAHA. ALLAH MAHA MENGETAHUI KESUKARAN KERAJAAN UNTUK LAKSANA HUKUM ALLAH SERTA MERTA. SEBAHAGIAN UNDANG-UNDANG PUN SUDAH MENGIKUT HUKUM ALLAH. CUMA NAMANYA SAHAJA TIDAL DIL;ETAK ISLAM. HUDUD? TUNGGU;LAH. SAMPAILAH MASANYA NANATI. HARAPKAN PAS? NAK SEBUT HUDUD PUN TAK BERANNI SEKARANG KERANA DAP DAN PKR SERTA POLITIK. JADI JANGAN CAKAP BAB ISLA LAH KALAU DIRI SENDIRI NAK SEBUT PUN TAK BERANI INIKAN PULA NAK LAKSANAN. WANG IHSAN. APA ISUNYA. BENDANYA BERI. HANYA NAMA. ITU Saja
ReplyDeleteAssalamu 'alaikum, Anonymous,
ReplyDeleteAda beberapa perkara untuk dimuzakarahkan:
1 Ahli sains [bukan astronaut] yg menjelaskan hal-hal tentang bulan, tak pernah pun sampai ke sana; tetapi dapat membukukan maklumat yang sangat tepat tantang bulan. Ini kan pula yang bersumberkan daripada a-Quran dan as-Sunnah. Masalahnya pada kita; berdalil atau berdalih.
2 Apakah tariqah yang syari'i tetapkan untuk menuju ke sana (pelaksanaan Islam secara kaffah] kena digali/dikaji dan diambil persis yang dicontoh-teladankan oleh Rasululah saw. Kaedah/Tariqah penerapan Islam yang hanya berdasarkan persepsi dan agakan-agakan penuh kekeliruan seperti yang PAS lakukan sekarang ini, tidak lebih hanya semakin menimbulkan banyak kecelaruan. UMNO lagi gelap tentang ini. Tak payah tanya PKR. [Saya sebutkan parti-parti politik kerana hukum-hukum syarak hanya dapat 'didirikan' secara kaffah melalui politik ideologi - Islam ideologi. Anda kena jelas bahawa apa-apa yang berkaitan Islam, sama ada fikrah atau tariqah/ kaedahnya,
WAJIB ditetukan agar menepati tuntutan sumber utamanya : al-Quran & as-Sunnah. Bukan asal jadi saja, sebab PASTI TIDAK AKAN JADI-JADI, seperti sekarang. Sekali lagi; kita menggali dalil atau mengumpulkan dalih.
3 Yang Anda katakan 'dilaksanakan secara beransur-ansur itu 'tadarruj' namanya; konsep salah yang dipegang oleh para pemerintah umat Islam masa kini ke arah melaksanakan hukum syarak. Mereka tak pernah pun menyatakan apa-apa nash atau dalil yg menjadi sandaran bagi
fahaman mereka itu, melainkan [sekali lagi]- berdalil atau berdalih. Namun, sesuatu yang salah, kalau diasakkan ke dalam pemikiran secara konsisten, akan menjadi benar. Papan hijau di sekolah, krna secara konsisten cikgu kata papan hitam, murid pun kata papam hitam. Nampak! Dalam berakal, kita pun mudah saja kena 'akal'kan.
Sebab itu hanya Islam yang 'membentengi' akal
kita dari sebarang kekeliruan dengan syari'at. Dan ini cuma berupaya dilakukan oleh negara Islam, Daulah Khilafah.
ABU FAIQ, MASALAHNYA ORANG BERAGAMA PUN ASYIK BERGADUH SESAMA SENDIRI DALAM PERKARA DECIL PUN TAK SEPENDAPAT. PAS PUN NAK SEBUT HUDUD PUN TAK BERANI. MENGAPA. MULUT MEREKA YANG ULAMA PUN LEBIH JAHAT DARI KAMI YANG BUKAN ULAMA INI
ReplyDelete2004 EXPLORE MINYAK DI KELANTAN ..HABIS SELAMA INI AHLI PARLIMEN PAS BUAT KERJA APA KE JADAHNYA? MASA NAJIB YG BARU DALAM SETAHUN NAK BAGI WANG EHSAN TP MASIH PERTIKAI SIAP DOA PECAH PERUT LAGI BETUL BETUL BANGANG ORANG TUA NI SIAPALAH BAGI NASIHAT...
ReplyDeleteBagi la sikit wang ikhsan tu kesian kat tok guru, rakyatnya nak belanja juga hasil dari buminya.....kesian dia.
ReplyDelete..
ReplyDeleteIsu ni tak kan dpt difahami kalau kita tak menyorot kembali ketika sebelum akta kemajuan petroleum 1974 dibuat. Sebelum akta kemajuan petroleum ini digubal, kerajaan menggunapakai akta perlombongan petroleum 1966. Di dalam akta ini kerajaan-kerajaan negeri di semenanjung hanya mempunyai kuasa sebagai 'Pihak Berkuasa Petroleum' dikawasan persisir pantai negeri. Ini dijelaskan pada subseksyen 4(3)
ReplyDelete(3) Pihak Berkuasa Petroleum ialah—
(a) berhubung dengan sesuatu permohonan berkenaan dengan sesuatu kawasan tanah di daratan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri di mana kawasan tanah di daratan itu terletak; dan (“tanah di daratan” termasuk pantai pesisir depan dan kawasan
bawah laut di bawah perairan wilayah Negeri, seperti yang disebut di seksyen 1 Akta Perlombongan Petrolium 1966)
(b) berhubung dengan sesuatu permohonan berkenaan dengan
sesuatu kawasan tanah di luar pesisir, Yang di-Pertuan Agong.
Jelas sekali, mengikut subseksyen ini, kerajaan negeri dikenali sebagai 'Pihak Berkuasa Petroleum' hanya di kawasan persisir pantai (onshore), manakala di kawasan luar persisir (offshore), kerajaan persekutuaan mempunyai kuasa.
Jelas sekali, mengikut subseksyen ini, kerajaan negeri dikenali sebagai 'Pihak Berkuasa Petroleum' hanya di kawasan persisir pantai (onshore), manakala di kawasan luar persisir (offshore), kerajaan persekutuaan mempunyai kuasa.
ReplyDeleteNamun hal yg demikian tidak disenangi oleh ahli-ahli politik di Sarawak dan Sabah ketika itu. Mereka mahu hak perlombongan petrolium di kawasan luar persisir negeri, menjadi hak mereka. Perkara ini adalah seperti yang dijelaskan oleh individu-individu yang terlibat di dalam permasalahan itu, antaranya Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Salleh Abas.
http://razaleigh.com/2009/07/31/letter-to-mb-of-kelantan-on-oil-royalties/
http://www.tranungkite.net/lama/berita11/warta93.htm
Maka dengan itu, Akta Kemajuan Petroleum 1974 digubal. Antara perkara utama dalam akta ini adalah pada subseksyen 8(1) yang berbunyi:
8. (1) Akta Melombong Petroleum 1966 [Akta 95], tidak terpakai bagi Perbadanan, kecuali seksyen 14. (Perbadanan yang dimaksudkan disini adalah PETRONAS)
Secara automatik, segala peruntukan yang ada didalam Akta Perlombongan Petroleum adalah termansuh sama sekali kecuali pada subseksyen 14 yang berkaitan dengan Kebenaran untuk memasuki tanah beri hakmilik.
Pemansuhan peruntukan-peruntukan pada Akta Perlombongan Petroleum (kecuali seksyen 14) lantas memansuhkan takrifan Pihak Berkuasa Petroleum dibawah oleh Akta Perlombongan Petroleum (subseksyen 4(3)):
(3) Pihak Berkuasa Petroleum ialah—
(a) berhubung dengan sesuatu permohonan berkenaan dengan sesuatu kawasan tanah di daratan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri di mana kawasan tanah di daratan itu terletak; dan
(b) berhubung dengan sesuatu permohonan berkenaan dengan sesuatu kawasan tanah di luar pesisir, Yang di-Pertuan Agong.
Melalui Akta Kemajuan Petroleum, PETRONAS diberikan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif untuk mengeksplorasi,
ReplyDeletemengeksploit, mendapatkan dan memperoleh petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai Malaysia selama-lamanya. Perkara ini dinyatakan di dalam subseksyen 2(1);
2. (1) Seluruh pemunyaan mengenai petroleum, dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif untuk mengeksplorasi, mengeksploit, mendapatkan dan memperoleh petroleum sama ada
di pantai atau di luar pantai Malaysia hendaklah diletakhakkan pada suatu Perbadanan yang akan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 atau di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pemerbadanan syarikat.
Seksyen 4(2) menyebut peletakan pemunyaan, hak, kuasa, kebebasan dan
keistimewaan yang disebut dalam subseksyen (1) diatas berkuatkuasa apabila disempurnakan suatu surat cara yang ditandatangani oleh setiap kerejaan negeri dan juga PETRONAS. Antara isi kandungan surat ini adalah;
Saya, ....................................................................................................... bagi pihak Kerajaan ......................................................................................................................,
pada .............. hari bulan .......................................... 20.......... dengan ini memberi
untuk selama-lamanya dan memindahhakkan dan meletakhakkan pada PETRONAS pemunyaan mengenai petroleum dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif untuk mengeksplorasi, mengeksploit, mendapatkan dan memperoleh
petroleum yang berada sama ada di pantai atau di luar pantai Malaysia.
Dengan perjanjian ini, secara automatik bidang kuasa 'Pihak Berkuasa Petroleum' seperti yang disebut didalam Akta Perlombongan Petroleum 1966 terlucut. Melalui Akta Kemajuan Petroleum 1974, balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada PETRONAS, PETRONAS hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan. Perkara ini disebut didalam seksyen 4 yang menyatakan;
4. Sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.
Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang digubal sewaktu Allahyarham Ayahanda YAB Dato’ Seri Najib Razak ini merupakan satu undang-undang yang tidak bertujuan untuk mendiskriminasi mana-mana pihak, pentadbir atau wilayah. Ia adalah satu undang-undang yang tinggi semangat federalismenya. Memberi hak kepada yang berhak disamping yang berada berkongsi dengan yang tiada. Hati gajah sama di lapah, hati kuman sama dicecah. Begitulah cintanya Allahyarham kepada bumi tumpah darahnya.
sebenarnya ni semua politik.. kalo kelantan bawah bn.. ah xamek kira sangat undang2 nih.. terus je bg kat kelantan duit rolyati.. xyah tgk undang2 yang diputar belikkan oleh manusia yang lidah bercabang..huhu
ReplyDeletemohon salin dan ulang cetak maklumat ini...tq
ReplyDeletedr:http://asiaticaherb.blogspot.com/
aku sokong hairil. lbh kurang sama cam kes tganu. aku pun stdnt uiam gak, dr zaman anwr sampe sanusi, pham sgt dah...
ReplyDelete