Friday, 8 January 2010

GEREJA DI BOM : MUNGKIN TAN SRI PAKIAM , PKR DAN PAS SUDAH PUAS ?


3 Gereja dibom awal pagi tadi disaat isu kalimah Allah sedang hangat. Mungkin hati mereka yang mula mencetuskan isu ini dan mereka yang menyokong kalimah ini diguna kristian sudah berpuashati. Negara mula terancam. Perpaduan kaum yang sebelum ini harmoni sedikit tergugat. Rakyat mula resah dan mula mencuriga mencurigai walaupun tidak dinyatakan dengan jelas.

Yang paling puashati mungkin Tan Sri Pakiam. Beliau yang mulakan isu ini dengan melanggar sempadan sensitivity agama islam. Berbagai amaran oleh KDN kepada beliau dan Herald serus disanggah oleh mereka sehingga mereka mengheret isu ini ke mahkamah.

Inilah hasilnya sekiranya pemimpin agama kurang sikit otaknya. Batas beragama di Negara berbilang kaum tidak dijaga oleh beliau. Beliau sepatutnya menjadi pendamai bukan mengujudkan keresahan antara du penganut agama. Perlembagaan telah ,menjelaskan Islam adalah agama Persekutuan. Agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Mana aman damai yang dinyatakan oleh perlembagaan dan dipatuhi oleh Tan sri Pikiam dengan melanggar sempadan islam ini?

Kalaulah agama lain pula termasuk islam melanggar sempadan agama satu lagi, hindu melanggar sempadan agama Buddha dan begitulah sebaliknya. Bayangkan apa akan berlaku kepada Negara. Tan sri Pikiam perlu jelas fikirannya. Jangan sesekali menggunakan kelonggaran / kelemahan dan kelompongan dalam undang-undang untuk melanggari sempadan agama lain. Ia amat bahaya. Contohnya 3 gereja di bom hari ini. Bukan semua manusia boleh bersabar dan mengawal emosi mereka seperti kami. 3 gereja di bom itu mungkin dilakukan oleh mereka yang tidak dapat mengawal emosi .

Juga mungkin berbagai kemungkinan lain yang berbagai teori konspirasi boleh dibuat. Hakikatnya , kerena kecetekan fikiran Tan Sri Pikiam inilah punca segala masalah dengan ditambah pula beberapa ekor pemimpin melayu islam dari PKR dan PAS yang menggalakkan Pakiam ini untuk terus memanjang kan isu ini dan melawan serta ego dengan amaran-amaran dan syarat-syarat yang ditetapkan dalam penerbitan akhbar Herald berkaitan isu kalimah Allah.

PG mengutuk sekerasnya pengeboman 3 gereka tersebut walau dengan apa alas an pun atau apa teori pun. Ia tidak boleh diterima. Tentang pengeboman ini berbagai teori boleh dibuat. Ada katakana orang islam yang terlalu emosi lakukan, ada yang katakan pihak kristian lakukan pengeboman bagi memberi gambaran burok pada islam, ada yang kata ada pihak ketiga yang melakukan nya bagi mengambil kesempatan dan menangguk di air keroh agar Negara terus kacau agar mereka mendapat kredit politik dan sebagainya.

Bagi pelacur politik seperti biasalah. Mereka tetap menyalahkan kerajaan. Kerajaan diminta menerima tanggungjawab penuh atas pengeboman ini. Ini pandangan ahli dan pemimpin politik berotak setengah masak dan berfikiran koro. Dalam keadaan begini pun masih mahu salah menyalah dan hanya mahu meletakkan kesalahan kepada kerajaan. Mereka di mana?

Zaid Ibrahim ( di antara pengasas islam liberal ) mula berkokok dan menyalahkan kerajaan. Itu ajelah yang beliau boleh katakan. Tuan Ibrahim dan PAS termasuk Hj Hadi, Mahfuz, salehhuddin, Tantawi dan banyak lagilah termasuk si peiwat politik semuanya cuba mengambil kesempatan dengan menyalahkan kerajaan. Sebelum ini mereka bercakap berlapik-lapik dan berdolak dalik dan sebahagiannnya adalah plot terjadinya kemelut ini. Merekalah yang menggalakkan dan membesarkan kepala setengah pihak ini.

Kepada PAS dan pemimpinnya! Jika anda cuba menyalahkan kerajaan kerana menentang keputusan mahkamah tersebut dengan membuat rayuan , maka anda terlebih dahulu menegur dan mengambil tindakan terhadap pemimpin anda seperti TGNA,YB Taib Azamuddin, Ustat Dr Haron Din, YB Zulkifli Nordin, Nasaruddin yang menyokong tindakan kerajaan dan suara ramai umat islam bahawa kalimah ini hanya untuk orang islam dan tidak boleh digunakan oleh agama lain. Harun Din mengkafirkan anda. Mengapa membisu. Jika kerajaan salah pendirian dalam isu ini, apa pandangan anda semua terhadap pemimpin anda sendiri yang bukan-bukan calang orangnya dari segi agama.

Adakah tanggungjawab ini sepatutnya diletakkan kepada mereka juga?

Kepada kerajaan: Kita sudah cukup dan lengkap dari segi undang-undang untuk menangani kemelut ini. Tindakan dan penguatkuasakan sahaja yang amat lemah dan lambat. ISAkan sahaja mereka yang memulakan isu ini isitu dari pemimpin gereka yang tidak mendengar kata hinggalah pemimpin politik yang memesongkan fikiran orang islam dan kritian dengan menyokong kalimah ini digunakan oleh orang lain.

Kem Tahanan dan Pemulihan Kemunting pundah lama kosong dan sedia menanti pengunjung baru. Ambil sahaja tindakan keras. Biar mereka tahu kerajaan masih bergigi. Hantar isyarat yang betul dan jelas agar kepala mereka ini tidak bertambah besar.

Kepentingan rakyat terbanyak harus diutamakan. Rakyat terbanyak yang berbilang kaum inilah yang akan rugi dan merana jika terjadi sesuatu perkara yang burok. Pelacur-pelacur agama dan politk ini atau campuran keduanya masih boleh duduk semeja dan bergelak ketawa. Tetapi kami di bawah ini sudah dan terus bermasam muka dan tak bertegur sapa sampai sudah.

ISA ADALAH JAWAPANNYA. BIAR RAKYAT PUAS. BUKAN TAN SRI PAKIAM, PAS DAN PKR YANG PUAS.

Nota : Pelacurnya puak-puak ini : sehinggakan kenyataan PM diputar belit dan PM dituduh menghalalkan demo di masjid. Kenyataan penuh PM seperti di Agenda Daily dan Akhbar utama jelas mengatakan bahawa

“ Saya tidak dapat menghalang mereka yang berhimpun di masjid untuk membantah berkaitan isu ini. Itu kena tanyalah mereka yang bertanggungjawab bagaimana mahu menangani demo ini jika ada. Takkan saya ( PM ) nak memikirkannya".

Maknanya diserah kepada polis. Takkan PM nak fikirkan perkara ini. Hal ketenteraman awam adalah di bawah KDN dan PDRM. Buktinya PDRM telah bertindak dan tiada apa berlaku di mana-mana masjid demo haram. Ayat akhir di bawah itu tidak dinyatakan. Maka keluarlah baris pertama sahaja seolah PM galakkan demo di adakan. Itulah lidah-lidah biawak dan pelacur ini lakukan.

12 comments:

  1. Sebenarnya yang menjadi punca kepada permasalahan ini adalah bangsa india(pPakiam).Walaupun dia ni dah beragama kristian tapi naluri bangsa India masih menebal.Walau apa pun agama masih tak dapat mengubah minda bangsa ini.saya tak pasti Pakian ni dalam india kasta yang mana,tapi yang pasti bukan bramin.Dia masuk kristian kerana nak lari dari kasta nya,supaya dia boleh dipandang mulia oleh bangsanya.ISA kan pakiam ni.Masa ni perlunya ISA

    ReplyDelete
  2. Sapa yg tugaskan hakim tu?? lepas tu sapa yg api2kan? Kalau kes Perak laju je pegi buat rayuan ....org kampung pun tau betapa bangangnya drama yg nak dicetuskan ni..nasib baik org Um NO nngok je yg layannnnnn...!

    ReplyDelete
  3. JGN LUPE SI JUBUREE JUGAK ADE SUBAHAT SAMA. KLU BKN DIA YG MENGAPI2KAN SENTIMEN NI DARI AWAL, SEMUA NI TAK KAN JADI!

    ReplyDelete
  4. PG, sekali lagi nyatakan bahawa kawan risau juga dengan insiden ni yang mana kekadang ada pihak sengaja mengambil kesempatan dengan isu, lepas tu tuduh orang UMNO punya kerja.......

    Kawan bukan menuduh mana-mana pihak....

    semua orang tahu, di negeri Sarawak akan menghadapi P/Raya Negeri dalam tahun ini, kebanyakan masyarakatnya menganut agama Kristian dan lain-lain, memandangkan mereka sedar masyarakat Sarawak sudah mula kurang yakin dengan perjuangan pembangkang, untuk itu, mungkin perkara macam ni akan dilakukan supaya kaum-kaum ini akan benci kepada Kerajaan BN.........

    Kena hati-hati muslihat 'yahudi' laknat ini...

    ReplyDelete
  5. penyokong IFC yang masih tak puas hati dan penyokong islam liberal serta peyokong plurisme agama jangan dilupakan mesti diawasi

    ReplyDelete
  6. lepas ini kalau masjid di bom, nak salahkan umno jugakah?

    anak anda jatuh dari basikal nak salahkan umno juga kah?

    ReplyDelete
  7. Pakiam ni bukan orang BN ka..?
    Apa kena mengena dengan PAS atau PKR pulak.

    ReplyDelete
  8. ya betul punca nye dia berani mencabar dimahkamah,sebab ramai penyokong kuat di belakang dia termasuk parti politik melayu islam,kalau kita bersatu,saya pas ti dia tak berani nak mencabar dimahkamah.

    ReplyDelete
  9. ini momentum yg anwar anda the geng cuba dapatkan utk pilihanraya sarawak tak lama lagi.

    isu ini sangat bagus utk jatuhkan kredibilit BN di mata penganut kristian.

    bijak bijak...

    ReplyDelete
  10. salam bro...puki ayam telah bertanggungjawab dalm hal dengan disokong ayam PAS dan PKR. KDN telah menghidu benda dari awal. Puak PAS tak sedar bahawa ISLAM telah lama ditindas sekarang puki ayam nak tindas ISLAM di Malaysia kerana ada puak Islam yang sokong. Inilah parti yang malaung sana-sini berjuang utk ISlam...inilah ayam benang kokok.

    ReplyDelete
  11. Assalamu 'alaikum, Sdra PG & yang melayari blog ini,

    Akhirnya, emosi mumudarkan akal jernih; lumrah salah yang sama sekali tidak menepati kaedah berhujah lslami hingga menambahburukkan
    citra umat lslam sendiri, sedangkan mereka sewajarnya menjadi teladan paling baik.

    Mari berhenti beremosi sejenak untuk kita membolak-balik silap sendiri, antaranya:

    i Apakah tidak terperasan oleh kita bahawa selama ini umat lslam cuma bergantung kepada satu idea khayali bernama kontrak sosial bagi memelihara kehormatan & kemuliaan lslam? Sekalipun selamanya dianggap 'benar', [kerana dinyatakan lslam agama rasmi negara] selebih daripada itu, kontrak sosial hanya pautan ilusi, muafakat tanpa tinta yang pada bila-bila masa saja boleh dirobek oleh sesiapa saja yang ada niat & sengaja mahu melemparkannya. Ia tidak lebih benda/idea mujarad, tanpa perician bertulis yang dapat dihujahkan secara berbukti fakta nyata. Di mahkamah undang-undang, benda mujarad tidak ada nilai. Yang dinailai hanya makna dan maksud undang-undang yang tercatat, sedangkan kontrak sosial hanya hadir di dalam 'semangat'. "Semangat' tidak membuktikan apa-apa. Dan mereka menang dengan hujah ini.

    ii Setelah kuat-kuat mempertahankan kalimah Allah sehingga tuduh-menuduh sesama umat, dan memburuk-burukkan orang lain [yang ternyata lebih 'bijak' daripada kita], apakah selepas ini kita akan kuat-kuat seperti itu juga menanamkan hasrat, lalu melaksanakan usaha yang sungguh-sungguh demi mempertahankan hukum-hukum [syari'at]-Nya - yang selama ini dinyah-lemparkan - untuk menggantikan hukum-hukum sivil-sekular yang selama ini diperundang-undangkan untuk mengatur kehidupan kita? Selayak dengan semangat mempertahankan kalimah Allah itu, marilah umat lslam perjuangkan pula tertegaknya syar'iat. Barulah usaha [penentangan] yang dilakukan sekarang ini ada kemunasabahannya.

    iii Lalu apa alternatifnya? Jadikan lslam itu sendiri menjadi pemelihara & penyelamat lslam, kerana Allah sendiri bersumpah [berjanji] selamanya menjaga al-Quran/lslam-Nya. Pasti umat lslam [bahkan seluruh alam] selamat kerana hanya lslam rahmat[an] lil''alaamin.

    Namun, hanya dengan Daulah Khilafah pemahaman sebegini dapat dizahirlan.

    ReplyDelete