Friday, 8 January 2010

KALIMAH ALLAH : PANDANGAN / NASIHAT SEORANG PENGANUT KRISTIAN !


Dipetik dari blog : Anak Merdeka



Salam sejahtera semua !Isu yang masih hangat ketika ini di negara kita iaitu penggunaan Kalimah ALLAH oleh akhbar Herald Catholic. Bagi saya isu ini tidak sepatutnya dibawa sehingga sampai ke Mahkamah. Sebenarnya saya sangat kecewa dengan keputusan yang telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Yang Arif Datuk Lau Bee Lan.Apabila sesuatu perkara yang pada dasar hanya boleh diselesaikan tanpa campurtangan pihak Mahkamah tetapi terpaksa dilakukan, maka beginilah jadinya.

Sebagai rakyat Malaysia saya sangat menghargai perpaduan kaum yang sedia wujud di negara kita dan kita semua seharusnya menjaga agar keharmonian antara kaum yang menganuti berbagai agama dapat dipertahankan.Pihak Gereja Katolik seluruh Malaysia sepatutnya turut berperanan didalam menjaga serta memelihara perpaduan bangsa yang ada di negara ini dengan lebih memahami sesuatu yang sensitif bagi orang yang bukan beragama Kristian.

Mereka juga harus tahu bahawa perkataan atau Kalimah ALLAH yang digunakan didalam apa jua amal ibadat orang Kristian di negara ini adalah di ambil dari Kitab Injil yang diterbitkan dalam Bahasa Indonesia.Kalimah ALLAH sebenarnya hanya terdapat didalam kitab Injil berbahasa Indonesia yang digunakan secara meluas oleh kaum Bumiputera Kristian di Sarawak dan mungkin juga di Sabah sejak dahulu lagi.

Didalam Kitab Injil berbahasa Inggeris atau Bible atau dilain-lain negara perkataan ALLAH memang langsung tiada didapati. Didalam perkara ini penganut-penganut Kristian di Sarawak termasuk saya sangat keliru berkenaan perkembangan ini.Orang Kristian harus jujur mengakui bahawa Kalimah ALLAH adalah hak mutlak orang Islam dan apa juga usaha untuk mempertahankan bahawa perkataan itu adalah milik bersama orang Kristian dan Islam adalah merupakan satu kesilapan.

Jadi untuk memperbetulkan sebarang kesilapan agar ianya tidak berlarutan, maka sebaik-baiknya pihak Gereja mencari jalan damai sejajar dengan tuntutan agama Kristian juga yang sangat menitik berat soal kedamaian dan kesejahteraan.Sebagai salah seorang daripada ratusan ribu penganut Roman Katolik di Malaysia ini, maka perlu juga rasanya untuk saya melontarkan serba sedikit pendapat mengenai perkara ini.

Bagi saya, demi Malaysia, demi perpaduan kaum, keharmonian antara agama di negara kita, saya sangat berharap supaya pihak Gereja dapat menerima hakikat bahawa sebenarnya Kalimah ALLAH itu bukannya milik orang Kristian dan oleh itu saya menyeru agar perkataan itu ditiadakan didalam mana-mana ajaran Kristian di Malaysia ini.

Diharap juga rakan-rakan yang beragama Islam di negara ini supaya bertenang dan fahamlah bukan semua orang Kristian bersetuju dengan langkah yang telah diambil oleh pihak Herald Catholic itu. Sepatutnya pihak Herald Catholic tidak melibatkan pihak Mahkamah dalam isu ini sehingga jika kita lihat betul-betul ianya seolah-olah mereka cuba mempermainkan undang-undang di negara ini.


Dicatat oleh hilbert di 1/05/2010 09:13:00 PM
Label:

Penghuni Gua : PG amat setuju dengan pandangan panganut Kristian ini yang menjelaskan isu sebenar berkaitan kalimah Allah. Sepatutnya Tan Sri Pakiam tidak perlu menggunakan kalimah Allah sehingga menjejaskan sensitiviti umat islam.

2. Bagaimana sekiranya setiap agama cuba melanggar hak dan sensitiviti agama lain? Adakah kita hendak perkara begini berlaku dan berdepan dengan risikonya? Pagi tadi pun sebuah gereja telah di bom. Inilah jadinya sekiranya pemimpin agama lain cuba mencampuri dan tidak menjaga sensitiviti agama lain.

3. Siapa yang akan rugi? Kita semua rakyat Malaysia dan yang untungnya hanyalah beberapa kerat pemimpin politik dan agama yang bertindak seperti pelacur yang merosakkan keharmonian yang telah lama terjalin. Jika berlaku kekecohan: yang mereka tahu hanyalah salah menyalah. Mereka sahaja yang betul.

4. Hilbert juga ada menyampaikan pesan buat peliwat tegar dan mereka yang serupa dengannya terutama beberapa pemimpin PAS yang berlidah biawak dan berotak koro . Pesan beliau ialah :

" Kepada pemimpin-pemimpin parti politik pakatan pembangkang terutamanya, dalam isu ini tak payahlah untuk menangguk di air yang keruh dan kepada Penasihat PKR YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak usahlah mengumpan rakyat Sarawak yang beragama Kristian dengan menabur janji-janji putar belit sehingga sanggup menggadai agama Islam semata-mata kerana untuk memenuhi tuntutan kuasa politik. Kami tidak akan gelap mata dengan semua itu. BN telah banyak menabur jasa kepada rakyat Sarawak keseluruhannya dan kami sentiasa mengingatinya walaupun ada sesetengah diantaranya bagai "kacang lupakan kulit." Juga Hilbert menyampaikan pesanan lanjutnya kepada Tan Sri Pakiam : KLIK

7 comments:

  1. Penganut Kristian kerdil mampu memberi analisa atu pendekatan yang baik. Harapkan pemimpin besar ?? Pangkat dan gelaran jer yang tinggi, tapi kepala penuh TAIK .

    ReplyDelete
  2. Saya heran dgn extract berikut (komen sy dlm kurungan)
    ====
    “On Dec 27, we wrote to the ministry requesting the minister to reconsider his decision. We were pleasantly surprised (even the Herald was surprised) to receive a letter of approval dated Dec 28 (decided YES within a day when it was previously NOT allowed ?) which was hand-delivered to us on Dec 30. The letter places no restrictions whatsoever and includes the permit for all the languages, including the Bahasa Malaysia segment,” said Herald editor Fr Lawrence Abraham
    ====
    dari - http://paklebai.blogspot.com/2010/01/perkataan-allah-strategi.html
    ----

    Heran tak ?

    Nani Cheras

    ReplyDelete
  3. sengaja cari pasal. pakiam dan beberapapolitician ini patut di isakan aje

    ReplyDelete
  4. Kan Allah dah beri amaran dalam Quran bahawa orang kristian dan yahudi itu tidak akan puashati sehinggalah orang islam meniru cara mereka.

    Tapi tak ada pulak 'Allah' dalam kitab bible memberi amaran bahawa orang islam tidak akan puashati sehingga orang kristian dan yahudi mengikuti cara islam.

    Short-sighted nampaknya 'Allah' dalam bible.

    ReplyDelete
  5. orang kristian sendiri hairan mengapa herald bersungguh2 mahu menggunakan nama Allah.. Khalid Samad menyokong pula...

    ReplyDelete
  6. PG, kawab risau juga dengan puak-puak ni, kekadang sengaja mengambil kesempatan dengan isu ini, lepas tu tuduh orang UMNO punya kerja.

    Kawan bukan menuduh mana-mana pihak.... semua orang tahu, banyak masyarakat Melayu, Cina dan India dah mula kurang yakin dengan perjuangan mereka, untuk itu, mungkin perkara macam ni akan dilakukan supaya kaum-kaum bukan Melayu benci pada Melayu..........

    kena hati-hati muslihat 'yahudi' ni...

    ReplyDelete
  7. pakiam memang celaka...patutnya fikirkan iklim di Malaysia sesuai atau tidak..sekarang apa dah jadi..ini semua puki ayam bertanggungjawab. KDN dah dapat hidu benda lebih awal tapi puki ayam buat hal. Ini isu sensitif nanti ada yang mati kerana isu agama..jgn nak tunjuk hebat puki ayam. Pakiam patutnya dilucut pangkat Tan sri dan hantar balik ke India atau ke Israel atau artatika biar jadi ais.

    ReplyDelete