Tuesday, 9 February 2010

MB PERAK : SAH, SAH, SAH !!!!!!!





PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas Mahkamah Persekutuan selepas menolak permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebentar tadi. Keputusan itu dibuat panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff. Panel hakim itu telah menangguhkan penghakimannya pada 5 November tahun lalu setelah selesai mendengar hujah peguam yang mewakili Dr Zambry dan Mohammad Nizar dalam kes berkenaan.

Rayuan itu dibuat Mohammad Nizar dalam cubaan terakhirnya mendapatkan semula jawatan Menteri Besar selepas Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, pada 4 Februari 2009 menitahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang itu melepaskan jawatan selepas mendapati beliau tidak memperoleh majoriti dalam Dewan Undangan Negeri. Pada Mei tahun lalu, dalam keputusannya, Mahkamah Tinggi mengembalikan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mengisytiharkan bahawa pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak adalah mengikut perlembagaan.

Penghuni Gua : Sah, sah, sah. Dr Zambry MB Perak yang sah. Jadi kepada Nizar dan PR , terimalah keputusan ini dengan hati yang terbuka. Ada hikmah disebalik semua ini.

2. Jangan guling banting ( meroyan ) atas jalan udah le! Lepas ini mesti ada pula kata Zambry MB mahkamah le, MB Kudeta le, MB bukan pilihan rakyat le. Sebenarnya kalau ikut sifir sebenar , memang BN yang menang majoriti. Cuma gabungan haram selepas PRU12 antara parti DAP, PAS, PKR le yang membolehkan PR memerintah.

3. DAP, PAS dan PKR sebelum PRU12, bertanding atas parti masing-masing. Lihat ada peluang kalau bergabung, maka mulalah segala peristiwa sehingga keputusan ini menjelma. Jadi semua perkara ini adalah berpunca dari DAP, PAS dan PKR. PAS ada dua kerusi aje. Cakap aje lebih. Jadi MB pun atas ehsan dan perkenan DYMM Raja Azlan. Jika tidak , dua kali dunia kiamat pun , Nizar dan PAS tak merasa menjadi MB.

4. Cakap aje lebih. Habok pun tak ada. Lepas ini , PG cadang , Nizar dan PAS, pergilah mengadap penasihat utama beliau iaitu Prof Aziz Bari. Minta le pandangan beliau................he he he he he he he.....!!!!!!!!!!!!!

5. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku. Titah DYMM Tuanku juga yang benar. Daulat Tuanku.

Nota : Pagi tadi pun beratus penyokong PAS dan PR bersembahyang hajat di depan Istana Kehakiman , memohon kepada Allah agar Nizar menang. Tetapi Allah tetap tak makbulkan doa dan hajat mereka. Mengapa? Jadi fikirkanlah! Ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan dan untuk kita berfikir ! Fikirkanlah. Bukan susah nak melihat kebesaran dan petunjuk Allah ni. Itu pun kalau kita terus berfikir !

5 comments:

  1. Dorang mane bule pikir, dorang mana ade OTAK....anu je besar..

    ReplyDelete
  2. Soal sembahyang hajat tu tak payah le komen lebih-lebih. Memakbulkan doa tu hak mutlak Allah. Doa tak makbul ada banyak sebab. Tak semestinya Allah tak perkenan sebab mereka tu bersalah. Kena mengaji dulu bab doa dan solat hajat dengan ustaz.
    Kepada yang menang tahniah le. Jalankan amanah dengan baik. Jgn pecah amanah. Jawatan ni satu ujian. Semuanya kena soal balik kemudian hari. Kita yang sokong ni pun kena soal juga.
    Kepada yang kalah, terima lah ini satu ketentuan dariNya. Mahkamah Allah nanti jauh lebih adil dan hebat. Apalah sangat dengan hilang kuasa kalau kita kena ganti dengan neraka kemudian hari. Macam tu jugak yang dapat kuasa, takde maknanya dapat kuasa kalau nanti kita hilang ganjaran syurga. Moga kita semua ( yang menang dan yang kalah serta semua penyokong ) akan dapat ganjaran syurga...
    Hidup atas dunia ni sekejap je..
    Sendiri mahu ingat le..

    ReplyDelete
  3. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

    1 Kepada yang kalah, sangat besar untungnya di sisi lslam, sebab jika menang dan memegang kekuasaan sekalipun , TETAPI bukan untuk menegakkan syari'at Allah SWT, bahkan sebaliknya melestarikan hukum sivil-sekular yang menjadi sistem sekarang, PASTI ruginya teramat besar. Ambil beratlah akan peringatan Allah SWT yang maksudnya, "Apakah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum Jahiliyyah? Padahal bagi orang yang benar-benar yakin [kepada Allah] - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah" [al-Quran, Surah al-Ma'idah [5]:50].

    2 Bagi yang menang, laksanakanlah perintah Allah [pemerintahan] dngan mengimani dengan sesungguh-sungguh keimanan akan peringatan-peringatan Allah SWT, antaranya:

    i] "...Maka jalankanlah hukum [undang-undang/
    pemerintahan] antara mereka itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah [hukum-hukum syara'/ syari'at], dan janganlah engkau mengikut hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepada kamu..." [al-Quran, Surah al-Ma'idah [5]:48]

    ii] "..Sesiapa yang tidak menghukum [merintah/ mengadili] dengan apa [hukum] yang telah diturunkan oleh Allah [hukum-hukum syara'], maka mereka itulah orang yang zalim" [al-Quran, Surah al-Maidah [5]:45)

    iii] "Sesiapa yang tidak menghukum [memerintah/ mengadili] dengan apa [hukum] yang telah diturunkan oleh Allah [hukum-hukum syara'], maka itulah orang yang fasiq" [al-Quan, Surah al-Ma'idah [5]:47)

    3 ltu antara peringatan-peringatan Allah SWT:
    "Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada peringatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada Hari Qiamat kelak dalam keadaan buta" [al-Quran, Surah Thaha [20]:124).

    4 Sekadar sedikit muahasabah daripada sesama Muslim - untuk DIIMANI oleh mereka yang berebut kekuasaan & juga untuk DIIMANI para penyokong masing-masing, kerana inilah prinsip dasar apabila berakidah dengan akidah lslam.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  4. Salam pembaca,

    seorang anak (A) mengadap ayahnya dan memohon supaya kereta pemberian ayahnya itu dilupuskan, namun ayahnya tidak memperkenankan permohonannya. Ayahnya kemudian melantik anaknya (B) yang lain mengambil alih kereta itu, tiba-tiba A tidak dapat terima kenapa B diberikan kereta itu. Dia (A) sudah tidak mahu kereta itu tapi bila B dapat, dia nak balik kereta itu.

    Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

    ReplyDelete
  5. Salam Tuan. Sekadar untuk berkongsi setelah menerima keputusan sebulat suara panel 5 orang Hakim Mahkamah Persekutuan lewat pagi tadi. Saya lampirkan pendapat saya yang telah dipetik oleh Bernama pada 6 Feb 2008. Pendapat saya ini telah disanggah oleh Prof Abdul Aziz Bari,(pembaca boleh layari Malaysians Unplugged atau Malaysiakini)

    Circumstances May Imply No-Confidence - Expert
    KUALA LUMPUR, Feb 6 (Bernama) -- Although former Perak menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin believes that a vote of no-confidence is needed for his removal, circumstances may prove otherwise.

    Constitutional law expert Associate Prof Dr Shamrahayu Abdul Aziz said a motion of no-confidence could be established through a vote of no-confidence at the state legislative assembly or arise from "extraneous circumstances" that may imply that the elected representatives no longer had the confidence in the menteri besar.

    She said the statement by Sultan Azlan Shah yesterday, as well as the three defections from Pakatan Rakyat who later declared their support for Barisan Nasional (BN), were indication enough of a no-confidence vote against the menteri besar.

    "Mohammad Nizar is arguing that there was no formal voting passed by the state assembly on the motion of no-confidence against him, but I beg to differ.

    "Motion of no-confidence can also arise due to circumstances," she said when contacted by Bernama on Friday.

    She cited the case of Datuk Amir Kahar Mustapha vs Tun Mohd Said Keruak in 1994, which involved former Sabah chief minister Datuk Joseph Pairin Kitingan when there were several defections from the party after the 1994 general election.

    Shamrahayu said the court ruled that the circumstances showed there was no more confidence in Pairin Kitingan, leading the latter to tender his resignation.

    "I think this should be the argument on behalf of the Sultan, (that he had came to the conclusion) after meeting members of the Perak BN and the three defectors who expressed support for BN.

    "Although we do not know what had transpired exactly, I believe the decision made was in the Sultan's wisdom," she said.

    Asked if the contents of the meeting should have been made public, Shamrahayu said it was not necessary.

    "Although in a democratic government, that would be favourable, I don't think it's a legal requirement to make it transparent to the public," she said.

    She said the Sultan had clearly explained his decision through the statement released by his office yesterday, and the public should understand and accept his decision.

    "I think the letter is sufficient, there is no need for the Sultan to stand up in front of the people and explain what he meant," she said.

    Mohammad Nizar has insisted that the Pakatan Rakyat government is legitimate and would not tender his resignation until there was a vote of no-confidence against him.

    Pakatan Rakyat is also intending to take legal action against the Sultan for appointing a new BN menteri besar at Istana Iskandariah in Kuala Kangsar.

    -- BERNAMA

    ReplyDelete