Tuesday, 9 February 2010

GAMBAR AIB TOK GURU : GAMBAR INI BAGAIMANA ?


Gambar di atas, TGNA Aziz katakan ia harram dan mengaibkan. Lapuran polis dibuat terhadap Jeffry Blog Dimensi. Bagaimana gambar-gambar lain di bawah yang di paparkan oleh blogger PAS dan PR ( Blogger PAS le yang banyaknya ). Jadi minta komen dari ustat-ustat PAS dan Tok-tok Guru PAS yang pakar dalam agama islam. Adakah gambar di bawah yang dipaparkan oleh blogger mereka ini tidak haram, fitnah dan mengaibkan? Apa peranan ulama, tok guru- tok guru dan ustat-ustat PAS bagi mengatasi masalah ini dari blogger mereka ? Minta komen mereka sikit ? ( Banyak lagi le , gambar-gambar yang lebih teruk dari gambar di bawah yang dipaparkan oleh blogger PAS dan PR ).



Nota : Apa peranan ulama PAS bagi menangani fitnah, dan keaiban yang dipaparkan oleh blogger mereka. Cuba fatwakan dari segi islam apa peranan ulama PAS ini dalam hal ini. Kalau dah cakap bab islam , PAS wajib bertindak terhadap blogger mereka. Islam tak memilih bulu. Islam dan Ulama PAS bagaimana?

Cakap boleh le. Cakap aje lebih. Aib le, haram le. Kena batang hidung sendiri halal pulak. Kemetot tak bersuara. Ulama dan ustat apa jenis yang begini. Ulama dan ustat yang memilih-memilih isu untuk difatwakan. Sudahlah. Meluat.!!!!!!!!!!!! Cakap tak serupa bikin.

12 comments:

  1. cakap takserupa bikin. kata dulang paku serpih kata org dia yg lebih

    ReplyDelete
  2. nak cakap tu pikir dulu.tu encik tgk dari sebelah pihak je.cube encik pergi jumpe sendiri pimpinan pas.tanye face to face...encik tgk berite dari sblah pihak sahaje.mane bleh nok komen2 camtu..lagipun bukan semua blogger yg kutuk umno tu pengikut pas.cube encik pikir,kalau saye tulih blog n mengaku sokong umno and hina PAS, Umno ke yg salah.???? cube la piker........Allah bg Otak pikir.....bukan buat tindakan melulu......kalau nak marah ulama' PAS, saye cabar encik pergi belajar dulu selok belok Islam,tentang jihad...bile dah sampai level Imam Syafie ke,imam maliki ke...,,encik nak cakap ape, cakap la......tuntut dulu ilmu.....baru bercakap...

    ReplyDelete
  3. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

    1 Alangkah hina jadinya lapangan politik jika berpolitik hanya membawa manusia berperilaku ke darjah yang sangat hina seperti ini. Maha Benar Allah yang telah memberi kita gambaran awal bahawa; manusia, sekalipun dibekali akal, namun jika tidak mengambil iman sebagai pembimbing kepada akalnya, pasti bertukar hina sehina haiwan ternakan, bahkan lebih hina daripada itu.

    2 Berpolitiklah, kerana ia suruhan lslam. Namun berpolitik jika tidak berlandaskan sakhsyiyyah dan fikrah lslamiyyah [sekalipun selendangkan lslam - seumpama PAS misalnya], apatah lagi bukan bermatlamat utk menegakkan hukum syara' [syari'at] - [umpama parti-parti sekular lainnya] - natijah akhirnya hanyalah politik yg sama cara dengan berpolitiknya puak yang tidak beriman, jelek dan kotor, politik serba boleh - segala cara dihalalkan demi mencapai tujuan. lni bukan cara berpolitiknya orang lslam; sama sekali jauh tersimpang dari cara politik yang dicontoh-teladankan oleh Rasulullah SAW.

    3 Dan yang pasti, semua ini tidak terjadi jika para ulama keluar dari lubuk 'keduniaan' mereka - dunia wahn - lalu menjadi pejuang akidah as-siasiyyah, membimbing umat dengan politik yang berlandaskan ideologi lslam demi menegakkan Daulah Khilafah lslamiyyah.

    [Lihat respons saya pada posting PG yang sebelum ini, bertajuk: "MB Perak, Sah! Sah! Sah ...!

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  4. hehehe......spin baik punya. Sokong apa yang bro tulis...

    ReplyDelete
  5. patutnya ulama membimbing umat. tapi skrg umat akhir zaman ulama yg diterajui oleh PAS yg terkedepan kelentong, membohong, fitnah dll.

    paling teruk ialah sembunyikan kebenaran. mereka tau anwar peliwat tegar tapi sbb mau undi mereka sembunyikan kebenaran.

    nasib malang umat islam di malaysia.

    salim

    ReplyDelete
  6. kalau geng dia komen , fitnah ,buat aib orang lain boleh . tapi bila kena batang hidung sendiri tau marah,,, orang yang sokong dia kalau buat apa pun betul..kalau dah kutuk umno tu takda orang lain ler mesti geng geng puak puak pakatan tu juga...

    ReplyDelete
  7. Ini lah masalah nya dunia akhir zaman ulamak menyebelahi perbuatan jahat

    ReplyDelete
  8. btl tu anonymous (no2)...
    Allah S.W.T bg otak suruh pk!!!
    Jgn nak membabi buta jer!!!!
    Ilmu cetek ada hati nak challenge org yg level lagi tinggi!cermin diri tu skit brader........
    Dunia dh akhir zaman...ulama' pun blh d'main2kan
    hahaha ape pun kita kene open & terima hakikat
    kalau dh mmg kaki ampu..kentut pun wangi..silap2 taik pun depa sggup mkn
    ni smua mainan dunia
    jgn tertipu wahai BRADER2 sekalian...
    -independent-

    ReplyDelete
  9. Salam untuk tuan dan pembaca ,
    Sila lihat peruntukan undang-undang yang saya petik dari negeri cik siti wan kembang, yang tidak digunakan ke atas mereka yang membuat gambaran-gambaran seperti gambar di atas: mungkin ramai yang masih tidak tahu mengenai kewujudan peruntukan ini.

    ENAKMEN 2 TAHUN 1985
    ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1985

    BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN


    Seksyen 24. Takfir.
    (1) Sesiapa yang mengatakan atau mengaitkan melalui kata-kata, sama ada bertutur atau tulisan, atau melalui isyarat, atau melalui gambaran yang boleh dilihat atau melalui apa-apa perbuatan, kegiatan atau kelakuan, atau dengan mengelola, mengalak atau memperaturkan apa-apa kegiatan, atau selainnya dengan apa jua cara bahawa mana-mana orang yang menganuti Agama Islam, atau orang-orang yang tergolong dalam mana-mana kumpulan, kelas atau perihalan orang-orang yang menganuti Agama Islam-
    (i) adalah orang kafir, atau
    (ii) telah berhenti menganuti Agama Islam, atau
    (iii) tidak patut diterima, atau tidak dapat diterima, sebagai menganuti Agama Islam, atau
    (iv) tidak mempercayai, mengikuti, menganuti atau tergolong dalam Agama Islam,

    adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukum penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya:

    Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak boleh dipakai bagi -

    (a) apa-apa perkara yang dilakukan oleh mana-mana pihak berkuasa Agama yang ditubuhkan, dibentuk atau dilantik oleh atau di bawah mana-mana Undang-undang bertulis dan yang diberikan oleh Undang-undang yang bertulis dengan kuasa memberi atau mengeluarkan apa-apa fatwa atau keputusan atau apa-apa perkara mengenai Agama Islam;

    (b) apa-apa perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang menurut atau mengikut apa-apa fatwa atau keputusan yang diberi atau dikeluarkan oleh pihak berkuasa Agama itu, sama ada fatwa atau keputusan itu adalah secara bertulis ataupun tidak, atau jika secara bertulis, sama ada ianya disiarkan dalam Warta ataupun tidak.

    (2) Sesiapa yang mentafsir secara menyeleweng mana-mana fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Agama adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.


    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  10. -independent-

    orang level tinggi ? ulama ? sapa tu ?

    jangan ko kata nik ajis, sebab dia takde level pun, nak kata ulama pun susah ..

    jgn tertipu wahai BRADER2 ahlulPAS sekalian...

    antipurapura

    ReplyDelete
  11. Anonymous no2...

    Ko nak semua org percaya ulama Pas sesat tu..sorry bro. ape taraf ular dlm semak pas tu. sekadar pencipta agama sesat tu yg ko nak samakan level mereka seperti taraf iman shafie...jangan buat lawak la.
    suruh mereka2 tu berlajar agama islam yg betul..dan ko yg dah sesat tu bawa2 la bertaubat. jangan nak hanyutkan org lain dengan fantasi Ulama agama sesat pas tu ye..

    ReplyDelete
  12. sembang mcm ko punyer islam jer yg btl
    mengaji quran pun xtau nak ckp banyak plak
    x payah la ko nak condemn2 org brader...
    condemn plak bangsa & seagama sendri
    ape cerita brader...yahudi pun x mcm lu brader
    kalau lu rasa islam lu islam yg btl
    apsal lu condemn2 org brader..islam ajar suruh condemn saudara sendri ke brader??????????????
    bagi dalil ckit brader
    kata bijak sangat..gua nak tgk bijak/lg bangang dari keldai
    hehehe.....

    ReplyDelete