Saturday, 31 July 2010

UMAT ISLAM JANGAN LEKA : DATO A. KADIR JASIN !!!




AMAT elok kita berbahas mengenai perpaduan umat Islam di negara kita kerana tanpa perpaduan, umat Islam tidak akan mampu bertahan.

Sekarang mungkin mudah kita mengamalkan Islam. Jika dibandingkan dengan banyak negara Islam, kita di Malaysia cukup bernasib baik.

Tetapi janganlah kita sekali-kali menganggap keselesaan itu datang bergolek dan akan kekal selama-lamanya.

Percubaan mengawal kebebasan umat Islam Malaysia dan menguji akidah mereka sudah pun berlaku cuma tidak secara terbuka atau dihebohkan.

Misalnya sudah ada masjid dan surau di kawasan bercampur yang “terpaksa” merendahkan bunyi azan. Cadangan membina masjid dan surau di kawasan seperti itu semakin dipersoalkan. Kini, penggunaan kalimah Allah di seluruh pelosok negara turut dituntut oleh Kristian Roman Katolik.

Umat Islam Malaysia Bertuah

Sebenarnya, sebagai umat Islam, kita di Malaysia amat bertuah. Hatta kedudukan negara kita di segi geografi pun membantu. Waktu solat dan berpuasa hampir tidak berubah. Kalau berganjak pun, beberapa minit sahaja.

Adakah terfikir oleh kita untuk bangun Subuh jam 3.46 pagi kerana jam 6.02 pagi habis waktu atau tunggu hingga jam 11.09 malam untuk menunaikan sembahyang isyak?

Di mana saya berada sekarang di Eropah, itulah kedudukannya. Masuk zuhur 1.33 petang dan Asar 5.37. Kini musim panas, jadi siang hari panjang. Maka sebab itulah jam 9.02 malam baru Magrib. Kalau puasa pun macam itu – dari jam 6 pagi hingga 9 malam.

Tetapi, alhamdulillah Islam tidak tercorot macam dulu lagi walaupun terus tercabar. Masa saya awal-awal menjelajah dunia menjalankan tugas bermula tahun 1970an, kesedaran mengenai Islam amat terhad.

Kalau bukan dalam kapal terbang negara Islam, tidak ada makanan halal. Hari ini naiklah kapal terbang milik siapa pun, kecuali dari tempat terpencil, kita boleh pesan “Muslim meal” (makanan Islam).

Kebetulan, kesedaran mengenai Islam di kalangan syarikat penerbangan khasnya dan negara-negara bukan Islam bermula sekitar pertengahan tahun 1970an.

Ia dicetuskan oleh sekatan pengeluaran minyak oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Petroliam Arab (OAPEC) pada bulan Oktober, 1973 sebagai membantah perbuatan Amerika menggantikan senjata tentera Israel yang musnah dalam perang “Yum Kippur”.

Pada mulanya tentera negara Zionis tewas dan wilayah Palestin dirampas tentera Arab. Tetapi apabila senjata mereka yang musnah diganti oleh Amerika, tentera Zionis menyerang balas dan menakluki banyak wilayah Arab.

Tindakan OAPEC menyekat bekalan hingga Mac, 1974 itu menyebabkan harga minyak naik 70 peratus dan mengancam kemelesetan ekonomi global. Dengan serta merta Amerika bertindak memerintahkan Israel berundur dari wilayah Mesir yang ditaklukinya. (Pada waktu itu, minyak mentah berharga tidak sampai AS$3 satu tong.)

Negara Islam Tidak Lagi Bersatu

Sejak itu, negara-negara Arab tidak lagi bersatu menghadapi Israel dan harapan mendapatkan balik bumi Palestin secara ketenteraan sudah tidak wujud lagi. Amerika dan sekutunya tidak akan membenarkan kemungkinan itu berlaku. Apatah lagi, banyak sekutu Amerika hari ini adalah negara-negara Arab.

Jadi, kita di Malaysia janganlah seronok sangat berpolitik dan berpolemik hingga apa yang kita kendung berciciran dan apa yang kita kejar tak dapat. Jangan lupa, tak sampai 60 peratus penduduk Malaysia adalah Islam.

Di negara tempat saya berada ini (untuk melawat cucu – tiga orang), pada bulan November tahun lalu mereka mengadakan pungutan suara dan berjaya mendapat sokongan mengharamkan pembinaan menara di masjid-masjid.

Gerakan anti orang Islam semakin menjadi-jadi di Eropah berpunca daripada kebimbangan meningkatnya bilangan penduduk Islam di benua ini. Ia adalah reaksi politik Judeo-Christian Eropah (termasuk Amerika) terhadap Islam sejak zaman berzaman.

Inilah akibatnya apabila orang Islam tidak ada kuasa dan menjadi kelompok minoriti. Walaupun mereka hidup secara aman dan menyumbang kepada negara mereka menetap, hak mereka tetap dikawal dan dihadkan.

Berbaik Tapi Ada Had

Tetapi kita di Malaysia tidak tegah penganut agama lain membina tempat ibadat hingga ada yang melampau-lampau membina tempat ibadat tanpa kebenaran dan secara haram.

Jadi ingatlah, jangan kerana gilakan kuasa, tak kira kuasa politik atau ekonomi, kita memperjudikan hak dan kedudukan kita sebagai orang Islam.

Jangan kita jadi macam umat Islam di banyak negara Islam yang sudah dicucuk hidungnya oleh imperialis ekonomi dan ketenteraan Barat, atau diperkotak-katikkan oleh Muslim liberal yang mengamalkan konsep kebebasan Judeo-Christian Eropah.

Posted by A KADIR JASIN
at 11:49 AM 4 comments
Wednesday, July 28, 2010


Penghuni Gua : Fikirkan umat islam dan Melayu Malaysia. fikirkan dan ingat. Kita sentiasa diserang. Sebab , banyak sangat kita beri muka dan berlembut dalam perkara perundangan. Lihat aje Tony Pua dan Wee ka Siong. Kalau zaman Tun Mahathir, bungkus dah di ISA kan mereka ini kerana kepala mereka bertambah besar.

2. Cukup-cukuplah dengan amaran. PG mahukan tindakan keras dan tegas dari kerajaan. Bukan hanya ucapan lunak yang hanya nak sedapkan telinga dan main selamat aje. Keselamatan negara dan bangsa perlu diutamakan.

SELAMAT HARI PAHLAWAN !!!!



SEMUGA WIRA NEGARA TERUS DIRAHMATI ALLAH. WIRA YANG TELAH TIADA , DI DOAKAN SEMUGA ALLAH MENEMPATKAN MEREKA DI TEMPAT YANG TERBAIK. AMIN

RIADAH KUDA DI AYER KEROH MELAKA !



Pagi ini jam 9 hingga jam 1030, PG dapat juga mencuri masa untuk menunggang kuda bernama Mummyjane. Dapatlah menunggangnya sejauh 12 km di sekitar Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Banyak juga aktiviti yang PG lihat terdapat di dalam hutan rekreasi ini seperti aktiviti berbasikal, berjogging, sukaneka Jabatan Hasil dalam Negeri dan lawatan pelancung dari dalam dan luar negara.

2. Melawatlah ke Melaka. Anda seperti melawat Malaysia keseluruhannya. Semuanya ada di Melaka. Sesuai untuk pelancungan keluarga.

Friday, 30 July 2010

MAHFUZ CAKAP PASAL FDI ? : KIH KIH KIH, BIAR BETUL !!!!


Dipetik dari : Malaysia Instinct Com


Bukanlah kita nak menghina Mahfuz atau PAS, tetapi kita tak dapat menahan ketawa bila Mahfuz yang hanya mempunyai kelulusan SRP mempersoalkan perihal ekonomi.

Bukannya ekonomi rumahtangga seperti beras, gula dan minyak di dapur rumahnya, tetapi ekonomi negara. Lebih dari itu, bukan pula berkenaan harga gula atau minyak di pasaran tetapi tentang pelaburan langsung asing (FDI).

Tetapi, tak perlulah kita ketawakan Mahfuz sampai terguling-guling, tak baik. Lebih baik kita tumpukan kepada penjelasan kenapa FDI merosot sebanyak 81 peratus kepada RM4.43 billion pada 2009 berbanding RM23.47 billion pada 2008.

Untuk memudahkan pemahaman Mahfuz, kita terangkan dalam bahasa yang boleh difahami oleh rakyat biasa. Malaysia kini tidak lagi menumpukan kepada industri berasaskan tenaga buruh. Sebaliknya, negara menekankan perindustrian berasaskan kemahiran dan pengalaman.

Langkah ini diambil bagi mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing. Ini antara salah satu sebab yang mungkin menyebabkan syarikat-syarikat yang mementingkan kos buruh yang rendah tidak memilih Malaysia.

Bagaimanapun, langkah ini adalah tepat dan memberi manfaat kepada Malaysia dari segi sosial dan jangka panjang.

Krisis ekonomi dunia juga memberi kesan langsung kepada FDI. Sebelum ini, kebanyakan syarikat-syarikat yang melabur di Malaysia melaburkan kembali keuntungan mereka di sini. Tetapi, memandangkan seluruh negara di dunia, termasuk negara-negara kuasa besar juga terjejas dengan krisis ini, maka pelabur-pelabur perlu lebih teliti dalam menangani belanjawan syarikat.

Perancangan, pemantauan dan kawalan kewangan lebih ketat dan dibuat terus oleh syarikat induk di negara-negara masing-masing. Oleh yang demikian kebanyakan syarikat-syarikat ini memilih untuk tidak melaburkan semula keuntungan mereka sebagai langkah menangani krisis ini.

Malaysia kini berada dalam proses transisi di mana Model Ekonomi Baru baru saja diperkenalkan. Pelabur-pelabur perlu mengambil masa memahami dan menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang dilakukan oleh kerajaan.

Selain itu, tanggungjawab membawa masuk FDI juga lebih banyak dipikul oleh kerajaan negeri. Kerajaan negeri pada ketika ini mengambil langkah kurang aktif dalam mempromosi pelaburan kerana menunggu masa yang lebih sesuai iaitu setelah pelabur-pelabur membiasakan diri dengan perubahan-perubahan yang dibuat serta apabila keadaan ekonomi menjadi lebih stabil.

Untuk pengetahuan Mahfuz, khususnya, dan pembangkang, amnya, merancang FDI memerlukan masa yang panjang, bukannya seperti melabur dalam Kohilal. Kita percaya FDI akan meningkat pada tahun 2010 ini, dan akan terus melonjak di tahun hadapan bila RMK-10 mula dilaksanakan pada Januari nanti.

Kerajaan sedang berusaha sedaya upaya membawa Malaysia mengharungi krisis ekonomi dunia dengan tenang dan bergaya. Namun, sedar atau tidak, usaha kerajaan itu seringkali disabotaj oleh puak-puak Mahfuz juga.

Dalam kerajaan bertungkus lumus mentadbir dan berkhidmat agar negara ini terus maju, aman dan makmur, puak-puak Mahfuz atau pembangkang pula tak jemu-jemu cuba membuat onar dan huru-hara.
Tidak cukup dengan menghasut dan menyukarkan kerajaan mengambil langkah terbaik untuk Malaysia, misalnya dalam soal pengurangan subsidi, pembangkang juga turut memburukkan nama Malaysia tanpa henti di luar negara.

Tindakan pembangkang mengecam dan menghina sistem, undang-undang dan kerajaan sendiri pastinya membangkitkan keraguan di kalangan pelabur luar negara. Kerana tindakan pembangkang ini, kerajaan terpaksa memperuntukkan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk mentadbir, untuk menangani perkara sampingan seperti menangkis tohmahan dan membersihkan nama Malaysia di mata dunia.

Semua ini semata-mata kerana kerajaan ingin memastikan negara dan rakyat Malaysia tidak terjejas dengan tindakan tidak bertanggungjawab dan khianat oleh puak pembangkang. Justeru, jika FDI Malaysia tidak dapat dilonjakkan pada tahun hadapan mengikut jangkaan, pembangkang tidak boleh tidak, harus dipersalahkan.
Daripada mengutuk dan menghentam kerajaan pusat, ada baiknya jika Mahfuz menegur kerajaan di negeri yang diperintah oleh pihaknya, khasnya Kedah yang juga negerinya. Rumah Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah tidaklah begitu jauh dari Pokok Sena. Untuk menegur Ustaz Azizan, bukan sukar, jika ada keikhlasan, kemahuan dan sedikit akal.

Tanyalah Ustaz Azizan, apa yang terjadi dengan Kulim Hi-Tech Park yang merupakan cabang FDI negeri Kedah yang suatu ketika dulu menjadi kebanggaan negeri dan negara?

Tanyalah Ustaz Azizan, apakah yang terjadi atau telah dicapai sejak PAS memerintah Kedah dan menendang secara langsung dan tidak langsung mereka yang bertanggungjawab membawa kejayaan kepada Kulim Hi-Tech Park?

Kita ingin melihat senarai jelas pelaburan baru yang diomongkan oleh pemimpin PAS Kedah. Umum tahu bahawa satu-satunya pelaburan baru yang besar iaitu First Solar yang masuk setelah PAS memerintah juga bukanlah atas usaha PAS.

Perundingan dan kata putus pelaburan First Solar ke Kulim Hi-Tech Park telah dibuat di era Dato’ Ahmad Shukri Tajuddin lagi, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kulim Techonology Park Corporation sebelum ini.

Dato’ Ahmad Shukri telah ditendang oleh PAS dari Kulim Hi-Tech Park dengan meninggalkan pelaburan berjumlah RM23 billion.

Sejak Kulim Hi-Tech Park diterajui oleh suami kepada sepupu Ustaz Azizan, iaitu En. Sobri, yang kini bergelar Presiden syarikat, tiada satu pun pelaburan baru yang masuk.

Sedangkan orang kuat En. Sobri ini, iaitu En. Annuar Saffar yang dinasihatkan berhenti oleh Teknologi Park Malaysia kerana korupsi suatu ketika dahulu, sering keluar negara menghabiskan duit syarikat dan duit negeri konon untuk mempromosi projek ini.

Yang ada di Kulim Hi-Tech Park kini hanyalah masalah demi masalah serta rungutan oleh para pelabur sedia ada. Rungutan juga boleh didengari di kalangan pekerja, yang selalunya berbunyi, ‘tak ada kerja’. Yang ada hanyalah tazkirah dan majlis-majlis agama.
Kulim Hi-Tech Park hari ini telah bertukar menjadi sekolah agama dewasa dan hanya berurusan dengan pelaburan sesudah mati. Ini terbukti bila penilaian prestasi pekerja juga dibuat bukan atas dasar kredibiliti dan dedikasi tetapi atas dasar ‘penampilan luaran’. Mana-mana pekerja wanita yang tak memakai tudung, walaupun rajin akan dianggap tidak bekerja.

Kita sudah dapat mengagak jawapan Mahfuz dan PAS Kedah sekiranya prestasi Kulim Hi-Tech Park ini dipersoalkan. Jawapan mereka pastinya akan berbunyi lebih kurang sama dengan jawapan kerajaan pusat mengenai masalah penurunan jumlah FDI di Malaysia juga.

Namun, membandingkan Malaysia dengan Kedah adalah tindakan dangkal. Malaysia terdiri dari 13 negeri dan 1 wilayah yang mana bukan semuanya di bawah kuasa penuh kerajaan pusat. Apatah lagi FDI selalunya adalah tanggungjawab langsung kerajaan negeri.

Kerajaan pusat tidak dapat membantu Kedah dan negeri-negeri di bawah kuasa pembangkang secara langsung. Dan kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa pelabur juga sebenarnya agak keberatan melabur di negeri-negeri di bawah pembangkang kerana tidak yakin dengan kredibiliti pembangkang.

Buktinya, di kala Kulim Hi-Tech Park di bawah Presiden baru ketandusan pelabur, Senai Hi-Tech Park di Johor berjaya menarik pelabur-pelabur baru walaupun baru setahun jagung beroperasi.

Setakat hari ini, Senai telah berjaya membawa masuk 3 projek iaitu EQ Solar (USD 500 million), MOX-Linde (RM60 million) dan STX Technology (USD 500million).

Ini adalah satu jumlah yang besar bagi sebuah projek baru. Sedangkan, perundingan bagi FDI selalunya berjalan sehingga 2 – 3 tahun sebelum berjaya memeterai perjanjian. Adalah difahamkan banyak lagi FDI yang telah bersedia masuk ke Senai apabila infrastruktur siap sepenuhnya nanti.

Justeru, apakah alasan PAS dalam membandingkan pencapaian Senai dalam masa setahun dengan Kulim Hi-Tech Park yang ditinggalkan dalam keadaan lengkap dan tersedia oleh Ketua Eksekutif terdahulu?

Jawapannya ialah tendangan PAS begitu kuat sehingga Dato’ Ahmad Shukri terdampar di Senai, Johor.

Inilah bukti kedangkalan PAS dalam membuat keputusan. Kerana ego dan jahil, PAS telah menendang aset berharga negeri ke negeri lain.

Andainya peneraju Kulim Hi-Tech Park adalah orang yang sama, pastinya semua pelaburan baru itu menjadi milik Kedah, bukan Johor atau milik PAS, bukan BN.

Oleh itu, kepada Mahfuz, dan keseluruhan pemimpin serta penyokong pembangkang atau pembangang, hentikanlah menghentam kerajaan mengenai perkara yang anda sendiri ‘tak faham kepala ekor’, kata orang Kedah.
Kalau tak tahu buat kerja, sekurang-kurangnya janganlah ganggu kerajaan nak bekerja.

Penghuni Gua : PG pun memang tergelak berguling-guling bila mendengar dan membaca pandangan Mahfuz mengenai FDI. Mulanya PG ada juga berdetik dalam hati. Mungkin Mahfuz ini tak sekolah kot. Rupanya betul , kurang sekolahnya. tapi cakapnya, wah wah wah !!!! Kalah Profesor di universiti. Tapi bab FDI baru nampak pandanganya selekeh sangat. Tetapi PG nak komen pun, PG tak le pandai dan pakar mengenai FDI. Jadi PG diam aje le.

2. Bila baca tulisan penulis ini baru le PG lebih faham mengenai FDI. Campur lagi nak tergelak bila mengetahui, si mahfuz ini hanya kelulusan SRP aje rupanya. Patut le dalam blognya pun di ruangan profilnya tak ada tentang kelulusannya walaupun gambar di blognya bukan main gahnya dia dengan pakaian istiadat yang dulunya haram bagi PAS. kih kih kih.

3. Jadi kepada Mahfuz, belajar le lebih sikit. Kalau tak reti mengenai sesuatu isu, baik diam atau tanya lebih sikit. Atau minta pakar-pakar PAS tu tulis atas kertas. Jadi boleh le Si Mahfuz ini bacakan. nampak le cerdik sikit. Biarlah pun orang kata dia burong kakatua. Tetapi ada le nampak bijak sikit.

4. Kepada si Mahfuz juga , PG cadangkan beliau rujuk kepada tulisan pakar ekonomi dan seorang pensyarah ekonomi di UKM jika nak bercakap tentang FDI dan supaya kita tidak diketawakan. Sila baca tulisan pensyarah ini di KLIK

Nota : Kepada Mahfuz dan pemimpin PAS yang serupa dengannya, kalau dah bijak sangat , baik pulihkan KOHILAL dan gantikan duit yang lesap tu. Nampak le cerdik sikit. Cakap kosong aje buat apa. Macam tin sardin aje!!!!!Kih kih kih kih !!!!!!!!!!!!

Juga PG nak tanya Mahfuz, berapa banyak pemimpin PAS Kelantan dan Kedah dah bawa masuk pelaburan asing di negeri taklukan mereka? Tak sampai o.ooo1 % . Itu pun nasib baik ada sisa-sisa dari kerajaan BN dahulu contohnya di Kedah. Harap ke Mahfuz!!!!!!!!!!!!!Tin kosong aje le!!!!! Duit Baitul mal PAS pun pada tahun 1980an pun tak terurus dan dikapor oleh penasihat undang-undangnya dan kemudian senyap menyepi sehingga sekarang ( Berjuta banyaknya ) . Hanya ditulis dalam buku 555 sahaja. Sudahlah mahfuz. Naik menyampah bila cakap tak seru[a bikin.

MALAYAN LAW JOURNAL : KES TUNTUTAN INSURAN KEMALANGAN !


[1996] 2 MLJ 118
Union Insurance Malaysia Sdn Bhd v Chan You Young
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — CIVIL APPEAL NO 12–26 OF
1994

Judges ABDUL MALIK ISHAK J

Date 25 SEPTEMBER 1995
Citation [1996] 2 MLJ 118


Catchwords:

Insurance — Motor insurance — Construction of policy — Third party motor insurance — Husband was owner of car and policyholder — Son was authorized driver — Wife travelling in motor car as passenger — On her way to work — Accident occurred as a result of son’s negligence — No passenger liability cover — Rule of construction to be adopted — Whether insurer liable to indemnify husband as policyholder — Whether wife was a member of the son’s household — Whether wife was a passenger ‘carried by reason of or in pursuance of a contract of employment’

Insurance — Motor insurance — Compulsory third party motor insurance — Wife travelling in husband’s motor car as passenger — Son was authorized driver — Accident occurred as a result of son’s negligence — Whether wife could sue husband and son — Whether husband a tortfeasor — Whether wife’s action barred by s 9(2) of Married Women Act 1957

Insurance — Motor insurance — Compulsory third party motor insurance — Authorized driver covered by policy — Whether court could substitute the words ‘authorized driver’ for the the word ‘policyholder’ in every relevant place of policy to determine liability of authorized driver
Tort — Action against spouse — Statute preventing action against spouse in tort — Whether statute applicable in wife’s action against husband based on vicarious liability — Married Women Act 1957 s 9(2)

Bahasa Malaysia Summary:
[Bahasa Malaysia summary
Dalam kes ini, seorang yang bernama Puan Chan You Young (‘penentang’) telah mengalami kecederaan apabila kereta yang dia naik dalam perjalanan untuk bekerja terlibat dalam suatu kemalangan. Kereta tersebut dipunyai oleh suaminya dan ia dipandu oleh anak lelakinya dengan kebenaran dan autoriti suaminya pada masa material itu. Kereta itu diinsuranskan oleh Union Insurance Malaysia Sdn Bhd (‘perayu’) di bawah satu polisi (‘polisi tersebut’) yang melindungi si suami, dan menurut fasal 2(a) s II polisi tersebut, anak lelakinya yang merupakan pemandu yang diberikuasa.

Penentang telah berjaya mendakwa suaminya sebagai pemunya, dan anak lelakinya sebagai pemandu cuai kereta tersebut. Walau bagaimanapun, perayu, sebagai penginsurans, enggan memuaskan penghakiman yang telah diperolehi oleh penentang. Ekoran itu, penentang telah memfailkan prosiding mendapat kembali terhadap perayu di bawah s 96 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (‘APJ’) di mahkamah sesyen. Tuntutannya telah dibenarkan. Perayu merayu kepada Mahkamah Tinggi.

Peguam perayu berhujah bahawa perayu tidak bertanggungan untuk menanggung rugi suami penentang kerana liputan di bawah polisi tersebut tidak merangkumi penentang, dan bahawa suami penentang telah gagal untuk mendapatkan suatu liputan liabiliti penumpang. Peguam perayu selanjutnya berhujah bahawa penghakiman adalah tidak sah atas alasan bahawa penentang telah mendakwa suaminya atas tort yang dikatakan telah dilakukan olehnya, dan tindakan penentang tersebut tidak boleh dikekalkan akibat s 9(2) Akta Perempuan Bersuami 1957 (‘APB’).

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Fasal 1(a) s II polisi tersebut yang membentangkan takat liputan liability pihak ketiga secara umum, memperuntukkan bahawa perayu-perayu akan menanggung rugi pemegang polisi berkaitan dengan kecederaan yang dialami oleh pihak ketiga yang bangkit daripada kegunaan kereta pemegang polisi, tertakluk kepada dua kekecualian, iaitu (i) jika pihak ketiga tercedera ‘dalam perjalanan penggajiannya oleh pemegang polisi’; dan (ii) jika pihak ketiga sebagai seorang penumpang ‘merupakan seorangahli keluarga pemgang polisi’ (lihat ms 127D–E).
(2) Walaupun fasal 1(a) s II adalah senyap sejauh mana ia adalah berkenaan dengan pemandu yang diberikuasa, mahkamah harus menggantikan perkataan ‘pemandu yang diberikuasa’ dengan perkataan ‘pemegang polisi’ di setiap tempat yang relevan, untuk menentukan liabiliti pemandu yang diberikuasa (lihat ms 127I); Richards v Cox[1943] 1 KB 139 dan Lim Eng Yew v United Oriental Assurance Sdn Bhd [1989] 1 MLJ 454 diikut.

(3) Dalam kes ini, penentang merupakan seorang pihak ketiga untuk tujuan polisi, dan dia tidak cedera dalam perjalanan penggajian dengan anak lelakinya, pemandu yang diberikuasa tersebut, dalam maksud kekecualian pertama kepada fasal 1(a), seperti mana yang telah diganti. Atas alasan ini sahaja, penentang dirangkumi oleh fasal 1(a) polisi itu, dan adalah berhak untuk menuntut di bawah polisi tersebut (lihat ms 131D–E).
(4) Dalam pentafsiran suatu dokumen, rukun pentafsiran contra proferentum akan terpakai di mana perkataan-perkataan dalam maksud biasa mereka menimbulkan dua pentafsiran yang jelas berbeza yang menyebabkan suatu ketaksaan. Dengan memakai rukun contra proferentum kepada polisi tersebut dalam kes ini, penentang bukan seorang ahli keluarga anak lelakinya dalam maksud kekecualian (ii) kepada fasal 1(a), seperti mana yang telah diganti, kerana anak lelakinya bukan merupakan ketua keluarga penentang. Atas alasan ini juga, perayu harus memuaskan penghakiman yang diperolehi (lihat ms 132C dan 133F); Cornish v The Accident Insurance Co Ltd(1889) 23 QBD 453 dan Malaysia National Insurance Sdn Bhd v Abdul Aziz bin Mohamed Daud [1979] 2 MLJ 29 diikut.

(5) Fasal 9 pengendorsan D polisi tersebut memperuntukkan, antara lain, bahawa perayu-perayu tidak akan bertanggungjawab atas kecederaan fizikal kepada mana-mana orang (melainkan seorang penumpang yang dibawa atas sebab atau menurut satu kontrak pekerjaan) yang dibawa dalam kenderaan yang berkenaan itu. Dengan memakai rukun contra proferentum kepada perkataan-perkataan dalam kurungan, penentang boleh sama ada mempunyai kontrak pekerjaan dengan suaminya, iaitu pemegang polisi, atau majikannya. Oleh itu, penentang berada dalam kereta suaminya ‘atas sebab kontrak pekerjaan dengan majikannya’ (lihat ms 127C dan 133H); Izzard v Universal Insurance Co [1937] 3 All ER 79 dan Wong Kon Poh v New India Assurance Co Ltd [1970] 2 MLJ 287 diikut.

(6) Jika perayu ingin mengecualikan penentang, ketakmasukan begitu harus dinyatakan secara nyata dalam polisi dalam terma jelas (lihat ms 134A).
(7) Suatu lagi pendekatan yang boleh dipakai dalam pentafsiran fasal 9 Pengendorsan D ialah dengan mempertimbangkan perkataan-perkataan dalam kurungan secara penyarak. Pentafsiran ini bermakna ungkapan ‘atas sebab satu kontrak pekerjaan’ mesti dibaca secara penyarak daripada ungkapan ‘menurut satu kontrak pekerjaan’ akibat kehadiran perkataan ‘atau’ antara dua ungkapan itu. Ekoran itu, atas sebab wujudnya suatu kontrak pekerjaan dengan satu pihak ketiga, penentang boleh mendapat penghakiman terhadap perayu (lihat ms 135E).

(8) Mengikut terma polisi tersebut, penentang boleh menguatkuasakan polisi tersebut terhadap sama ada pemegang polisi (suaminya) atau pemandu yang diberikuasa (anak lelakinya), dan pihak yang harus membayar pada akhirnya adalah perayu (lihat ms 136E).

(9) Seksyen 9(2) APB mencegah tindakan dalam tort terhadap seseorang suami/isteri. Dalam kes ini, tindakan penentang terhadap suaminya bukan berasaskan tindakan dalam tort tetapi atas liabiliti vikarius suaminya akibat kecuaian pemandu yang diberikuasa, iaitu anak lelakinya. Suami bukanlah pelaku tort. Oleh kerana tort ‘liabiliti vikarius’ tidak wujud, s 9(2) tidak terpakai (lihat ms 136H dan 137A–B).
(10) Selanjutnya, tindakan penentang yang merupakan seorang isteri juga boleh ditafsirkan sebagai suatu tindakan untuk melindungi hartanya yang dibenarkan di bawah s 9(1) APB (lihat ms 139I).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

TUN LING LIONG SIK !!!!!






PUTRAJAYA 29 Julai – Dalam apa yang dianggap mengejutkan, bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) melibatkan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion, hampir lapan tahun lalu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tun Ling telah ditangkap dan tuduh di Mahkamah semalam atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dalam isu PKFZ.

2. PG ucap tahniah kepada semua pihak berkuasa kerana bertindak dengan tegas tidak mengira siapa walaupun berbagai cemuhan diberikan kepada kerajaan dalam menangani isu ini. Tetapi kerajaan Malaysia tetap tegas dan terus bertindak samada cepat atau mengambil masa sedikit. Yang mustahaknya tindakan.

3. Ini juga menunjukkan kerajaan tidak melindungi sesiapa. Kecil besar, dilayan sama sahaja. Bukan seperti parti pembangkang. Jika lambat bertindak atas sebarang isu rasuah dan jenayah maka kerajaan dituduh melindungi seseatu pihak. Jika ada pemimpin kerajaan dituduh di mahkamah , maka dikatanya kerajaan yang ada korup dan sebagainya. Dan jika ada pemimpin mereka pula disiasat atau dituduh di mahkamah maka mereka menuduh pula kerajaan ada komplot untuk menjatuhkan mereka.

4. Sehinggakan masa nak mengambil kenyataan pun mesti waktu pejabat dan campurtangan Menteri Besar. Dalam kes Tun Ling Liong Sik atau sesiapa sahaja pemimpin kerajaan, tak ada pulak PG dengar suara yang sama atau pemimpin yang dituduh nak menyalahkan sesiapa atau bising-bising. Mereka lebih gentelmen dan berani menghadapinya.

5. Itulah perbezaannya. Apa pun , tahniah kepada semua pihak yang berjaya membawa mereka yang bersalah dalam isu PKFZ ini ke mahkamah. PG dengar ramai lagi pun yang akan di dakwa di masa depan berkaitan kes ini.

Nota : Yang bersalah tetap bersalah. tetapi PG tetap menghormati perjuangan Tun Ling semasa beliau memimpin MCA terutama semasa UMNO diharamkan oleh mahkamah atas perebutan jawatan Presiden UMNO ketika itu antara Tun Mahathir dan YBM Tg Razaleigh Hamzah. Penghormatan PG ke atas Tun Ling adalah kerana kejujuran dan kesetiaannya kepada BN dan negera di mana Tun Mahathir telah menyerahkan kepadanya Pengerusi BN dan Pemangku PM ( kalau tak silap ) selama hampir kurang 4 jam sehinggalah secara teknikalnya UMNO ( baru ) ditubuhkan dan diterima semula kedalam BN dan Tun Ling kemudiannya menyerahkan semula kedua jawatan ini kepada Tun Mahathir selepas 4 jam.

................Ramai yang tidak tahu, bahawa Tun Ling secara teknikalnya dan Presiden MCA ini sebenarnya telah menjadi Pengerusi BN dan PM Malaysia walaupun seketika ( 4 jam ). Kejujurannya menyerahkan secara sukarela 2 jawatan tersebut kepada Tun Mahathir amat PG hormati. Apa akan jadi sekiranya Tun Ling tidak menyerahkan kembali 2 jawatan berkenaan? .......Kita tidak boleh buat apa-apa pun pada masa dan keadaan tersebut. Itulah tahap kesetiaan dan semangat setiakawan Tun Ling dalam BN...............Sebagai pemimpin negara dan politik , PG amat menghormati beliau. Hal peribadi dan kes ini tanggunglah sendiri jika benar beliau lakukan. Kita sama-sama nantikan keputusan akhir mahkamah. Sekadar catatan.....

Thursday, 29 July 2010

GELI-GELI PETANG : LUBANG PASIR PUNYA HAL !!!!

Dipetik dari : Malaysia Instinct Com


Penghuni Gua : Wow. Semakin wangi Selangor selepas ini dan lagi banyak le cukai dapat dikutip oleh kerajaan negeri Selangor selepas cukai pasir.

Nota : Kerajaan Selangor sekarang dah berulang kali war-warkan Selangor berjaya mengutip cukai pasir yang amat tinggi berbanding kerajaan terdahulu. Itu aje modalnya. Tetapi PG nak komen satu aje. Mengapa cukai dapat dikutip tinggi semasa kerajaan PR? Kerana banyak lubang pasir di gali oleh kerajaan PR Selangor berbanding dengan kerajaan terdahulu. Itu ajelah analogi mudahnya. Kih kih kih. Jadi jangan dok temberang lah............................. Jadi tak ke bodoh pemimpin mereka kerana menjaja dapat kutip cukai tinggi!!!! Ia bukan kecekapan, tetapi lebih korek berbanding dahulu..........................Kih kih kih!!!! Lebih korek lebih cukai!!!!!!!!!!!

HUBUNGAN INTIM SAIFUL : DSAI CEMBURU KOT !!!





Kongsi 0Pemindahan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif dari Bahagian Pendakwaan, Pejabat Peguam Negara berhubung dakwaan 'hubungan romantis' dengan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah yang kedua buatnya dalam tempoh beberapa bulan.

Menurut sumber, beberapa bulan lalu, Farah pernah dipindahkan dari Bahagian Rayuan dan Perbicaraan kepada Unit Jenayah Komersial di bawah Bahagian Pendakwaan setelah dinaikkan pangkat. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Bukan main lagi Peguam dan blogger PR penjilat DSAI mengwar-warkan hubungan intim saiful dengan DPP yang mengendalikan kes liwat DSAI. Macam nak rak dibuatnya.

2. DSAI pun tumpang sekaki dengan memaparkan sehingga dua entri mengenai berita ini di blognya iaitu di KLIK KLIK..

3. Apa salah saiful jalinkan hubungan ini? Tak salah pun. Dan tindakan Peguam Negara menggugurkan DPP berkenaan juga baik bagi melicinkan kes berkenaan. DPP itu pun bukan berperanan apa pun. Hanya pencatit nota prosiding aje.

4. Apa masalahnya. DSAI pun nak lebih-lebih aje dalam hal ini. Sehinggakan 2 posting di paparkan dalam blognya mengenai ini.

5. CEMBURU kot DSAI ni. Kesian juga kepada seseorang tu!!!!. Orang lain bermadukan wanita....

MUNGKIN SUDAH TERMAKAN CILI, ITU YANG TERASA PEDASNYA !!!!!





Ahli majlis perbandaran Klang Tee Boon Hock hari ini menafikan dakwaan yang beliau menyalah-gunakan surat dan cop rasmi exco untuk mengeluarkan surat sokongan untuk mendapatkan kontrak bagi kroni dan anggota keluarganya . Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Panas, panas. Mungkin beliau sudah termakan cilinya. MB Selangor pun dah beri arahan semalam di mana exco dan semua ADUN PR dilarang keluarkan surat sokongan bagi sebarang urusan kontrak kecuali bagi mendapatkan biasiswa dan hal-hal kebajikan sahaja.

2. Maknanya , perkara di atas memang benar berlaku. Itu yang lelaki di atas sudah terasa pedasnya walaupun namanya tak disebut pun. Si bapa ayam pelindung lelaki ini, diam membisu aje? Mengapa ya?

Nota : Itu baru mendapat sedikit kuasa. Bagaimana agaknya jika menadapat lebih kuasa..............Jahanamlah negara ini. Mungkin ini contohnya pemerintahan ala Khalifah Umar Ibnu Aziz kot!!!!!!!!!!!!!!!Kih kih kih kih.................!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, 28 July 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES DADAH / PENGAKUAN TIDAK DIREKODKAN JENIS DAN AKIBAT PENGAKUAN !


[1996] 5 MLJ 285
Hassan bin Dollah v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (BRUNEI) — CRIMINAL APPEAL NO 2 OF 96

Judges ROBERTS CJ

Date 6 FEBRUARY 1996
Citation [1996] 5 MLJ 285


Catchwords:

Criminal Procedure — Plea of guilty — Duty of court — Failure of magistrate to record that the nature and consequences of defendant’s plea had been explained by himself to defendant — Effect of — Criminal Procedure Code s 175(2)

Criminal Procedure — Sentence — Consumption of controlled drugs — Second conviction — Whether magistrate obliged to consider the use of ss 262 or 263 of the Criminal Procedure Code in every case — Criminal Procedure Code ss 262 & 263 — Misuse of Drugs Act (Cap 27) s 6(b)

Bahasa Malaysia Summary:

Defendan mengaku salah di mahkamah majistret kepada dua pertuduhan di bawah s 6(b) Akta Penyalahgunaan Dadah (Cap 27) (‘Akta tersebut’) untuk penggunaan dadah yang dikawal. Defendan yang tidak diwakili semasa perbicaraan telah mempunyai dua sabitan dahulu, di antaranya suatu sabitan dalam tahun 1989 untuk kesalahan yang sama. Rekod prosiding di dalam mahkamah majistret menunjukkan bahawa kedua-dua pertuduhan tersebut telah dibaca dan diterangkan kepada defendan dalam bahasa Melayu dan sebagai jawapan kepada setiap pertuduhan defendan telah direkodkan sebagai menjawab ‘Memahami Pertuduhan. Mengaku Bersalah’.

Walaubagaimanapun, ianya tidak direkodkan samada jenis dan akibat pengakuan yang dibuat oleh defendan, telah diterangkan kepadanya. Defendan yang mengaku akan fakta-fakta dan kedua-dua sabitan dahulunya, telah memberi hujah-hujah peringanan setelah mana beliau dihukum tiga tahun penjara di atas pertuduhan pertama dan satu tahun penjara di atas pertuduhan kedua, kedua-dua hukuman dijalankan bersama. Defendan telah merayu terhadap kedua-dua sabitan dan hukuman. Semasa rayuan di hadapan Mahkamah Tinggi ianya telah dihujah inter alia untuk defendan bahawa majistret gagal mematuhi s 175(2) Kanun Prosedur Jenayah (‘KAJ’) dan meskipun hukuman mandatori minimum ditetapkan untuk kesalahan kedua atau berikutnya di bawah s 6(b) Akta tersebut, majistret sepatutnya mempertimbangkan kemungkinan penggunaan s 263 KAJ.

Diputuskan:
Diputuskan, membatalkan sabitan-sabitan dan hukuman-hukuman dan memerintahkan perbicaraan semula terhadap defendan di atas pertuduhan-pertuduhan yang sama:

(1) Di mana defendan mengaku bersalah dan adalah nyata di atas rekod bahawa pertuduhan telah dibaca dan diterangkan kepada defendan ianya mestilah dianggap, di dalam ketiadaan keterangan sebaliknya, bahawa pertuduhan tersebut telah dikemukakan kepada defendan dan unsur-unsur asas kesalahan telahpun diterangkan kepadanya. Jikalau pada peringkat kemudiannya, iannya jelas bahawa fakta-fakta tidak menyokong pertuduhan tersebut ataupun jika ada kemungkinan terdapatnya pembelaan kepada pertuduhan itu, majistret hendaklah mengakaskan pengakuan bersalah yang telah dicatatkan oleh beliau dan merekodkan satu pengakuan tidak bersalah oleh defendan (lihat ms 289H–290A).

(2) Ia adalah menjadi tugas seorang majistret bukan sahaja untuk memastikan bahawa rekod menunjukkan bahawa pertuduhan tersebut telahpun di baca, diterangkan dan difahami tetapi juga bahawa defendan memahami jenis dan akibat pengakuannya. Seksyen 175 KAJ mengenakan suatu tugas ke atas seorang majistret untuk merekodkan fakta bahawa s 175(2) KAJ telah dipatuhi. Tidak ada formula yang tetap untuk berbuat demikian dan adalah memadai jikalau rekod menunjukkan bahawa defendan telah memahami jenis dan akibat pengakuan beliau dan bahawa ini telah diterangkan kepadanya oleh majistret. Di dalam kes ini, walaupun majistret mungkin puas bahawa defendan telah memahami jenis dan akibat pengakuannya, oleh kerana beliau tidak merekodkan bahawa hal ini telah diterangkan kepada defendan sepertimana yang diperlukan oleh s 175(2) KAJ, sabitan tersebut dibatalkan dan perbicaraan semula diperintahkan di atas pertuduhan-pertuduhan yang sama (lihat ms 291B–E).

(3) Seorang majistret tidak diwajibkan merekodkan bahawa beliau telah mempertimbangkan kegunaan ss 262 atau 263 KAJ di dalam setiap kes. Sekiranya kemungkinan pemakaian seksyen-seksyen tersebut dibangkitkan, ia adalah betul jikalau majistret menyebutkannya, tetapi bukan sebaliknya. Sekiranya satu penalti minimum yang keras dikenakan di atas sabitan kedua untuk penggunaan dadah terkawal maka tidak boleh dikatakan kesalahan tersebut adalah jenis yang ringan. Adalah menjadi hal untuk mereka yang menggubal undang-undang dalam sesebuah negara untuk menentukan kesalahan-kesalahan mana yang harus dianggap serius oleh mahkamah, yang bertugas mentafsirkan dan memakai undang-undang tersebut. Mungkin ada keadaan-keadaan di mana ss 262 atau 263 KAJ boleh digunakan terhadap pesalah kali kedua atau berikutnya tetapi keadaan-keadaan ini adalah jarang (lihat ms 291H–292B).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

BILA SUNAT DAN YANG DISUNATKAN , DIWAJIBKAN : TUN MAHATHIR MOHAMAD !


Dipetik dari blog : Tun Mahathir Mohamad



By Dr. Mahathir Mohamad on July 26, 2010 5:49 PM 1.


Sejak kecil lagi saya diajar tentang perbezaan antara sunat dan wajib dalam Islam.

2. Yang sunat saya diberitahu jika dibuat berpahala tetapi tidak dibuat tidak berdosa. Sebaliknya yang wajib perlu dibuat jika tidak akan berdosa.

3. Sudah tentu awal-awal lagi saya diberitahu sembahyang lima waktu itu wajib. Tetapi kelonggaran diberi jika tidak sihat, jika dalam perjalanan, dalam kecemasan.

4. Jika tidak dapat berdiri boleh duduk semasa sembahyang, dalam perjalanan boleh jamak. Demikian juga dengan ibadat puasa, mengeluar zakat dan mengerja haji.

5. Islam tidak membebankan penganutnya. Oleh itu banyaklah amalan yang sunat, yang jika dilakukan mendapat pahala tetapi tidak berdosa jika tidak dilakukan.

6. Ramai orang Islam yang tidak puas hati dengan kelonggaran-kelonggaran yang diberi oleh Allah Subhanahuwata'ala Mereka lebih suka jika yang wajib ditambah dan yang sunat diwajibkan.

7. Ada yang sampai memaksa yang sunat dilakukan dan jika tidak, tidak Islam atau kurang Islam. Tidak ada kelonggaran yang dibenarkan.

8. Walaupun ini mungkin tidak jadi masalah kepada yang sudah Islam, tetapi ada orang bukan Islam yang takut memeluk agama Islam kerana "wajib" disunatkan.

9. Tetapi ada yang begitu keras mewajibkan "sunat" sehingga sanggup tidak menerima yang tidak mahu disunat memeluk agama Islam. Ketakutan ini lebih terdapat dikalangan wanita bukan Islam. Dipercayai wanita yang Islam pun ramai yang tidak disunatkan kerana ini adalah perkara yang tidak diwajibkan. Tetapi pihak tertentu berkeras berkenaan "sunat" bagi wanita yang memeluk agama Islam.

10. Kenapakah kita begitu tidak puas hati dengan kelonggaran yang diberi oleh Allah s.w.t. sehingga menolak hukum yang telah ditentukan oleh-Nya. Sesungguhnya banyaklah hukum Allah yang dialihkan terutama berkenaan fardhu kifayah supaya yang wajib menjadi sunat dan yang sunat diwajibkan.

Penghuni Gua : Setuju. Itu lah yang menyebabkan ramai bukan islam menjauhi islam. Banyak lagi yang sunat nak diwajibkan. Yang dilonggar oleh islam nak di ketatkan. Sebabnya mereka merasakan mereka lebih islam dari yang lain.

2. Terima kaseh Tun , atas pandangan yang mudah tetapi amat bernas. Semuga Tun dan keluarga terus sihat dan dilindungi Allah sentiasa.

KAYALAH BLOGGER PR KALI NI !!!!!





Untuk melawan propaganda BN dan laporan media arus perdana yang didakwa memihak, kerajaan Selangor memutuskan untuk memperuntukkan RM15 juta untuk mempertingkat keberkesanan penyampaian maklumatnya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kayalah blogger Pakatan. Kayalah anda semua. Patut le semua bloggernya bukan main galak di alam maya dalam sehari dua ini. Dah dapat sponsor kot? Kayalah anda semua. Tahniah le!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, 27 July 2010

SURAT RESMI MB DISALAHGUNAKAN OLEH PEMIMPIN DAP !



MB berang siasatan ahli majlis 'bocor'
Regina Lee
Jul 27, 10
2:45pm


Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengakui bahawa kerajaan negeri itu sedang menyiasat kes melibatkan seorang ahli majlis yang menyalah-gunakan surat rasmi exco kerajaan untuk mendapatkan kontrak bagi kroninya.

Khalid berkata siasatan dalaman telahpun dijalankan sejak "dua atau tiga minggu lalu."

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Khalid juga berkata beliau berasa malu kerana hasil siasatan itu telah dibocorkan.

Beliau mengulas laporan akhbar The Star hari ini yang menyebut, ahli majlis daripada parti DAP itu juga merupakan seorang pemimpin veteran dan mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan parti negeri. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Rupanya parti yang sebersih ini pun ada juga membuat kerja jahanam ini. Inilah PKR. Inilah juga contoh parti DAP ini. Cakap aje lebih. makan kedarah hasil haram melebihi orang lain.

2. Bila SPRM siasat, dikatanya komplot nak jatuhkan kerajaan PR Selangor. PG percaya banyak lagi kes-kes lain yang telah disorok bawah karpet oleh kerajaan PR. Itu yang MB Selangor naik berang apabila siasatan dalaman kerajaan negeri telah bocor kepada media.

3. Mana SELCAT, mana Azmin Ali. Tak berkokok pun. Mana si Khalid gereja si serba maksum. PG percaya ini tak lain tak bukan adalah kerja orang yang sama sehingga Teoh Beng Hock mati membunuh diri. Siapa lagi kalau bukan si bapa ayam tu.

4. Itu yang sehingga kini langsung tak berbunyi sepatah haram pun. Mungkin inilah cara dan kaedahnya pemerintahan DAP yang mencontohi Khalifah Umar Abd Aziz. Makan kedarah rasuah, sorok bawah karpet.

5. Mana perginya si Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, SELCAT dan si Mahfuz. Tak berkokok langsung mengenai isu ini.

6. Si Khalid gereja pun diam menyepi. Bab penyatuan melayu bising sangat. Nak perangkap Dr Hasan Ali. Bab jenayah rasuah ini diam kemetot.

7. Kepada pengundi muda, fikirkanlah apa yang akan terjadi sekiranya DAP dan sekutunya nanti memerintah negara. Sepenuhnya kuku besi. Lihat ajelah belang DAP ini , di mana Tony Pua telah mencadangkan agar kerajaan negeri menghauskan diskaun Bumiputra dalam pembelian rumah mewah semalam. Ini semuanya bagi menghalau melayu ke hutan. Itu pun ramai Melayu yang masih buta dengan tindakan cauvenis parti ini.

8. Ingat pengundi muda, ingat. Sekali tersilap , padah kita orang melayu dibuatnya oleh DAP ini.

Nota : Mengapa pemimpin DAP berani buat perkara ini, kerana mereka tahu, MBnya hanyalah boneka dan senang diperbodohkan. Melayu lain dalam barisan kebinet negeri pun hanya jadi tukang angkuk kepala aje. Fikirkan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

MALAYAN LAW JOURNAL : KES HUTANG DAN KESALAHAN PROSEDUR RAYUAN !


[1995] 3 MLJ 441
Foong Weng Yee v Malaysia Smelting Corporation Bhd
Case Details:

Malaysia COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
A02–185–1994

Judges MAHADEV SHANKAR JCA
VC GEORGE JCA
ABDUL MALEK J

Date 1 AUGUST 1995
Citation [1995] 3 MLJ 441


Catchwords:

Civil Procedure — Appeal — Decision of judge in chambers — Application for further arguments in open court — Wrong procedure as statute prescribing procedure amended — Judge set date for further arguments to be heard — Mistake of judge — Orders which court should make — Courts of Judicature Act 1964 s 68(2)

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu adalah seorang penggerenti suatu pinjaman berjumlah RM282,000 yang diberikan oleh penentang kepada sebuah syarikat yang bernama Haco Sdn Bhd (‘Haco’). Haco ingkar membayar balik pinjaman itu dan penentang telah mendakwa perayu dan penggerenti-penggerenti yang lain untuk baki pinjaman itu yang berjumlah RM213,300, faedah sebanyak RM63,452.42 dan relief lain. Penentang telah mendapat penghakiman terus terhadap perayu di hadapan penolong kanan pendaftar pada 19 Ogos 1992. Rayuan perayu telah dibicara pada 8 Julai 1994 oleh hakim dalam kamar, yang telah membenarkan rayuan itu dan memberikan perayu kebenaran membela tanpa syarat.

Penentang dengan segera telah memohon supaya perkara itu ditangguh ke mahkamah terbuka untuk hujah selanjutnya. Pada 14 Julai 1994, mahkamah telah memaklumkan kepada kedua-dua belah pihak bahawa hakim telah memerintahkan supaya perkara itu dibicara di mahkamah terbuka pada 19 Ogos 1994. Bagaimanapun, pada 24 Jun 1994, Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (‘Akta itu’) telah dipinda dan s 68(2) Akta itu telah dimansuhkan dengan akibat prosedur rayuan dahulu di mana hujah selanjutnya dibicara di mahkamah terbuka berkaitan dengan keputusan yang diberikan di dalam kamar, tidak digunakan lagi. Selepas mendengar hujah penuh atas merit kes itu di mahkamah terbuka, hakim itu telah mengakaskan keputusan yang dibuatnya di dalam kamar dan mengekalkan keputusan penolong kanan pendaftar. Perayu telah membuat rayuan.

Bagaimanapun, oleh kerana peguambela penentang mempunyai keraguan pada bulan Ogos sama ada prosedur yang digunakannya itu betul, beliau telah memfailkan suatu notis rayuan di Mahkamah Rayuan pada 5 Ogos 1994 dan menyampaikan sesalinan kepada peguamcara perayu. Tetapi oleh kerana Mahkamah Tinggi telah mengarahkan pihak-pihak berkenaan itu menghadirkan diri untuk hujah selanjutnya pada 19 Ogos 1994, peguambela penentang telah menghadirkan diri pada hari itu dan membuat hujahnya atas merit.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu
:

(1) Penghakiman yang dibuat di mahkamah terbuka itu adalah terbatal dan oleh itu ia diketepikan walaupun terdapat meritnya. Kesilapan itu harus dibetulkan dan merit rayuan terhadap keputusan penghakiman pendaftar itu sepatutnya dihujahkan secukupnya kerana ianya jelas bahawa keputusan yang diberikan pada 8 Julai 1994 dalam kamar adalah agak terburu-buru.

(2) Adalah diperintahkan bahawa notis rayuan penentang yang difailkan pada 5 Ogos 1994 itu dianggap sebagai suatu notis rayuan yang sah dan penentang dikehendaki memfail dan menyampaikan suatu memorandum dan rekod rayuan dalam tempoh tiga minggu supaya rayuan atas merit terhadap perintah dalam kamar hakim itu boleh diputuskan.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

APA JASA DAP PADA ISLAM? : TEH TARIK SATU !!!!



Apa Jasa DAP Pada Islam?
Thursday, 22 July 2010 15:12

Oleh Teh Tarik Satu!

PAS menolak untuk bekerjasama dengan UMNO atas alasan UMNO tidak berasaskan Islam. Memandangkan PAS sanggup pula bekerjasama dengan DAP, maka secara logiknya, tentulah bagi PAS, DAP itu bertunjangkan Islam.

Pada kawan, PAS mungkin juga menganggap DAP lebih alim dan warak dari UMNO. Mungkin juga ahli DAP sudah dijamin syurga.

PAS sanggup menggelar pemimpin kafir harbi sebagai Khalifah dan menyamakan mereka seperti sahabat Rasulullah S.A.W.

PAS juga sanggup bertakbir tatkala para pemimpin kafir harbi ini memetik ayat-ayat Al-Quran, tanpa mengambil kira petikan tersebut tersilap dan tanpa mengira bahawa niat mereka berbuat demikian adalah semata-mata untuk memperbodohkan Melayu bagi mendapat undi.

Bagi PAS, DAP yang berikrar bahawa tidak akan sekali-kali menerima konsep Negara Islam dan sanggup mati mempertahankan pendirian tersebut adalah jauh lebih Islam dari UMNO.
Jika benar DAP jauh lebih Islam dari UMNO, kawan minta agar pemimpin dan penyokong PAS senaraikan jasa-jasa DAP terhadap Islam mahupun umat Islam selama ini.

Berapa banyakkah masjid, surau dan pusat-pusat Islam yang telah dibina oleh DAP?

Berapakah jumlah dana yang disumbangkan oleh DAP untuk pembangunan Islam?

Berapakah jumlah peruntukan yang diberikan oleh DAP untuk pendidikan Islam?

Apakah sumbangan DAP untuk umat Islam dari segi sosial, pendidikan dan juga perniagaan?

Apakah bantuan yang pernah diberikan oleh DAP untuk memajukan umat Islam di Malaysia?

Begitu juga dengan program dakwah.

Berapa ramaikah yang telah berjaya DAP Islamkan dan berapa ramaikah ahli DAP telah memeluk Islam?

Bagi mengesahkan bahawa DAP adalah jauh lebih Islam dari UMNO, PAS perlu menyenaraikan jasa-jasa mereka terhadap Islam seperti di atas untuk kita teliti.

Jasa-jasa tersebut pula wajib lebih banyak dari UMNO bagi membolehkan DAP dianggap sebagai parti yang berasaskan Islam dan boleh bekerjasama dengan PAS.
Sebagai sampingan, PAS juga harus menyenaraikan jasa-jasa mereka sendiri terhadap Islam mengikut soalan-soalan di atas bagi membolehkan parti mereka dianggap lebih Islam dari UMNO.

Maklumlah, kawan bimbang nanti jasa DAP terhadap Islam lebih besar daripada PAS sendiri.
Kawan pasti, PAS tidak akan mampu menyenaraikan jasa-jasa DAP dan PAS sendiri terhadap Islam dengan lebih panjang dari jasa-jasa UMNO.
Kegagalan PAS menjawab soalan di atas, membuktikan bahawa DAP TIDAK berasaskan Islam dan wajib ditentang, sebagaimana PAS menentang UMNO.

Kawan menjangkakan, setelah gagal menjawab soalan di atas, alasan PAS seterusnya untuk menolak bekerjasama dengan UMNO ialah kerana UMNO menolak hudud.
Tetapi bukankah PAS sendiri sudah akui bahawa hudud hanya 0.0001% sahaja dalam ajaran Islam? Lalu kenapa masih tidak boleh bekerjasama dengan UMNO?

Alasan PAS kemudiannya ialah kerana UMNO menolak negara Islam. Tetapi bukankah DAP juga sanggup mati daripada melihat negara Islam ditubuhkan oleh PAS? Kenapa bekerjasama dengan DAP boleh tetapi dengan UMNO tidak boleh?

Kita tidak faham apa sebenarnya alasan PAS untuk menolak perpaduan ummah. Hakikatnya, PAS tidak punya satu pun alasan untuk mengelak bekerjasama dengan UMNO.

Maka, celakalah umat Islam yang menolak perpaduan dengan saudaranya.

Penghuni Gua : Tak apa Teh Tarik Satu. DAP telah di islamkan oleh PAS. DAP lebih faham islam dari kita semua.........................Biarkanlah!!!!!!!!!!!!!!!!! Mereka sahabat karib dan tidor sebantal. Mereka ahli syurga kesemuanya. Sama syurga dengan TGNA.

Monday, 26 July 2010

TIADA SAMAN : PERANGKAP KHALID GEREJA TAK MENJADI !!!!

( Inilah contoh perangkap si Khalid Gereja untuk kenakan Hasan Ali )




Kongsi 0PAS Selangor berpendapat pihaknya tidak perlu menyaman mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung isu kerjasama PAS-Umno, kata ketua penerangannya.

Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, kontroversi pertemuan pesuruhjayanya Datuk Hasan Ali dengan Harussani tidak pernah menjadi isu bagi PAS dan gabungan pembangkang di negeri itu.

"Penjelasan Datuk Hassan itu dengan sendirinya membersihkan namanya. Saya rasa isu saman ini tidak relevan," katanya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Lihat!! PG dah katakan sebelum ini. Hasan Ali takkan saman Harussani. Sebabnya memang betul pertemuan dan perbincangan perpaduan umat melayu / islam telah diadakan antara keduanya.

2. Khalid Gereja dah tersungkur. Perangkap sengkek Khalid gereja dapat dibaca oleh Hasan Ali. Sudahlah wahai Si Khalid Gereja. Kau sama aje dengan si Mahfuz tu. Bertaubat le. Banyak sudah dosa dan noda yang kau lakukan terhadap Harussani dan umat islam di Malaysia ini.

3. Makin menyampah dan meluat dengan kaki putar ini.

GELI-GELI PETANG : PASAL MB KHALID LAGI !!!!

Dipetik dari : Malaysia Instinct Com

Penghuni Gua : Kih kih kih kih kih kih!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SI KHALID GEREJA MINTA HASAN ALI SAMAN HARUSSANI , BERANI KE ????


Hasan Ali diminta saman Harussani
Hazlan Zakaria
Jul 25, 10
7:00pm


Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali diminta mengambil tindakan undang-undang terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ekoran dakwaannya bahawa pemimpin PAS itu telah menemuinya untuk membincangkan kerjasama politik PAS-Umno.

Perkara itu timbul dalam majlis munaqasah PAS negeri itu di dewan auditorium MBSA di Shah Alam awal hari ini, demikian menurut ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Mahfuz kini minta Harussani mohon maaf kerana dikatanya Hassani masih berbohong sebab katanya tak ada bincang pasal perpaduan orang melayu.

2. Mahfuz sebenarnya belit kerana malu. Dulu katanya Harussani bohong kerana tiada pertemuan berlaku. Akhirnya Hassan mengakui ada pertemuan dengan Harussani. Untuk makluman Khalid, memang dibincangkan hal tersebut iaitu hal penyatuan melayu islam. Tak percaya tanya lebih lanjut Hassan.

3. Hassan dicadang saman Harussani? Maaf le. Takkan diikuti oleh Hassan dengan cadangan bodoh si Khalid gereja ini. Hassan takkan saman Harussani kerana memang ada pertemuan dan ada perbincangan mengenai penyatuan umat.

4. Keduanya memang si Khalid gereja nak kenakan Hassan musoh kuatnya itu. Kalau Hassan saman ( memang takkan saman kerana semuanya benar ) semuanya akan terbongkar. Hassan juga akan dibungkuskan oleh si Khalid. Kalau Hassan tak saman, Khalid akan makan juga si Hassan kerana itu menunjukkan apa yang Harussani katakan adalah benar. Dan memang benar pun.

5. Itulah si Khalid gereja. Dendam kesumatnya memang tak pernah habis dengan Hassan. Nak sangat jadi YDP PAS Selangor.

6. Jaga-jaga Hassan dengan putar belit si gereja ini. Si Khalid gereja nak kenakan anda kali ini. Hati-hati!!!

7. Kepada Khalid dan Mahfuz, PG berani kerat jari , Hassan takkan saman Hurussani kerana memang benar ianya berlaku dan perbincangan mengenai penyatuan umat diadakan. Lihatlah nanti. Takkan samannya. patutnya si Khalid dan Mahfuzlah yang patut minta maaf dan bertaubat kerana mengatakan Harussani berbohong. Siapa yang yang fitnah dan berbohong hari-hari? Tak lain tak bukan ialah si gereja ini dan si mahfuz serba tahulah. Biasalah. takkan kita semua tak kenal.......................

8. Hari ini TGNA katakan bahawa UMNO , muka tak mancung pipi tersorong-sorong. UMNO ke PAS pipi tersorong , Tok Guru oii. Si Hassan yang pergi jumpa Harussani. Bukan sebaliknya. Dulu pun, TGHH yang jumpa UMNO mengenai kerajaan perpaduan. Bukan UMNO atas DS Najib yang pergi jumpa TGHH.

9. Hai Tok Guru : Masih mimpi lagi ke? Atas masih khayal sebab tak dapat pergi haji dengan duit sponsor rasuah kot!!! Itu yang marah tu. Mahu tak marah, terlepas RM 60k. Pakej haji mewah. Rupanya pemimpin berjiwa islam ini nak juga mengejar kemewahanya.

10. Sudahlah....................naik meluat dengan mereka yang mengaku beragama lebih dari orang lain. Tetapi perangainya..................Ya Allah..............!!!!!!!!!!

Sunday, 25 July 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PEMBUANGAN KERJA SWASTA / BIDANG KUASA MAHKAMAH PERUSAHAAN !


[1995] 3 MLJ 537
Milan Auto Sdn Bhd v Wong Seh Yen
Case Details:

Malaysia FEDERAL COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
02–154 OF 1994

Judges ANUAR (MALAYA) CJ
MOHD AZMI FCJ
WAN YAHYA FCJ

Date 10 NOVEMBER 1995
Citation [1995] 3 MLJ 537


Catchwords:

Labour Law — Industrial Court — Award — Award based on employer’s failure to hold domestic inquiry — Question of whether dismissal was with just cause or excuse not considered — Whether court acting in excess of jurisdiction — Whether court committed jurisdictional error — Employment Act 1955 s 14 — Industrial Relations Act 1967 s 20
Labour Law — Industrial Court — Function — Reference under s 20 — Whether must determine if misconduct established and whether constitutes just cause for dismissal — Whether failure to do so a jurisdictional error — Industrial Relations Act 1967 s 20

Administrative Law — Remedies — Certiorari — Application to quash award of Industrial Court — Award based on employer’s failure to hold domestic inquiry — Whether court had committed jurisdictional error in not determining if misconduct constituted just cause for dismissal in any event — Industrial Relations Act 1967 s 20

Bahasa Malaysia Summary:

Penentang merupakan seorang mekanik yang bekerja untuk perayu dengan gaji bulanan sejumlah RM600. Pada 31 Mac 1990, perayu telah memecat penentang daripada kerjanya dengan mengata bahawa beliau tidak berdisiplin, tidak produktif, dan angkuh, kerana beliau telah beberapa kali tidur semasa waktu pejabat, mengambil cuti tanpa kebenaran, dan enggan berjumpa dengan pengurus operasi apabila diminta berbuat demikian. Menteri telah membuat suatu rujukan kepada Mahkamah Perusahaan di bawah s 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (‘Akta itu’), ekoran representasi penentang bahawa beliau telah dipecat oleh perayu tanpa sebab atau alasan yang adil.

Mahkamah Perusahaan membuat keputusan yang memihak kepada penentang, hanya atas alasan bahawa perlanggaran syarat statutori ‘siasatan yang sewajarnya’ sebelum pemecatan di bawah s 14(1) Akta Pekerjaan 1955 oleh perayu, dan kegagalannya untuk mematuhi rukun keadilan asasi dengan gagal mengadakan suatu siasatan sebelum memecat penentang, mencukupi untuk membentuk suatu pemecatan tanpa sebab atau alasan yang adil, dan adalah tidak perlu menentukan sama ada salah laku yang dikatakan itu, jika terbukti, akan merupakan sebab atau alasan yang adil untuk pemecatan. Permohonan perayu kepada Mahkamah Tinggi untuk membatalkan award Mahkamah Perusahaan telah ditolak. Perayu membuat rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan:

(1) Mahkamah Perusahaan mempunyai dua fungsi di dalam suatu rujukan di bawah s 20 Akta itu, pertama, untuk menentukan sama ada salah laku yang dikatakan itu telah dibuktikan, dan keduanya, sama ada salah laku yang telah dibuktikan itu merupakan sebab atau alasan yang adil untuk pemecatan. Kegagalan untuk menentukan isu-isu ini atas merit mereka merupakan kesilapan bidang kuasa yang mewajarkan campur tangan Mahkamah Tinggi dengan certiorari.
(2) Mahkamah Perusahaan juga bertindak melebihi bidang kuasa jika ia menukarkan skop rujukan dengan menggantikan sebabnya sendiri untuk sebab yang majikan bergantung untuk pemecatan. Pelanggaran keadilan asasi kerana tidak mengadakan siasatan domestik statutori atau kontrak boleh ‘diatasi’ oleh suatu siasatan yang diadakan oleh Mahkamah Perusahaan sendiri.

(3) Rukun boleh diatasi itu tidak patut dihadkan kepada kategori pekerja yang tertentu, bergantung kepada gaji mereka. Tanpa perkataan yang jelas oleh Parlimen, syarat siasatan sewajarnya sebelum pemecatan di dalam s 14(1) Akta Pekerjaan 1955 untuk pekerja yang memperolehi pendapatan yang tidak melebihi RM1,250 sebulan, mahupun Akta pindaan yang seterusnya, adalah tidak bertujuan untuk mengubah dasar undang-undang ini. Lagipun, tidak terdapat asas dalam undang-undang bahawa pelanggaran keadilan asasi hanya dapat diatasi jika seseorang pekerja itu memperolehi lebih daripada RM1,250 sebulan.

(4) Maka, Mahkamah Perusahaan tidak boleh mengecualikan sendiri daripada menentukan dua isu yang memerlukan penentuan di dalam kes pemecatan di bawah suatu rujukan di bawah s 20. Di dalam kes ini, Mahkamah Perusahaan telah melakukan kesilapan bidang kuasa kerana ia tidak melakukan fungsi asasnya. Hakim Mahkamah Tinggi, dalam menolak permohonan perayu, telah melakukan kesilapan yang sama.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

SIAPA BOHONG SIAPA!!!!!!!!!!!!!!!!!! KIH KIH KIH KIH





KUALA LUMPUR 24 Julai - Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali hari ini mengesahkan beliau ada menemui Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kira-kira dua bulan lalu.

Bagaimanapun, beliau menafikan ia bertujuan membincangkan penyatuan antara UMNO dan Pas sebaliknya persiapan bagi menghadiri Mesyuarat Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

"Pertemuan itu dilakukan atas kedudukan saya sebagai Exco yang bertanggungjawab Hal Ehwal Islam dan Adat-Adat Melayu dan ia dilakukan secara terbuka bukannya sulit seperti yang didakwa. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Apa macam Mahfuz? Siapa yang bohong? Kau kena pergi minta maaf dan bertaubat dengan harusani tu kerana menuduh Harusani berbohong. Apa macam sekarang? Salahuddin pun kena minta maaf kerana menuduh Harussani berbohong. Khalid Gereje tu tak perlu minta maaf. Sebabnya...............Eh eh ...........Khalid tu islam lagi ke ?.............Kih kih kih.............

2. Siapa cari siapa ni ?

3. Kah kah kah kah kah kah !!!!!!!!!!!!!

Saturday, 24 July 2010

RIADAH : MENUNGGANG KUDA DI BUKIT JELUTONG !!

PG dan seorang kawan baru balik menunggang kuda dari jam 4 hingga jam 6 petang. Tunggangan meliputi kawasan Hutan Rekreasi Ayer Keroh hinggalh ke Bukit Jelutong ( kawasan Perkuburan Cina ) di Batu Berendam Melaka. Pergi balik dapatlah jarak 29 km. Semput juga dibuatnya.

2. Sambil berjalan dan menghenjut kuda tu, dapat juga menikmati kehijauan sekeliling yang masih berbaki. Kawasan perumahan pun tumbuh di kawasan-kawasan ini seperti cendawan tumbuh. Kebanyakkannya penghuni taman-taman di sekitar Ayer Keroh dan Taman Tasek Utama adalah orang Kuala Lumpur / atau yang bekerja di KL tetapi membeli rumah di kawasan ini. Ini kerana kawasan ini termasuk Melaka , adalah kawasan yang strategik untuk membeli rumah. Strategik kerana berhampiran dengan KL dan kemudahannya banyak. Senang untuk menghantar anak-anak kesekolah, bersih, selamat dan yang utamanya murah dalam segala hal kecuali restoran asam pedas yang kebanyakkannya cekik darah .

3. Seperti PG, semua pembeli rumah di kawasan ini ( yang bekerja di KL ) akan pulang hanya di hujung minggu iaitu jumaat petang dan akan ke KL semula pada hari ahad malam atau isnin pagi. Bas pun ada untuk kita berulang alik secara harian dari Melaka ke KL. Hanya satu jam setengah sahaja masanya. Ramai juga yang ulang alik harian.

4. Belilah rumah di Melaka , anda tidak akan rugi. PG orang Kuantan Pahang. Tetapi sebabkan Melaka ada semuanya maka PG menetap terus di sini. Rumah di sini harganya suku harganya berbanding KL dari jenis rumah yang sama. Selamat datang ke Melaka dan terus menetap di sini. Melaka lengkap semuanya. Sesuai untuk kehidupan kita sekeluarga.

CENDOL LEMAN DAWI SENAWANG, NEGERI SEMBILAN : WOWWWW !!!!!



Penghuni Gua : Hari ini jam 1130 pagi PG bersama isteri dan anak-anak serta mertua telah berlepas dari Batu Berendam Melaka ke Senawang, Negeri Sembilan. Tujuannya tidak lain hanya untuk minum cendol Pak leman di kedainya jalan Senawang Tampin. Cendolnya amat enak, sedap, murah dan tambah berapa puloh kali pun harganya tetap sama.

2. Harga secawan cendol ialah : 1. cendol biasa RM 1.00, 2. Cendol pulut RM 1.50. 3. Cendol Jagung RM 1.50. Lepas makan semua cendol ini anda boleh tambah berpuloh kali cendol, santan, air batu dan air gula, tetapi harganya tetap sama. Air barli diberi percuma. Minum lah berapa banyak. Siap boleh bungkus bawa pulang lagi. Semua percuma.

3. Yang menariknya minum di gerai Pak Leman ini , ialah tentang celotehnya yang mengeletek hati sepanjang kita makan dan minum cendolnya. Berbagai tajuk akan keluar dan beliau mempunyai pengetahuan am yang amat baik dalam semua perkara. Tak kering gusi kita dibuatnya.

4. Cara nak menuju ke gerai Leman Dawi ini ialah , kalau dari Melaka, anda terus aje memandu melalui lebuh raya PLUS dan sampai simpang , masuk ke Tol Senawang. dari tol Senawang, lampu isyarat ke dua , anda belok ke susur kanan ke arah Tampin dan terus aje dari situ dalam 4 km dan akan berjumpa gerai ini di kawasan hutan yang redup di sebelah kiri.

5. Datang lah menjamu selera di sini dan anda serta keluarga tidak akan rugi kerananya. Selamat menjamu selera.

MALAYAN LAW JOURNAL : KES HABEAS CORPUS / TAHANAN MENYALAHI PROSEDUR !


[1994] 2 MLJ 336

Ng Chai Yang v Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia & Ors
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (TAIPING) — ORIGINATING SUMMONS NO
24–6–1994(T)

Judges ABDUL MALIK ISHAK JC

Date 15 APRIL 1994
Citation [1994] 2 MLJ 336


Catchwords:

Criminal Procedure — Habeas corpus — Invalid ground for application — Denial of access to counsel — Not contrary to Federal Constitution art 5(3)
Criminal Procedure — Habeas corpus — Procedure — Whether detainee’s wife could affirm affidavit in support of application — Whether there was failure to state source and grounds of information and belief — Whether averments were hearsay — Rules of the High Court 1980 O 41 r 5(1) & (2)

Criminal Procedure — Habeas corpus — Procedure — Failure by Minister to rebut allegations in plaintiff’s affidavit in support — Whether allegations deemed to be admitted — Whether necessary to rebut allegations — Rules of the High Court 1980 O 41 r 5(1) & (2)
Criminal Procedure — Habeas corpus — Restricted Residence Act 1933 — Plaintiff detained for 20 days before restriction order issued — Whether detention legal — Restricted Residence Act 1933 s 2(i) & (ii)

Criminal Procedure — Habeas corpus — Procedure — Failure of defendant to rebut allegations in plaintiff’s affidavit in support — Whether irregularity could be cured — Rules of the High Court 1980 O 2 r 1

Criminal Procedure — Habeas corpus — Principles governing — Technical defects in restriction order — Right of plaintiff to avail himself of defects

Bahasa Malaysia Summary:

Pada 31 Oktober 1993, plaintif telah ditangkap dan ditahan di penjara Johor Bahru mengikut suatu perintah yang dibuat oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (‘Timbalan Menteri’) di bawah s 2(i) Akta Kediaman Terhad 1933 (‘Akta itu’) atas dasar bahawa beliau telah mengendalikan suatu operasi perjudian empat nombor ekor yang haram di Muar, Johor sejak 1990. Pada 19 November 1993, Timbalan Menteri telah mengeluarkan suatu perintah sekatan di bawah s 2(ii) Akta itu untuk menghadkan plaintif ke Kuala Kurau, Perak selama tiga tahun bermula dari 19 November 1993 dan meletakkan plaintif di bawah pengawasan polis untuk tempoh itu mengikut s 2A(i) Akta itu. Kedua-dua perintah telah disampaikan kepada plaintif pada 19 November 1993 tetapi plaintif telah dibawa ke Kuala Kurau hanya pada 20 November 1993.

Untuk menyokong permohonan habeas corpus ini, isteri plaintif telah mengikrar suatu afidavit yang menyatakan bahawa plaintif telah dibawa ke balai polis Tangkak pada 19 November 1993 di mana beliau berjumpa dengan plaintif. Akibatnya, telah dihujahkan bahawa Timbalan Menteri tidak menandatangani perintah itu di bawah ss 2(ii) dan 2A(i) Akta itu pada 19 November 1993 tetapi bahawa tarikh perintah itu telah ditunda. Isteri plaintif seterusnya menegaskan bahawa semasa di bawah tahanan sah di penjara Johor Bahru, suami beliau telah dinafikan: (i) akses kepada peguambela, bertentangan dengan cabang kedua perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan; dan (ii) akses kepada alatulis dan tidak dapat menulis kepada Timbalan Menteri dan, akibatnya, tidak dapat membuat rayuannya dalam masa 14 hari seperti yang dikehendaki oleh Timbalan Menteri.

Peguamcara plaintif berhujah bahawa oleh kerana pengataan isteri plaintif tidak dipatahkan oleh pihak pembela, pengataan itu seharusnya dianggap sebagai diakui. Sebaliknya, peguam persekutuan bagi pihak defendan berhujah bahawa isteri plaintif telah gagal menyatakan sumber dan dasar maklumat dan kepercayaannya seperti yang diperlukan di bawah A 41 k 5(1) dan (2) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (‘KMT’), dan dengan itu menyebabkan pengataan itu tidak berguna kerana ianya merupakan keterangan dengar cakap. Peguam persekutuan berhujah bahawa kegagalan isteri plaintif untuk mematuhi A 41 k 5(1) dan (2) KMT adalah suatu kecacatan yang menjejaskan akar umbi proses undang-undang dan tidak boleh dibetulkan. Akibatnya, defendan tidak perlu menjawab pengataan tersebut.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan untuk habeas corpus dan memerintahkan pelepasan plaintif:

(1) Aduan plaintif bahawa beliau telah dinafikan akses kepada peguambela tidak bertentangan dengan cabang kedua perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu tidak merupakan suatu alasan untuk mana remedi yang berpatutan adalah habeas corpus.

(2) Isteri plaintif telah mengikrarkan afidavit untuk menyokong permohonan habeas corpus dengan betul dan telah merujuk kepada pengetahuan peribadinya kerana beliau telah berjumpa dengan plaintif di penjara Johor Bahru dan telah disuruh olehnya untuk mendapatkan perkhidmatan peguambela. Beliau telah menerangkan kedudukan dan kuasanya untuk mengikrar afidavit itu kerana beliau telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh plaintif, memandangkan hakikat bahawa tidak terdapat pesuruhjaya sumpah di Kuala Kurau, Perak. Oleh itu, pengataan yang terkandung di dalam afidavitnya telah mematuhi A 41 k 5(1) dan (2) KMT.

(3) Oleh kerana pengataan isteri plaintif telah mematuhi A 41 k 5(1) dan (2) KMT, pengataan tersebut semestinya benar kerana defendan gagal mematahkannya di dalam afidavit mereka.
(4) Tahanan plaintif yang berlanjutan di penjara Johor Bahru sebelum perintah sekatan di bawah s 2(ii) Akta itu telah dikeluarkan menyalahi undang-undang, bertentangan dengan undang-undang dan menjadikan perintah sekatan itu batal dan tidak sah dan penjelasan yang lemah yang diberikan oleh Timbalan Menteri mengenai kelengahan itu tidak dapat diterima oleh mahkamah.

(5) Walaupun pada asasnya, kaedah prosedur mesti dipatuhi dalam proses litigasi, sesuatu luar aturan atau kecacatan tidak akan menjadikan prosiding itu terbatal secara automatik kerana mahkamah mempunyai budi bicara di bawah A 2 k 1 KMT untuk membetulkan sebarang ketidakpatuhan dengan sesuatu kaedah prosedur.

(6) Bagaimanapun, di mana kebebasan seseorang individu menghadapi risiko akan lucut, mesti terdapat kepatuhan secara teliti dengan undang-undang dan apabila memohon untuk suatu writ habeas corpus, plaintif berhak bergantung kepada sebarang kecacatan teknikal yang mungkin mentaksahkan perintah yang melucutkan kebebasannya. Plaintif dibebaskan dengan serta-merta.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq