Sunday, 12 September 2010

JAUHI PERKASA, SELAMATKAH UMNO? : AWANG SELAMAT !!





Apakah wajar kesemua parti komponen termasuk UMNO mengambil pendirian menolak Perkasa?

Awang lontarkan persoalan ini kerana ia sudah menjadi bahan bualan terutama di kalangan orang Melayu. Mesyuarat BN yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung, Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini mencapai persetujuan untuk menjauhi Perkasa. Alasannya kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum selain menjejaskan konsep 1Malaysia.

Pada Awang, Perkasa hanyalah NGO biasa sebagaimana NGO bukan Melayu lain, yang sekadar membela kepentingan kaum masing-masing. Persekitaran politik yang dilihat tidak menentu dan berbahaya kepada kepentingan Melayu menyebabkan ramai menyokong Perkasa. Suka atau tidak, Perkasa menjadi sandaran baru kepada orang Melayu dan umat Islam. Dalam banyak isu melibatkan kepentingan bangsa dan agama, Perkasa lebih diyakini berbanding parti politik. Maka langkah menolak bulat-bulat Perkasa dalam membela kepentingan Melayu akan membawa UMNO ke ambang risiko besar. Hari ini, UMNO dapat bertahan di sebalik gelombang asakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, juga adalah antara lain disebabkan peranan NGO seperti Perkasa. Janganlah melihat Perkasa sebagai hantu jembalang - sebagaimana persepsi banyak parti bukan Melayu. Pada Awang, Perkasa bukanlah ultra rasis berbanding banyak NGO yang bertaut rapat dengan parti-parti Cina seperti DAP, MCA dan Gerakan.

Ketika parti-parti Cina saling lengkap melengkapi dengan NGO mereka, ada pemimpin UMNO yang mahu menolak Perkasa tanpa melihat daripada perspektif lebih besar. Awang tidak setuju sama sekali dengan pandangan bahawa Perkasa akan menggugat BN kerana dituduh rasis. Lakukanlah kajian menyeluruh. Hampir kesemua isu yang disuarakan oleh Perkasa adalah sebagai menyanggah tuntutan keterlaluan oleh pelbagai pihak tanpa menjaga sensitiviti orang Melayu dan prinsip dalam perlembagaan negara. Perkasa tidak pernah meminta lebih untuk orang Melayu walaupun ekonomi negara dikuasai oleh kaum Cina. NGO itu hanya mahu mempertahankan apa yang ada pada Melayu pada waktu ini kerana Melayu masih jauh ketinggalan. Apakah komitmen Perkasa menjunjung perlembagaan juga bercanggah dengan konsep 1Malaysia? Awang agak aneh mengapa mesyuarat BN itu tidak mengambil pendirian yang sama terhadap NGO bukan Melayu lain. Semalam, Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menyatakan rasa gembira dengan jaminan bahawa UMNO juga tidak akan menyokong Perkasa. Awang ingin bertanya apakah tanpa Perkasa, Gerakan boleh memberi jaminan bahawa majoriti bukan Melayu akan menyokong BN?

Pendirian masyarakat Cina menolak BN pada pilihan raya umum lalu masih belum berubah. Gerakan sendiri sampai hari ini hampir lumpuh dan parti itu tidak bekerja keras memulihkan sokongan bukan Melayu, sebaliknya asyik mencari alasan lapuk.

Pada Awang, pendirian UMNO untuk turut sama menjauhi Perkasa tidak akan membantu parti itu. Persoalannya, apa pilihan UMNO yang terpaksa menjaga sensitiviti parti komponen lain?

Atas kertas UMNO boleh menolak Perkasa tetapi risikonya ke mana sokongan NGO itu selepas ini? BN sendiri akan terjejas jika ramai pengundi UMNO pula menjauhi parti itu kerana mengikut haluan Perkasa. Jika itu berlaku, yang lebih rugi adalah UMNO. Dalam kita ghairah mahu mendapat sokongan bukan Melayu, janganlah mudah terjebak dengan percaturan yang silap. Awang khuatir, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran. Sokongan bukan Melayu adalah penting kepada BN namun pasak yang perlu dijaga adalah Melayu. Itu juga adalah asas kenegaraan yang bermula dengan kemurahan hati dan pengorbanan Melayu kepada kaum lain sejak sebelum merdeka lagi. Jika Perkasa dimusuhi, NGO itu dan Ibrahim tidak akan rugi apa-apa. Yang rugi adalah kuasa politik Melayu.

Awang melihat pilihan lain yang ada pada BN ialah semua parti komponen mesti komited mempertahankan perlembagaan dan akur kepada kontrak sosial. Jika itu boleh dipersetujui, Awang percaya Perkasa dengan sendirinya akan terpinggir daripada perhatian orang Melayu. UMNO juga perlu lebih kelihatan membawa agenda Melayu sebagaimana yang terus dijuarai oleh DAP, MCA, Gerakan dan MIC untuk melonjakkan kaum masing-masing.

Dalam UMNO perlu memikul cabaran mengetuai keluarga besar BN yang bererti mengurus kehendak pelbagai komponen, hakikatnya parti itu selama ini kuat adalah kerana agenda Melayu. Persoalannya lagi apakah parti komponen BN yang lain akan akur. Inilah cabaran besar UMNO. Yang pasti, orang Melayu kini memerhatikan tindak-tanduk UMNO dan akan membuat penentuan apabila tiba masanya. Mungkin pada waktu itu nanti, segala-galanya sudah terlewat bagi UMNO untuk mendengar suara kaumnya sendiri. Sangat terlewat.

Penghuni Gua : Pandangan Ku Nan mengenai PERKASA macam bapok aje. Bukan macam aje tetapi memang cadangan bapok. Itu ajelah yang boleh dikata oleh PG. Hidup PERKASA!!!!!

15 comments:

  1. Kita sudah ada PEKIDA.
    Tapi didalam PEKIDA ada PAS dan UMNO.
    Tak boleh juga.
    Ada PERKASA... pun sama juga.
    Join benda tu bukan kerana nak bersatu...
    tapi cuma nak berkokok...
    TAJI TUMPUL !
    Ada SILAT GAYUNG... langkah sumbang..
    Ada SILAT LINCAH... Langkah Tempang..
    Ada APA PUN.... Tak guna selagi UMNO DAN PAS tidak bersatu

    "blogenstarz"

    ReplyDelete
  2. PERKASA TAK KOMPROMI SATU PUN MENGENAI HAK MELAYU DGN KAUM LAIN. ITU YANG KAU SOKONG PERKASA. KERANA IA [ERJUANG HAK MELAYU DAN BUMIPUTRA SABAH SERAWAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN. TIADASATU TAMBAHAN PUN

    KATAK PURU

    ReplyDelete
  3. Ramai pembesar umno dah tak sayangkan melayu. Mengundi Umno sama saja jika mengundi PAS & PKR. Mereka ini semua nak jual orang melayu. Melayu dah tiada pelihan.

    ReplyDelete
  4. Apakah MCA,Gerakan dan DAP akan menjauhkan Siqiu ataupun Jiao Zong dan Dong Zong? Kenapa pula UMNO tak tentu pasal pula perlu menjauhi PERKASA? Bukankah UMNO perjuangkan orang-orang Melayu?

    ReplyDelete
  5. -[Kemaskini] GEMPAR: Marina Mahathir sokong amalan Homoseksual!! (18SX)
    http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/09/gempar-marina-mahathir-sokong-amalan.html

    ReplyDelete
  6. UMNO AKAN SELAMAT JIKA PERKASA DIPINGGIRKAN? JAWABNYA ADALAH SOKONG BAWA MALAPETAKA, TAK SOKONG PUN AKAN JAHANAM JUGA..DUA2 JAHANAM...

    KENAPA UMNO PERLUKAN PERKASA PULAK? BUKANKAH SELAMA INI UMNO KATA DIA KUAT?

    MUNGKIN PERKASA INI WUJUD KERANA UMNO SUDAH TERLALU TUA DAN DAH NAK NYANYUK...UMNO DAH TUA BANGKA, DAH BONGKOK SABUT...DAH SEMAKIN JADI PONDAN DAN LEMBEK...SUDAH TIADA LAGI AURA DAN DAYA PENARIK..ASYIK2 DGN IDEALISME KOLOT DAN LAMA...KINI UMNO BERJUANG HANYA UTK KEPENTINGAN DIRI YG PALING UTAMA...

    DAN PERKASA PUN AKAN MENJADI DEMIKIAN JUGA..SEBAB MEREKA DTG DARI SATU PEMIKIRAN DAN SATU BUDAYA YG TIADA BEZANYA...IAITU KUASA DAN HARTA KERANA IDEALISME PERJUANGAN KE DUA2NYA HANYA LAH SATU MITOS UTK MELENAKAN ORG MELAYU!!!

    MAKA PADA AKU..KEDUA2 PERTUBUHAN INI (UMNO@PERKASA) KEDUA2NYA TIDAK BERGUNA!!!
    MAKA BIARKAN LAH MEREKA DGN DIRI MEREKA, MAKA PERSIAPKAN KITA DGN AGENDA BARU KITA!!!

    ReplyDelete
  7. Kau semua nak kena amaran dari menteri amaran ini semua tohmahan kepada umno...pemuda bawah kj mantop..atau nak terlingkup daaa

    ReplyDelete
  8. kenapa umno perlu sibuk mengenai perkasa..x perlu bising2 dan kuatir..
    kan lebih baik umno kerja keras untuk bina kekuatan..

    ni la...sangkaan aku hampir benar..
    aku merasakan selepas tun mahathir..kita orang2 melayu dah kehilangan pemimpin..
    yg tinggal dalam umno adalah pemimpin yg lemah daya kepimpinannya..mudah cair..

    ReplyDelete
  9. Sekiranya perjuangan Perkasa itu bercanggah dgn konsep 1-Malaysia, itu bermakna konsep 1-Malaysia itu sendiri bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

    Un Malay Nonrelevant Organisation

    ReplyDelete
  10. perkasa ke pekasam????.......
    perjuangan hak melayu mcm perkasa buang masa.......mcm umngok jugak........

    dengan perkasa pun umngok kecut.....teloq dah masuk dlm perut.........

    perkasa=umngok
    umngok =perkasa........

    dua-dua tak boleh pakai.....

    kah kah kah

    ReplyDelete
  11. http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=527563

    UMNO NEEDS PERKASA TO WIN MALAY SUPPORT, REITERATES DR M

    SERI KEMBANGAN, Sept 12 (Bernama) -- Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad reiterated today that Umno could not afford to quarrel and distance itself from non-governmental organisations such as the Malay right-wing group, Perkasa.

    He said Umno needed the support of such NGOs if the Barisan Nasional (BN) lynchpin did not want to risk losing more support from the ground.

    ReplyDelete
  12. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0912&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm

    UMNO perlukan Perkasa untuk raih sokongan Melayu
    12/09/2010 9:15pm
    KUALA LUMPUR 12 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, UMNO tidak mampu berbalah dan memisahkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) jika tidak mahu menanggung risiko kehilangan lebih banyak sokongan.

    Bekas perdana menteri itu berkata, sebaliknya UMNO memerlukan seberapa banyak sokongan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jika parti induk Barisan Nasional (BN) itu tidak mahu kehilangan sokongan akar umbi.

    -Bernama

    ReplyDelete
  13. hairan betullah diorang ni. Bila bukan Melayu pertikai Perkasa, Pemimpin Melayu bukan nak mempertahankan Perkasa. Dia akur pulak cakap bukan Melayu. Kenapa tak terbalikkan suruh Cina pulak tolak Donxiong kalau nak UMNO tolak Perkasa

    ReplyDelete
  14. Saya cadangkan rakan blogger rungkaikan pulak hubungan parti parti komponen dengan NGO NGO yang sebangsa dengan mereka

    ReplyDelete
  15. Anon 12 September 2010 14:45 sepakat dengan Anon 13 September 2010 02:44.

    ReplyDelete