Monday, 13 September 2010

UMNO JANGAN JAUHI PERKASA : TUN MAHATHIR !!!!




DR MAHATHIR bersama Siti Hasmah melayan tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka di kediaman mereka di Seri Kembangan, semalam.SERI KEMBANGAN: UMNO tidak sepatutnya menjauhkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), sebaliknya berdamping dengan seberapa banyak kumpulan bagi meraih sokongan rakyat, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, kehilangan sedikit sokongan akan memungkinkan UMNO kalah pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, dalam meraih semula kepercayaan dan memperkukuhkan parti, UMNO tidak sepatutnya bermusuh dengan mana-mana kumpulan, sebaliknya perlu meraih sokongan semua kumpulan yang memperjuangkan hak dalam perlembagaan. “Oleh kerana UMNO tidak begitu kuat, kita tak boleh tolak sebarang orang kerana jika kita hilang 100 atau 200 undi, kemungkinan kita akan kalah pada pilihan raya di kawasan tertentu.

“Kita tak boleh kalah walaupun dengan margin yang kecil kerana kehilangan beberapa undi menyebabkan kekalahan. Jadi kita nak sokongan daripada seberapa banyak kumpulan, tak perlu kita bermusuh,” katanya selepas meraikan tetamu pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Selasa lalu bahawa parti itu tidak menyokong PERKASA dan kenyataannya dialu-alukan semua 13 parti komponen Barisan Nasional (BN).

Dr Mahathir berkata, beliau tidak merasakan bahawa kenyataan dikeluarkan Tengku Adnan itu adalah pandangan rasmi daripada kerajaan (untuk menjauhi PERKASA), sebaliknya ia mungkin bersifat peribadi kerana mesyuarat bersama parti komponen BN dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ditanya mengapa tiada kenyataan dikeluarkan Perdana Menteri berhubung isu itu, Dr Mahathir berkata, Najib kemungkinan tidak sepenuhnya menentang PERKASA kerana beliau sendiri pernah mengadakan pertemuan dengan badan terbabit sebelum ini.

Penghuni Gua : UMNO dan pemimpinnnya jangan jadi bodoh dengan menerima beberapa nasihat dari pemimpin melayu nya yang dangkal dan tiada semangat melayu. Juga UMNO jangan jadi bodoh dalam menerima desakan parti nyawa-nyawa ikan dan parti paling malas untuk berubah iaitu MCA dan GERAKAN.

2. Kedua parti ini hanya tahu menyalahkan UMNO dan kerajaan dengan kehilangan sokongan pengundi cina kepada parti mereka. Selepas PRU12 sehingga sekarang, apa yang dibuat oleh kedua parti ini dan pemimpinnya untuk membantu DS Najib dan BN bagi memulihkan sokongan pengundi kepada BN dan kerajaan? Kosong. Keduanya hanya tidor dan asyik membangkitkan isu rasis dan mengunkit serta menghasut agar keistimewaan Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak dikurangkan.

3. Jadi UMNO jangan ikut jadi bodoh seperti kedua parti gabungan BN ini. Jagalah pengundi Melayu yang begitu setia menyokong BN dan kerajaan. Memberi muka kepada kedua parti dan pengundi cina pun bukan dapat faedah apa pun!!!! Mereka hanya mahu meminta tetapi tak pernah mahu memberi.

4. Jangan UMNO diperbodohkan oleh MCA dan GERAKAN yang sememangnya dungu dalam segala hal.............................Ku Adnan!!! Anda pun sama. Boleh jalanlah!!!!!! Sekali lagi !!1 Boleh jalanlah Ku Nan. Menyampah dan meluat tengok anda. Juga meluat dan menyampah dengan KJ serta Nazri. Mereka ini cakap aje banyak. Otak kosong. Habeh ko boreh aje !!!!!

5. Hidup PERKASA !!!!!!!!!!!!!!!!!

10 comments:

  1. UMNO buat tindakan bodoh jauhi PERKASA!

    ReplyDelete
  2. UMNO SEPATUTNYA MENDEKATI SEMUA ORAMG DAN NGO BUKAN MENJAUHINYA. BODOHLAH UMNO MENJAUHI PERKASA YANG DEKAT DNEGAN MASYARAKAT DAN PENGUNDI MELAYU. APA YANG UMNO DAPAT DENGAN MENJAUHI PERKASA? UNDI CINA? JANGAN HARAPLAH !!

    ReplyDelete
  3. betul betul betul, baguslah kalau ramai yang sudah faham

    ReplyDelete
  4. Jangan pukul borong salahkan seluruh Umno sebab bila sebut Umno secara umum, maka termasuklah berjuta2 ahli yg ada di bawah ini, sedangkan mereka tidak ada apa2 suara utk menentukan perjalanan, dasar & polisi parti. Merea adalah para pencinta parti. Apa2 saja yg terjadi pada polisi & perjanalan parti, termsauk kemusnahan imej & kekuatan parti yg terjadi sekarang, ditentukan oleh & hanya ada di tangan orang2 tertentu; presiden, timb/naib pres. ahli2 majlis tertinggi & s/u parti. Jadi kalau kumpulan kepimpinan ini terdiri drp orang2 yg HAMPAS aka HAMLAS [hampas & malas], HAMCUL [hampas & bacul], HAMNGOK [hampas & bongok], HAMRAP [hampas & korap], HAMDOBONG [Hampas & bodoh sombong], HAMDEKAL [hampas & pendek akal], MEMANG layak selayak-layaknya calon2 drp parti 'keramat' orang Melayu ini dikelar-kelar oleh penyokong sendiri dlm PRU ke-13 nanti. Juga salahkan kumpulan yg memilih kepemimpinan ini, iaitu para perwakilan yg sekadar mahu membuncitkan tembolok masing2 utk jangka masa sekejap ketika pemilihan kepimpinan parti kalau Umno bungkus nanti. Jangan salahkan ahli Umno yg berjuta itu. Mereka tak benci kpd Umno, tapi mereka MUAK, JELEK & JELAK kpd kepimpinannya sekarang.. Dan kita yakin, peringatan TDM itu hanya jatuh ke telinga2 tuli yg dah kematu, telinga yg payah nak masuk ajar kerana ada di kalangan mereka menganggap Tun Tun sudah tidak ada apa2 merit utk membuat apa2 komen berkeaan parti.... lni perangai kemimpinan dlm Umno, skalipun mereka tahu mereka sedang nazak; fe'el typical bodoh sombong warisan luncai, kadok, pandir & mat jenin. Melayu sangat mengharapkan cukup dgn seorang HANG NADIM saja utk pimpin Umno; yg ada kuasa dlm tangan [Perkara cuma ada tekak yg tak ada suara] sekarang.. Seorang Hang Nadim yg ikhlas, bukan yg culas & pencari peluang..

    Siapa itu Adnan, Nazri & Kj di celah2 barisan kepimpinan yg hamngok sekarang ini...?

    ReplyDelete
  5. Perkasa bertindak berasaskan Perlembagaan dan selaku NGO berhak menegur mana-mana parti politik yang menyimpang.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

    Jauhkan diri dari Perkasa rugikan UMNO - Dr. M
    KUALA LUMPUR 12 Sept. - Keputusan UMNO menjauhkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) boleh menyebabkan parti itu kehilangan sokongan orang Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

    Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, meskipun ia tidak membabitkan jumlah yang besar tetapi ia tetap memberi kesan kepada peluang Barisan Nasional (BN) dalam usaha mempertahankan kemenangan.

    Sambil mempersoalkan kedudukan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional (BN) di Putrajaya baru-baru ini beliau menegaskan, keputusan tersebut tidak akan memberi sebarang keuntungan kepada UMNO.

    ............ Dr. Mahathir berkata, satu perkara yang perlu diambil kira iaitu Perkasa selama ini tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana perjuangannya masih tertakluk kepada hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    ''Perjuangannya masih berasaskan Perlembagaan dan kita juga harus sedar bahawa Perkasa adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukan sebuah parti politik. Perkasa tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

    ''Sebagai NGO, Perkasa berperanan menegur mana-mana pihak jika berlaku sesuatu yang tidak baik termasuk parti-parti politik. Perkasa boleh tegur Pas, DAP atau UMNO. Saya kadangkala pun kena tegur juga,'' katanya.

    Mengenai kedudukan Tengku Adnan mempengerusikan mesyuarat komponen BN baru-baru ini, Dr. Mahathir berkata, sepanjang pengetahuannya setiap mesyuarat yang melibatkan komponen BN akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi BN.

    ''Pada kebiasaannya mesyuarat komponen BN akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Oleh itu saya tidak fikir kenyataan yang dikeluarkan oleh Tengku Adnan itu adalah pandangan rasmi kerajaan,'' katanya.

    Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, apabila ada pihak mula mempersoalkan sesuatu hak yang telah termaktub di dalam Perlembagaan sudah tentu ia akan mengundang reaksi daripada pihak lain.

    ''Kewujudan Perkasa adalah salah satu contoh. Pada zaman pemerintahan saya tidak ada NGO seperti Perkasa kerana tiada pihak yang berani mempersoalkan hak-hak yang telah termaktub dan diamalkan selama ini.

    ''Berbanding sekarang yang mana sudah ada pihak atau kumpulan yang sengaja membangkitkan atau mempersoalkan hak-hak tersebut antaranya persetujuan mengenai kontrak sosial. Bila terjadi demikian pasti akan muncul satu pihak untuk mempertahankannya,'' katanya lagi.

    ReplyDelete
  6. Bolehkah Setiauaha mempengerusikan mesyuarat? Hendaklah Presiden atau timbalan Presiden! Ini kes Setiausaha nak jadi Presiden!

    ReplyDelete
  7. Salam tuan PG & Sema2...,

    UMNO JANGAN JAUHI PERKASA : TUN MAHATHIR !!!!

    Pedaahlah..., dikatakan semua ahli Perkasa ni terdiri dari bukan kalangan penyokong Umno, Pas mahupun PKR. Sekurang2nya gulungan atas pagar walaupun pun bukan penyokong tegar kepada tiga parti siasah tu...

    Jika sekalipun pemimpin parti2 tertentu melabelkan ngo tersebut tidak diperlukan bagi mendapat sokongan dan menguatkan mana2 parti, suatu masa kelak percayalah jika ada pertubuhan lain berkaitan ngo cuba menabur umpan atau memberikan peluang kearah kebaikan, kerana pemimpin Perkasa mereka tahu apa yang harus dilakukan demi menjaga kedaulatan dan keutuhan negara terutama maruah bangsa Melayu. Ketika itu lahirlah kekesalan dijiwa masing2...

    Pang5 Beliung dilahirkan di Tanah Melayu belum pun merdeka dan Malaysia ketika itu...

    ReplyDelete
  8. PERGI JAHANAM LAH ...

    ReplyDelete
  9. Apakah MCA, Gerakan dan DAP akan menjauhkan Siqiu ataupun Jiao Zong dan Dong Zong? Kenapa pula UMNO tak tentu pasal pula perlu menjauhi PERKASA? Bukankah UMNO perjuangkan orang-orang Melayu?

    ReplyDelete
  10. Tak perlu jahui dari PERKASA kerana dengan PERKASA la orang melayu untuk memperkasakankan dan mempertahankan hak orang melayu dan juga bumiputra....Lagipun matlamat UMNO dengan perkasa adalah sama kan...cuma PERKASA hanya la NGO yang bukan berunsurkan politik

    ReplyDelete