Agenda Daily
Isu Shahrizat: Siapa muka tak malu ?
- Isnin, 12 Mac 2012 05:47
- ROSLI ISMAIL
N Surendran yang dapat kerusi Naib Presiden PKR secara
percuma berkokok lagi.Peguam ini tidak puashati kerana Datuk Seri Shahrizat Jalil hanya nak letak
jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Lakonan terbarunya konon terkejut mengapa Shahrizat tidak melepaskan jawatan
Ketua Wanita UMNO sekali.
Dakwanya ini membuktikan UMNO tidak ada kesungguhan untuk mengambil tindakan
terhadap pemimpin yang terlibat salahlaku.Nak kata Surendran ini peguam bodoh dia peguam yang ada nama.Cuma mungkin
sebagai ahli politik yang dilantik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dia kena
berkokok macam orang yang kelabu mata.
Sebagai perbandingan Surendran patut bertanya kepada Presiden PKR Datuk Seri
Wan Dr Azizah Ismail kenapa beliau masih sanggup tampil sanggup tampil 'buat
muka tak malu'.Atas apa alasan sekalipun Shahrizat sudah umum akan letak jawatannya sebagai
menteri pada 8 April ini.Dan...dari segi teknikal beliau tidak didakwa atau
dihukum oleh mana-mana mahkamah.
Orang cuma bercakap dari segi moral kerana Pengerusi NFC ialah suaminya.Dari sudut politik beliau kini seri 0-0 dengan Wan Azizah yang masih terus
pegang jawatan Presiden PKR.Surendran mungkin buat-buat lupa tapi satu dunia masih ingat dan tetap ingat
Anwar masih berdepan dengan dakwaan isu moral dan kemungkaran skandal video seks
yang 99.9 peratus disahkan tulen oleh pakar luar negara.
Dakwaan ini belum selesai.Di Youtube video seks itu masih segar hangat.Kalau nak cakap bab jawatan politik,maka Wan Azizah sebagai isteri Anwar juga
patut letak jawatan selagi nama Anwar tidakdibersihkan.
Sebenarnya cabaran ini pernah disuarakan oleh Shahrizat sendiri terhadap Wan
Azizah dalam ucapan beliau di perhimpunan Wanita UMNO.
(Dulu kata tak tahu pun nama eskay. Tapi nampak mesra kah kah kah kah )
Apa yang kita dengar selama ini Anwar cuma membuat penafian kosong sahaja dan
mengelak bila ditanya lebih-lebih oleh wartawan.Lebih pelik ia bukan satu dakwaan kosong tetapi langkap dengan video aksi,CCTV naik turun lif dan beberapa bukti lain
Bayangkan seorang yang bercita-cita nak jadi Perdana Menteri didakwa terjebak dengan kemungkaran sejijik semua orang tengok dalam video seks itu.Ia buik ...beliau masih kekal kecut tidak berani saman Datuk Sharzly
Eskay Abdullah atau trio Datuk T yang membuat pendedahan pasal video itu.Trio Datuk T juga sudah bersumpah di dalam masjid untuk membuktikan dakwaan
itu betul.
Bukan setakat itu ..mereka juga masih menunggu dan dan menunggu disaman oleh
Anwar bila-bila masa sahaja.Kalau Surendran bukan peguam bodoh kenapa beliau tidak bantu Anwar saman
Datuk T pada sesuatu yang mereka dakwa fitnah.Apakah beliau pun sama dengan Anwar gabra jika kes ini dibawa ke mahkmah
'berat nak jawab'.Surendran boleh berkokok macam-macam ayat politik kononnya UMNO tidak berani
ambil tindakan terhadap Shahrizat.
Soalnya PKR sendiri dengan Anwar bagaimana?Hakikat di depan mata - ada dakwaan cukup serius keatas moral Sivaji The Bos
mereka.Kalau setakat nak nafi kosong sahaja semua orang boleh buat.Kenapa takut nak selesaikannya di mahkamah ataupun menerusi satu penyiasatan
yang rasmi dan terbuka.Itu Surendran kena tanya Anwar dan dia kena tanya dirinya sendiri.
Kalau nak suruh kita fikir tentu sekali kita teringat pada perumpamaan Melayu
yang berkata: Takut kerana salah,berani kerana benar...Kenapa Anwar perlu takut...?
Ini Surendran kena tanya pelawak Nabil
kenapa dia pakai tagline...lu fikirlah sendiri.- 12/3/2012 - OLEH ROSLI
ISMAIL
muka nuar jubo dgn bini nye le bro... muka lubang taikk...
ReplyDelete