Agenda Daily
Artis dakwa terima ugutan lepas usul cermin gelap
- Isnin, 12 Mac 2012 08:12
“Apa salah dan dosa
saya, hanya disebabkan mengusulkan permintaan cermin kereta gelap kepada
menteri, saya menerima banyak ugutan termasuklah mahu dirompak dan dibunuh.
“Saya bimbang keselamatan diri dan isteri yang kini mengandung lima bulan,”
kata pelakon dan Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed
Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32.
Itu nasib diterima Zed Zaidi selepas dia yang mewakili Seniman mengusulkan
tiga permintaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Menteri
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz dan Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Festival Barisan Nasional
(BN) Youth Music 2011 di The Curve, Petaling Jaya, 4 Mac lalu Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Alahai Jangan dok buat ceritalah Zed. Buat menyampah dik orang aje. Tak ada perompak dan pembunuhnya nak bunuh kamu dan artis tu. Kecualilah kamu dan artis tu dok kacau bini orang atau anak orang.
2. Juga kalau nak buat usul pada PM pun ... carilah resolusi lain untuk kebaikan artis. Ini bab cermin gelap aje. Kalaulah ini aje usulnya, nampak sangat pandirnya otak SENIMAN ini. Selekeh sangat. Paling tinggi pun kalau usul sebegini nak dibawa juga... hantar pada ketua pengarah JPJ cukuplah. Dia pun boleh buat keputusannya.
3. Bab-bab diugut itu ini, buat repot polis lah. Carilah popular ikut cara lain.
4. PG pun naik menyampah dengan perangai mengada-mengada artis malaysia ini. Berlakon dan menyanyinya tak setara mana... tapi lagak aje lebih. Cermin gelap pun jadfi isu. Layak ke artis Malaysia pakai cermin gelap? Apa justifikasinya? Takat balik malam-malam..... tu... cari alasan lainlah !!!!! Meluat !!!! Jangan dok mengada-mengada lah !!!!!
No comments:
Post a Comment